12.26.2011

Salam Imtihan dan Selamat Tahun Baru 2012


Assalamualaikum semua…

Salam Kedinginan…

Terasa lama sungguh tidak menulis di dalam blog ini, semakin bersarang dan bermacam-macam sarang sudah dibuatnya…huhuhu

Mahasiswa mesir kini diambang peperiksaan, dan pada 3 Januari 2012 ini akan bermulanya peperiksaan Takhalluf bagi mereka yang membawa madah sesi lepas , dan peperiksaan yang sebenar akan bermula pada 5 Januari 2012 bermula dengan mahasiswa Ulum Islamiah, dan seterusnya Pengajian Islam yang lain sehingga awal Februari 2012.

Dalam masa sahabat-sahabat lain sedang bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran, diri ini dalam proses menyelesaikan segala kerja yang melibatkan Ekonomi PMRAM, masa semakin berlalu dan mengharapkan kerja yang belum selesai dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Di doakan kepada semua mahasiswa – mahasiswi mesir di bumi ardu kinanah ini dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam menghadapi peperiksaan yang bakal mendatang, kejayaan anda kebahagian keluarga dan kebahagian anda sendiri.

Sempena tahun baru yang bakal hadir 2012 ini, semoga tahun 2011 dijadikan sebagai satu sejarah yang tidak mungkin dapat diulang, tetapi ambil sebagai satu pengalaman yang sangat berharga, semoga 2012 yang hadir ini mampu memberikan yang terbaik untuk IMAN ISLAM DAN IHSAN dalam menjadi muslim yang sentiasa memohon mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Salam Imtihan
Salam Tahun Baru 2012

10.15.2011

PMRAM Sentiasa Di Hati


Assalamualaikum semua…rasanya sudah lama tangan ini tidak menulis di dalam blog ini, mungkin kerana kesibukan kerja dan mungkin juga faktor kemalasan yang ada pada diri yang tidak dapat dibendung…huhu

Alhamdulillah, Allah telah berikan kejayaan dalam menuntut ilmu di bumi anbiya di dalam Takhasus Qiraat, dalam fikiran ini, bagaimana mahu mencurahkan ilmu yang dipelajari, adakah mampu untuk berdepan dengan masyarakat dan menyebarkan dakwah yang selama ini dipelajari di bumi yang penuh keberkatan.

Dalam masa menunggu masa untuk pulang ke Malaysia, banyak perkara dan amanah yang perlu dilaksanakan terutama untuk PMRAM bilamana pada tahun ini ditaklifkan sebagai Ketua Badan Ekonomi PMRAM, memerah idea dan memerah otak untuk menghasilkan barangan yang terbaik daripada PMRAM untuk ahli dan kepada seluruh Mahasiswa Malaysia di bumi Mesir.

Dalam fikiran ada target berapa banyak yang mahu untuk diberikan kepada PMRAM sebelum turun, semuanya dalam perancangan tetapi perancangan ALLAH MAHA PERANCANG, apa pun teruskan berusaha membantu PMRAM.

Obor Mahasiswa Harapan ‘11
Program yang mengumpulkan kesemua mahasiswa seluruh negeri tidak lain tidak bukan untuk menyatukan ukhuwah sesama mahasiswa dalam masa yang sama membina fikrah Islamiah di dalam diri semua mahasiswa di bumi Anbiya. Pengisian yang menerangkan tentang Al-Azhar telah membuka minda mahasiswa baru betapa sejarah Al-Azhar dan Ilmu yang berada di Al-Azhar perlu di kutip mutiara-mutiara yang sangat berharga, dan benarlah Al-Azhar sebagai Gudang Ilmu.

Semoga Ukhuwah yang terbina akan terus kekal hingga ke hujungnya….dan Tema “ Dekati Kasihi Asas Pengorbanan menjadikan ianya sentiasa diingati buat semua mahasiswa baru dan semua yang menjayakannya…terima kasih banyak-banyak buat semua.

Kutub Sittah Siri 3

Program tahunan yang akan dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) sebagai satu program bersama para Masyaikh Al-Azhar dalam siri pembacaan Hadis Sohih Bukhari , insyaAllah program yang akan diadakan pada 29,30 dan 31 Oktober 2011 ini .

Majlis  Apreasiasi ??? nantikan sambungnya pada edisi akan datang…

9.08.2011

Sekadar Peringatan Bersama

Alhamdulillah...imtihan dur thani telah selesai dan sekarang menanti natijah yang tidak tahu apakah keputusannya, hanya doa dan tawakal sahaja.


Sekadar perkongsian yang tidak seberapa ini, ingin dinukilkan betapa kematian itu datang pada bila-bila masa sahaja tidak kira dimana, pada masa bila dan ketika mana kita berada.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan setiap yang mati akan dibangkitkan semula pada hari Kiamat untuk dihitung amalan kebaikan dan keburukan ketika kita hidup.

Saat itu pastinya tidak ada sesiapa yang mampu membantu, jika kebaikan itu lebih banyak dari keburukan, pastinya syurga tempat untuk kita dan jika sebaliknya, maka nerakalah tempat kita...nauzubillah, semoga kita tidak termasuk kepada mereka yang banyak melakukan keburukan mahupun kejahatan di dunia menjadi penyebab kita ke neraka, moga saat ini dan ketika ini bilamana pintu taubat masih terbuka, sama-sama memohon keampunan dari Allah dan melakukan sebanyak mana kebaikan dan biarlah penghabisan kita dihadapan Allah nanti dalam keadaan Allah Redha dengan pemergian kita...amiin.

Al-Fatihah buat semua kaum muslimin dan muslimat yang telah awal bertemu dengan Maha Pencipta...Al-Fatihah.

8.06.2011

Jangan Sia-Sia kan...

Ramadhan yang kunjung tiba hanya sebulan sekali pada setiap tahun, dan kita belum tentu untuk kita berjumpa Ramadhan yang akan datang.Apa yang boleh dikongsi disini adalah bagaimana masa kita yang kita rancang untuk kita memastikan Ramadhan tahun ini diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan tentunya pahala yang kita sama-sama cari untuk bekalan kita di akhirat kelak.

Saban tahun kita dapat melihat di seluruh Masjid dan Surau ada yang membuat 8 rakaat ditambah dengan tazkirah, inilah peluang yang perlu diambil oleh kita sebagai seorang ISLAM untuk kita menambahkan amalan pahala kita di bulan yang penuh keberkataan ini, dan ada juga masjid dan surau yang melakukan solat terawikh 20 rakaat dan selepas selesai solat terawikh akan ada tadarus Al-Quran secara berkumpulan yang mungkin telah ditetapkan oleh setiap masjid dan surau.

Apa yang dilihat disini , berapa ramai yang menghabiskan solat terawikh 8 rakaat mahupun 20 rakaat, berapa ramai yang mendengar tazkirah ketika solat terawikh berhenti rehat 4 rakaat, berapa ramai yang sedia mengambil peluang untuk bertadarus Al-Quran selepas selesai solat witir ???

Amat malang sekali jika kita tidak mengambil peluang sebegini yang ada hanya di bulan Ramadhan sahaja. Ada yang beralasan terlalu banyak kerja, penat, dan bermacam alasan...Ada yang sanggup berkata, " Aku tak boleh pergi ke kelas Sheikh sebab banyak kerja " ini adalah satu ungkapan yang mana tidak boleh diterima pakai apatah lagi yang berkata ini adalah mereka yang belajar pengajian ISLAM...Inilah peluang dan inilah masa kita untuk kita mempertingkatkan amalan kita , buangkan sifat malas, kurangkan tidur serta sentiasa belajar untuk menjadi rajin dalam setiap perkara.

Ambillah peluang keemasan ini, dan anggaplah Ramadhan pada tahun ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita semua, ataupun , hari ini adalah hari terakhir kita berpuasa dan berterawikh kerana takut-takut maut datang kepada kita dan esok tiada lagi buat kita untuk merasai kemanisan bulan yang penuh barakah ini...

Salam Ramadhan Kareem...Allahu Akram...Saling ingat mengingati di bulan yang penuh mulia ini..

7.31.2011

Ahlan Ya Ramadhan....


 Ramadhan 1432 hijrah bertemu lagi,

Jadikan madrasah Ramadhan pada kali ini mampu diikuti dengan sebaiknya untuk mentarbiyah jiwa dan nafsu agar terbentuk dengan acuan Iman dan Islam...

Jadikan Ramadhan kali ini juga Bulan Jihad menentang kezaliman, serta dihiasi lidah kita dengan Kalam-Kalam dari Kitab Al-Quran...

إِRenungilah Hadis ini ;

"Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; "Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)". Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)"

(Hadis Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a)

7.24.2011

PEJUANG AGAMA


Menitis air mata ini bila menonton video klip " Pejuang Agama " ...gambar di dalam video ini adalah gambar ketika mana mahasiswa bangkit mahu menegakkan kebenaran untuk menentang yang ZALIM...

Inilah sahabat Mesir kita, bilamana sahabat di zalimi....kita sama-sama bangkit untuk membantu...inilah ukhuwah Islamiah yang diterapkan kepada mahasiswa ISLAM tidak kira mahasiswa pengajian Islam mahupun Mahasiswa Perubatan, berganding bahu menyatakan ketidakadilan pihak bertanggungjawab terhadap mahasiswa.

Suara Mahasiswa adalah suara KERAMAT yang mampu mengubah sesuatu keadaan , dan Mahasiswa ISLAM di bumi MESIR khususnya Malaysia akan terus bangkit menyatakan kebenaran dan menentang KeBATILan yang berlaku...

Renungkanlah bersama...dan ingatlah Janji Allah Itu Pasti...

7.20.2011

BERDOSAKAH KITA ???

Keputusan imtihan syahadah sudah pun keluar...tahniah buat sahabat-sahabiah yang telah najah di dalam imtihan...kepada yang tidak najah, Dur Thani menanti kita semua dan insyaAllah akan bermula pada 10 OGOS 2011. Mungkin tarikh itu bersamaan 10 Ramadhan 1432 Hijrah.

Sengaja penulis ingin melontarkan persoalan berdasarkan tajuk di blog ini...BERDOSAKAH KITA bilamana kita gagal dalam imtihan ???

Sesungguhnya harapan ibu ayah di Malaysia khususnya, mahu melihat kejayaan anaknya , lagi-lagi bila duduk berjauhan, dan mereka tidak tahu apa yang anak mereka lakukan.

Sebenarnya Mesir ini adalah bumi yang penuh barakah dan penuh dengan sejarah...mereka yang setiap hari ke kuliah, pergi talaqi...bila lepas imtihan , keputusan tidak najah...dan mereka yang tidak ke kuliah, tidak bertalaqi...keluar keputusan, najah dalam imtihan...apakah itu ketidak adilan ???

Sesungguhnya Allah Maha Perancang dan mengetahui apa yang sebaikknya untuk hambaNYA.Jangan kita cepat mengeluh kerana kegagalan kita, dan perlu ingat, kegagalan kita ini bukan selamanya akan gagal...insyaAllah, kejayaan pasti tiba.

BERDOSAKAH KITA ini bila mana kita tidak membuat apa yang sepatutnya kita lakukan sebagai mahasiswa yang menuntut ilmu...insyaAllah, ibu dan ayah memahami apa yang kita lakukan disini, bukan setakat ilmu dunia tetapi ilmu akhirat kita dapat.

Bersama-sama kita berdoa moga keberkatan Ramadhan yang akan tiba ini menjadikan kita kejayaan di dalam imtihan Dur Thani khusus untuk kita Tahun 3, Mahaad Qiraat Shoubra Al-Azhar As-syariff.

Dan Ingatlah, jika kita jaga Allah, Allah akan menjaga KITA...dan jangan ada perasaan sangka buruk kita kepada Allah .

7.07.2011

Sekian Lama...


Alhamdulillah...Sekian lama tidak menulis, timbul rasa untuk kembali memBERSIHkan sawang-sawang di blog ni...hehehe

3 hari sudah berlalu,  berakhirnya Imtihan Syahadah tahun 3, kini hanya tunggu keputusan apakah natijahnya...adakah SOFI atau DUR Thani...sememangnya tidak ada yang mahukan DUR THANI ini, tetapi itu semua kehendak dan takdir Allah...DIA lah Maha Perancang segala ada di bumi ini...Sebagai Manusia biasa, kita sewajibnya sentiasa bersangka baik dengan Yang Maha Esa kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Berbekalkan waktu yang ada ini, sama-sama kita menambahkan amalan kita sebagai salah satu cara memohon agar doa kita sebagai HambaNYA dimakbulkan...Hanya PadaMu kami memohon..
Sebagai digelar Pemelihara Al-Quran ( Berat Tanggungjawab ini ) sama-sama kita mengulang biarpun sedikit agar kita tidak lupa dan kita tahu tugas kita sebagai Hamlatul Quran...

Ya Allah, Jangan Engkau Jadikan Kami Hamba Yang di Hina di Dunia mahupun Akhirat kerana Kami gagal menjaga KitabMU...Ya Allah, Kuatkan kami dan Ingatkan kami dengan KalamMU ini dan sentiasa berlegar di dalam hati-hati kami ini...amiin...



Sama-sama kita hayati lagu ini...;-)

Aku Kembali

Assalamualaikum semua...sudah sebulan aku tidak menghasilkan apa-apa di blog ni..Dan hari ini Aku Kembali untuk menulis...

Selamat datang ke dunia penulisan.....hehehe

5.07.2011

KASIHMU IBU YANG KURINDUKAN

Setiap tahun bulan Mei minggu kedua telah diisytiharkan sebagai hari IBU...walau bagaimana pun , bagi Kita sebagai muslim perlu ingat, Pengorbanan seorang IBU yang melahirkan , membesarkan serta mendidik tidak mampu dibalas kerana sungguh besar pengorbanan mereka...
Tarikh adalah tarikh, jadi perlulah kita mengingati IBU,UMMI,MAMA,MAK bukan pada setiap minggu kedua bulan MEI tetapi setiap hari..
Andai IBU telah pergi bertemu ILAHI , sentiasalah kita berdoa dan membacakan Al-Fatihah untuk kita sedekahkan kepada Arwah IBU tanda kita mencintai IBU kita..
Kepada yang masih ada, layanilah mereka seperti mana mereka melayani kita dari kecil sehingga kita dewasa, jangan sakiti hati mereka,jaga mereka, berdoa untuk mereka serta pastikan kita sebagai anak tidak mengabaikan mereka biarpun sesibuk mana kita.Tidak salah untuk kita membaca al-Fatihah kepada mereka kerana Al-Quran yang diturunkan bukan dibaca ketika kematian sahaja...
Ingatlah, Syurga bagi anak itu di bawah telapak kaki ibu...jangan jadi anak derhaka...

Salam Satu Fikrah Satu Amal
Buat Ibu, Mama, Ma, Ummi Sedunia
Kasihmu Ibu Tiada Nilainya...

5.01.2011

Namamu tetap menjadi sejarah


Jika dilihat ketabahan seorang wanita...Sumayyah adalah salah seorang wanita yang patut dicontohi oleh semua wanita muslim...biarpun diseksa, tetapi pegangan akidahnya cukup kuat bahawa Tiada Tuhan Yang diSembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu Pesuruh Allah SWT...

semoga menjadi inspirasi kepada semua yang bergelar wanita muslim...Namamu Tetap Menjadi Sejarah..

4.28.2011

Sakit Itu Penghapus Dosa…

Inilah yang sebenarnya tersirat dalam hati ini dan akhirnya dapat juga diluahkan melalui penulisan ini. Sememangnya penyakit ini telah lama dari kecil lagi dan banyak benda telah dilakukan untuk mengubati penyakit ini, Alhamdulillah…terima kasih Ya Allah kerana menyedarkan ku dengan penyakit ini.

Namun , apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan  atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya ? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya ? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai ke maqam tertinggi di sisi Allah ?
Firman Allah di dalam surah At – Taqaabun ayat 11 yang bermaksud :
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


4.25.2011

Misi Najah Imtihan Syahadah ( MANIS )

Salam perjuangan, salam ukhuwah buat semua…semoga dalam rahmat Allah hendaknya. Alhamdulillah diberi peluang untuk menulis sambil mendengar Kalamullah…mata ini tidak dapat lelap dek kerana mungkin perubahan musim…terdetik hati ini ingin menulis tetapi tidak tahu apa yang mahu dinukilkan…

 

Tarikh Muktamar Thanawi PMRAM telah pun diumumkan,selepas ini tanggungjawab dan amanah baru bakal dipikul , semua ini adalah untuk ISLAM yang dicintai, biarpun diri ini tidak sehebat mana, semoga apa yang telah diamanahkan ini mampu menjadi sebahagian kerja-kerja dakwah .

 

Misi Najah Imtihan Syahadah ( MANIS )

9 APRIL YANG LALU


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW yang sentiasa mencintai ummatnya…
9 April…tarikh yang tidak akan dilupakan seterusnya pasti akan menjadi hari yang bersejarah… kerana apa :
Tarikh ulang tahun perkahwinan Mama dan Abah…sangat-sangat menarik




Tarikh hari lahir aku ….memang terbaiklah….hehehe

1.    

4.07.2011

Ujian Dalam Kehidupan






وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (QS. al-Baqarah: 155-157)

Kehidupan manusia ini memang tidak pernah terlepas dari ujian. Tidak kira sama ada orang itu Islam atau bukan Islam, ada pegangan agama atau tidak, kecil atau besar, tua atau muda. Bagi orang bukan Islam, mereka menghadapinya dengan berbagai kaedah yang difikirkan logik mengikut akal mereka. Jika akal mereka sudah tidak mampu berfikir, maka mereka mengambil jalan singkat dengan makan ubat tidur, makan racun atau membunuh diri sendiri. Bagi orang Islam pula, mereka ada jalan penyelesaian yang telah Allah tunjukkan tetapi mereka perlu kepada ilmunya.

Setiap ujian yang Allah timpakan ada maksud tersirat dari Tuhan yang ramai manusia tidak tahu akan hikmah di sebalik ujian tersebut. Ujian;

4.02.2011

SEKIAN LAMA








 Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mengupdate blog yang sekian lama tidak di update atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah selepas ini akan cuba mengambil masa untuk mengupdate…

Sekadar perkongsian dan peringatan bersama, renungi kata-kata ini :

“ Tiga perkara, sesiapa yang terdapat ketiga-tiga  perkara itu di dalam dirinya beliau akan mendapat kemanisan iman , iaitu : Bahawa Allah dan RasulNya lebih ia kasihi dari yang lain, bahawa beliau tidak mengasihi seseorang kecuali kerana Allah, bahawa beliau benci kembali kepada kekufuran sebagaimana beliau benci dilontarkan ke dalam neraka ‘’ ( Hadith diriwayatkan oleh Al-Bukhari  )

-          Petikan daripada buku “ Apa ertinya Saya Menganut Islam  -

1.24.2011

Ketika Lelaki Menangis






Kata Siapa Lelaki tak pernah Menangis ?
bahkan kadang jiwa dan hatinya lebih halus dari wanita
tersembunyi di balik kegagahan wajahnya

Mungkin ia tak pernah menampakan air mata itu di depanmu..
tapi yakinlah di saat engkau tidak tahu
di jejak dia berangkat kerja
atau dalam duduk tafakur setelah sholatnya
kadang air mata itu tumpah

Karena akal mendominasi jiwanya
maka yang kau temukan hanya ketegaran

tapi coba kau tengok matanya
setelah ia mengimamkan sholat tahajud malam itu
ada kilatan cahaya embun yang menetes dalam ketegaran…
atau ketika dia tertunduk letih
setelah berjam-jam mencari nafkah…
lihat sejenak mata itu…
maka mata adalah cermin jiwa…

Maka menangislah Umar bin Khattab ketika mengetahui ada rakyatnya yang kelaparan
sementara kita tahu, bagaimana tegasnya sosok lelaki ini..
tapi air matanya pun tumpah…..

Inilah Sosok Lelaki
sosok suami yang Allah menatapnya dengan kerinduan..

Mereka menjemput pagi dengan harapan
dan membawa malam dengan asa…..

Lihat lah Lelaki yang saat ini menjadi suamimu..
sesungguhnya Surgamu
ada pada Keridhoan-Nya…..

Lihatlah Lelaki yang Allah Mengatakan lewat lisan Nabi SAW  kita..
“Barang siapa yang sore hari duduk kelelahan lantaran pekerjaan yang telah di lakukannya, maka dia dapatkan sore hari tersebut, dosa-dosanya di ampuni Allah SWT”
(HR.Thabrani)


Merekalah Lelaki Sholeh
yang menumpakan air matanya
seraya lisan dan hatinya berdoa…

“Ya Rabbana, berikanlah kebaikan untuk Istri dan anak-anakku kelak….. Jadikanlah Mereka semua Kesenanganku di Surga-Mu yang Maha Indah…..”

Inilah Lelaki dan Suami Sholeh
idaman bidadari tak hanya bidadari bumi
tapi juga Bidadari Surga, yang mengintip Menanti.

Amin Allahuma Amin…

 : http://zafiruddin.blogspot.com/

1.23.2011

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

by Raden Muhd Khair
 
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Dan byk lg bila si suami tidak mengambil berat tentang keluarganya...fikirkan

1.20.2011

Saatnya Untuk Menikah




"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi." - HR Tarmidzi dan Ahmad
Saya tidak tahu apakah ini merupakan Hukum Sejarah yang digariskan allah
Ketika orang mempersulit apa yang dimudahkan Allah, mereka akhirnya benar-benar mendapati keadaan yang sulit dan nyaris tak menemukan jalan keluarnya.
Mereka menunda-nunda pernikahan tanpa ada alasan Syar'ie dan akhirnya mereka benar-benar takut melangkah di saat hati sudah sangat menginginkannya.
Atau ada yang sudah benar-benar gelisah tak kunjung ada yang mahu serius.
Lingkaran Ketakutan Berlanjutan
Bila di usia dua puluh tahunan mereka menunda pernikahan karena takut dengan ekonominya yang belum mapan, di usia menjelang tiga puluh hingga tiga puluh lima berubah lagi masalahnya.
Laki-laki mengalami Sindrom Kemapanan (meski wanita juga banyak yang demikian, terutama mendekati usia 30).
Mereka (laki-laki) menginginkan pendamping dengan kriteria yang sulit dipenuhi.
Seperti Hukum Kategori, semakin banyak kriteria semakin sedikit yang masuk kategori.
Begitu pula Kriteria Tentang Jodoh, ketika menetapkan kriteria yang terlalu banyak maka akhirnya tidak ada yang sesuai dengan keinginan kita.
Sementara wanita yang sudah berusia sekitar 35 tahun, masalahnya bukan kriteria tetapi soalapakah ada orang yang mau menikah dengannya?
Ketika usia sudah 40-an, ketakutan kaum laki-laki sudah berbeza lagi, kecuali bagi mereka yang tetap terjaga hatinya.
Jika sebelumnya banyak kriteria yang dipasang pada usia 40-an muncul ketakutan apakah dapat mendampingi isteri dengan baik.
Lebih-lebih lagi ketika usia beranjak 50 tahun, ada ketakutan lain yang mencekam.
Iaitu kekhawatiran ketidakmampuan mencari nafkah sementara anak masih kecil.
Atau ketika masalah nafkah tak merisaukan khawatir kematian lebih dahulu menjemput sementara anak-anak masih banyak perlu dinasihati.
Bila Iman Tiada Makan Muncul Putus Asa
Jangan ditunda-tunda apa yang menghimpit saudara kita sehingga mereka sanggup menitiskan air mata.
Awalnya adalah kerana mereka menunda apa yang harus disegerakan, mempersulit apa yang seharusnya dimudahkan. Padahal Rasulullah s.a.w. berpesan:
Wahai Ali, ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya,Jenazah apabila telah siap penguburannya, dan Perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya." - HR Ahmad
Hadis ini menujukkan agar tidak boleh mempersulit pernikahan baik langsung mahupun tak langsung.
Secara 'lansung' adalah menuntut mahar yang terlalu tinggi. Atau yang sejenis dengan itu. Ada lagi yang 'tidak secara langsung'.
Mereka membuat kebiasaan yang mempersulit, meski nyata-nyata menuntut mahar yang tinggi atau resepsi yang mewah.
Sebahagian orang mengadakan acara peminangan sebagai acara tersendiri yang tidak boleh kalah mewah dari resepsi pernikahan sebahagian lainnya melazimkan acara penyerahan hadiah atau wang belanja untuk biaya pernikahan secara tersendiri.
Bila seseorang tak kuat menahan beban, maka bisa saja melakukan penundaan pernikahan semata-mata hanya kerana masalah ini.
Saya sangat khawatir akan keruhnya niat dan bergesernya tujuan, sehingga pernikahan itu kehilangan barokahnya.
Naudzubillah! Penyebab lain adalah lemahnya keyakinan kita bahwa Allah pasti akan memberi rezeki atau boleh jadi cerminan dari sifat tidak qona'ah (mencukupkan diri dengan yang ada).
Pilihlah Yang Bertaqwa
Suatu saat ada yang datang menemui Al Hasan (cucu Rasulullah). Ia ingin bertanya sebaiknya dengan siapa putrinya menikah? Maka Al Hasan r.a berkata:
"Kawinkanlah dia dengan orang yang bertakwa kepada Allah. Ini kerana, jika laki-laki mencintainya, ia memuliakannya, dan jika ia tidak menyenanginya, ia tidak akan berbuat zalim kepadanya."
Nasihat Al- Hasan menuntun kita untuk menjernihkan fikiran. Jika kita menikah dengan orang yang bertakwa, cinta yang semula tiada meski cuma benihnya, dapat bersemi indah karena komitmen yang memenuhi jiwa.
Wallahu alam bi showwab.
Sumber Rujukan: Seminar Keluarga Sakinah, 16 Ogos 2002 (Keluarga Muslim), Catatan:Mohd Fauzil Adhim, Sumber Grafik: http://bayan.blogmas.com/Info: Penerbitan & kemaskini semula artikel laman versi 01 oleh aeyie®