12.19.2009

::: Warkah Buat Sahabat :::

Salam kepada ikhwah akhawat dan adik2... semoga berada dalam keadaan
lindungan hidayahnya...

Sedikit tazkirah buat antum:

Mari lewati lorong waktu, menyusuri jalan-jalan dunia yang penuh tipu daya
bersama-sama. Langkahi perjalanan pagi, siang, petang dan malam, yang penuh
liku, dengan persahabatan dalam keimanan. Di dunia ini, kita harus saling
berpegangan tangan. Kita tak mungkin selamat mengarungi bahtera kehidupan
yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini, seorang diri. Kita tak
dapat terlepas dari ancaman fitnahnya dengan hanya mengharapkan kemampuan
sendiri. Kerana, kita diciptakan sebagai makhluk yang penuh kelemahan dan
mudah terpedaya. “Dan diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah.” (An-Nisa
: 28)

Ikhwah, Akhawat dan adik-adik,
Kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang akan mengantarkan kita
menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan
persahabatan di jalan Allah lah yang juga akan mengiringi kita pada
kebahagiaan akhirat. Allah SWT memberitakan bahawa hanya persahabatan di
atas dasar iman dan takwalah yang akan kekal abadi. “Teman-teman akrab pada
hari itu (hari kiamat) sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain
kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Az-Zukhruf : 67). Ibnu Kasir
mengatakan, “Seluruh persaudaran dan persahabatan yang tidak berlandaskan
kerana Allah pada hari kiamat nanti akan berubah menjadi permusuhan.” Begitu
juga pesan Rasul SAW dalam haditsnya , yang menyebutkan bahawa kita akan
dibangkitkan di hari kiamat bersama-sama orang yang kita cintai.

Saudaraku se-Akidahku,
Renungilah… Siapa orang yang kita cintai? Siapa orang-orang yang paling
dekat dengan kita dalam menyusuri kehidupan ini? Siapa orang yang paling
menghiasi ingatan kita? Siapa yang menemani langkah-langkah hidup kita?
Orang solehkah dia? Mengajak pada kebaikan dan keredhaan Allah kah dia?
Bayangkanlah persahabatan orang beriman di dunia yang kisahnya berlanjut
hingga di akhirat, sebagaimana digambarkan oleh Ali bin Abi Talib RA.

“Ada dua orang mukmin yang bersahabat dan berteman akrab. Salah seorang dari
keduanya meninggal dunia terlebih dahulu dan ia mendapat berita gembira dari
syurga. Ketika itu ia teringat akan teman akrabnya yang masih hidup di dunia
lalu ia berdo’a : “Ya Allah, sesungguhnya fulan adalah teman akrabku, dia
yang menasihatiku berlaku taat kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Dia yang
mengajakku melakukan kebaikan dan mencegahku dari melakukan kemungkaran. Dia
juga yang menyedarkanku akan pertemuan dengan-Mu.. Ya Allah jangan Engkau
sesatkan dia sepeninggalku sampai Engkau perlihatkan padanya kenikmatan yang
Engku berikan padaku dan sampai Engkau meredhainya sebagaimana Engkau redha
kepadaku.”

Maka Allah berkata padanya, “Pergilah. Seandainya engkau tahu yang Aku akan
berikan kepadanya, niscaya engkau akan banyak tertawa dan sedikit menangis.”
Sampai pada waktunya kemudian teman akrabnya itu meninggal dunia dan roh
mereka bertemu di Syurga. Allah berkata kepada mereka, “Saling memujilah
kalian kepada sahabat kalian.” Maka masing-masing mereka mengatakan, “Dia
adalah sebaik-baik teman, sebaik-baik saudara, sebaik-baik sahabat…”

Alangkah indahnya!…

Pertemuan yang sangat menyanyat hati dan penuh kegembiraan. Mari kita mulai
dari sekarang. Bersahabatlah dengan orang-orang yang mendekatkan kita pada
redha-Nya… InsyaAllah.

sekian


amz

12.08.2009

::: DIALOG ANTARA USTAZ DAN PELAJAR YANG DITANGKAP KHALWAT :::

Keterangan: Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.

Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.


Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (r03;berpegang-r03;pegangan)r03;,r03; ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-r03;hambanya.r03; Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?

Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.

Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!

Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-r03;puasnya,r03; apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya)r03; maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (r03;Al-r03;A’araf:r03;ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kene tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkanr03;nya.r03; Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.

Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “Lelaki yang berzina(r03;lazimnya)r03; tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?

Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.

Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).

Pelajar: Bagaimana kami?

Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-r03;benarnya.r03; Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2.Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.

Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb.

Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.

Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.

Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka.

Dipetik daripada Kalam Ukhwah,
Syukbah Penerbitan dan Risalah Surau Perdana,
Kolej Matrikulasi Melaka.

12.01.2009

::: MAHAAD QIRAAT AL-AZHAR SHOUBRA :::

1) PENGENALAN

Mahaad Qiraat Al-Azhar merupakan salah sebuah institusi pengajian yang dikelolakan oleh Badan Pendidikan Al-Azhar. Mahaad ini menawarkan kursus – kursus pengajian pengkhususan -QIraat disamping pengajian ilmu – ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran dan pengajian Islam. Kursus –kursus yang diperkenalkan adalah sepenuh masa mengikut peringkat kursus pengajian yang ditawarkan.

Mahaad Qiraat Al-Azhar diwujudkan bertujuan untuk melahirkan golongan ilmuan iktisas dan separa iktisas dalam pengajian Qiraat serta ilmu-ilmu khusus Al-Quran seiring dengan tuntutan fardu kifayah.

Dalam usaha Al-Azhar memenuhi tuntutan syariat Islamiah memelihara Al-Quran , Mahaad Qiraat dibuka kepada penghafaz-penghafaz Al-Quran dari seluruh dunia Islam demi kepentingan umat Islam sejagat.

Sesungguhnya jaminan Allah S.W.T terhadap kesucian Al-Quran dari sebarang bentuk penyelewengan oleh musuh-musuh Islam menjadi satu inspirasi Al-Azhar sebagai sebuah badan Islam yang diakui oleh seluruh Dunia Islam bertanggungjawab dalam melangsungkan penubuhan Mahaad Qiraat Al-Azhar sebagai pusat utama penyebaran pengajian Al-Quran dan Al-Qiraat serta ilmu-ilmu Al-Quran yang ada didunia ini. Firman Allah s.w.t mafhumnya : “ Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya.’’ (Surah Al-Hijr : 9 )


2 ) PENUBUHAN

Pengajian Qiraat telah menempa era pembangunan ilmu dalam sejarah Al-Azhar sebagai Badan Pendidikan yang terulung di dunia dengan penubuhan Mahaad Qiraat Al-Azhar pada tahun 1945 di Masjid Khazandarah, Shoubra. Penubuhan tersebut secara langsung meletakkan pengajian QIraat setanding dengan pengajian – pengajian ilmu Islam yang lebih maju menurut perspektif pembangunan ilmu Islam itu sendiri.

Sesungguhnya usaha suci Al-Azhar untuk melahirkan Masyaiekhul Qiraat sebagai golongan Ulul Albab yang meneruskan tuntutan syariat mendidik umat Islam melalui bacaan Al-Quran yang mutawatir dan memelihara kesahihan bacaan Al-Quran itu harus diberi penghormatan oleh umat Islam di seluruh dunia.

3 ) SISTEM PENGAJIAN

Mahaad Qiraat Al-Azhar mempunyai sistem pengajian tersendiri yang dibentuk oleh Al-Azhar berdasarkan kaedah salafi yang menggabungkan pengetahuan usul Al-Quran dan Qiraat dengan kemahiran menguasai pembacaan Al-Quran yang praktikal secara hafaz sebagai pra syarat mutlak kelayakan.

Penekanan dari sudut hafazan dan ingatan serta pendedahan yang luas memahami kaedah talaqi dan musyafahah yang mendasari rukun Al-Quran yang sahih, insyaAllah melahirkan lulusan berketrampilan tinggi dan mantap sebagai penyumbang utama pada umat Islam kearah merealisasikan pembacaan Al-Quran yang mutawatir lagi sahih.

Pusat pengajian Qiraat Al-Azhar yang begitu peka kepada tuntutan umat Islam terhadap anak-anak Islam yang bernaung di bawahnya yang penuh berkat dengan Al-Quran turut dibekalkan dengan pengajian ilmu-ilmu khusus Al-Quran seperti Ulum Al-Quran, Al-Fawasil , Resam Al-Quran , Dhobt Al-Quran, Tarikh Qurra’ , Tajwid dan lain-lain yang berhubung dengan Al-Quran serta ilmu – ilmu yang menjadi teras pengajian Islam secara nisbi.

4 ) PERINGKAT PENGAJIAN

Pusat pengajian Qiraat Al-Azhar menawarkan tiga peringkat khusus pengajian yang utama sepenuh masa. Tempoh pengajian yang ditawarkan mengikut peringkat kursus adalah seperti berikut :

I ) KURSUS PRA PENGAJIAN AL-QURAN ( MUSTAWA TAJWID )

Tempoh pengajian diperingkat ini selama 2 tahun sahaja. Kursus peringkat ini merupakan peringkat matrikulasi yang memperkenalkan pengajian Tajwid secara khusus mengikut riwayat Imam Hafs Yang dinaqalkan dari Imam A’sim berdasarkan Riwayat Imam Syatibi dan kaedah Al-Imam Ahmad Ibnu Al-Jazari . Dalam tempoh kursus tersebut , pendedahan diberi dalam membahas dan mengkaji methodology kedua-dua imam tersebut serta perbandingan yang menyeluruh disamping bahasa Al-Quran serta ilmu pengajian Islam.

II ) KURSUS PENGAJIAN TINGGI AL-QURAN ( MUSTAWA A’LIAH )

Tempoh pengajian diperingkat ini selama tiga tahun. Sepanjang tempoh pengajian , pengetahuan dan pengajian dari aspek-aspek pembacaan Al-Quran yang sahih diperkenalkan mengikut riwayat Imam Al-Syatibi dan riwayat-riwayat Imam yang masyur berdasarkan kaedah Al-Imam Ahmad Ibnu Al-Jazari. Pembahasan dan pengajian terhadap methodologi Al-Qiraat yang dibawa oleh para imam Qiraat mutawatir dan imam – imam yang masyhur mengikut satu kaedah yang khusus dan berasingan disamping pengajian ilmu khusus Al-Quran dan pengajian Islam.


III ) KURSUS PENGAJIAN QIRAAT KHUSUS ( MUSTAWA TAKHASSSUS )

Tempoh pengajian ditahap ini selama tiga tahun. Kursus ini merupakan pengajian khusus QIraat yang kolektif dan lebih praktikal terhadap bentuk pembacaan Al-Quran yang sahih mengikut riwayat imam-imam Qiraat yang mutawatir dan masyhur berdasarkan kaedah Al-Imam Ahmad Ibnu Al-Jazari. Dalam mengkaji dan mendalami methodology Al-Qiraat yang dibawa oleh imam-imam Qiraat terhadap rangkaian bentuk pembacaan dan bacaan yang bentuk mutawatir dan yang masyhur berdasarkan dua kaedah cara yang menyeluruh , sejarah imam-imam Qiraat dan methodologinya serta Qiraat As-Syazzah turut diperkenalkan sebagai pengajian perbandingan Al-QIraat.
Kajian dan pengajian terhadap ilmu-ilmu khusus pengajian Al-Quran dan Al-Qiraat dibahas secara terperinci dari sudut keperluan umat Islam terhadap mukjizat agung Rasulullah S.A.W yang menzahirkan keharmonian dan keagungan Islam sebagai satu cara hidup yang kamil dan mutakamil mengikut perspektif Al-Qiraat di samping ilmu-ilmu pengajian Islam. Bagi memantapkan tahap daya keterampilan dalam menguasai pengajian Al-Quran dan Al-Qiraat serta pendekatannya dalam bidang tersebut , pengajian nisbi latihan pengurusan pendidikan Al-Quran turut diadakan sebagai persiapan menghadapi medan bakti dengan penuh yakin dan berwibawa berbekalkan manfaat ilmu yang berkat.

5 ) PENUTUP

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T Mahaad Qirrat Al-Azhar meneruskan sumbangan bakti sucinya kepada umat Islam seluruh dunia bagi melahirkan golongan ilmuan Al-Quran dan Al-Qiraat dalam membantu kemantapan dan keutuhan ilmuan Islam.

Suatu yang tidak dapat dinafikan dalam lipatan sejarah peradaban ilmu-ilmu Islam , Qiraat merupakan antara bidang ilmu Islam yang mulia serta terulung dalam memahami kesucian Islam. Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W yang terpelihara dari sebarang bentuk penyelewengan hingga hari kiamat.

Al-Azhar sebagai badan Islam yang menerajui institusi –institusi pendidikan dunia Islam terus meyakinkan umat Islam terhadap kewibawaan Mahaad Qiraat Al-Azhar sebagai sebuah pusat pengajian Al-Quran dan Qiraat yang unggul dan terulung di dunia.

Mudah –muadahan dengan keberkatan Al-Quran dan kemuliannya , Mahaad Qiraat Al-Azhar akan terus dikunjungi oleh penghafaz-penghafaz Al-Quran seluruh dunia sebagai waris ilmu yang paling berharga.

Firman Allah S.W.T mafhumnya : Kemudian kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dikalangan hamba-hamba Kami , maka diantara mereka ada yang berlaku zalim terhadap diri sendiri, dan di antara mereka ada yang bersikap sederhana , dan ada di antara mereka pula ada yang mendahului orang lain dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah . Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar ( daripada Allah semata-mata ).

11.26.2009

::: Perutusan Salam Aidil Adha dari Bumi Shoubra , Mesir :::

Assalamualaikum...



Semperna aidiladha ini...saya disini ingin mengucapkan Salam Aidiladha buat keluarga yang berada di Malaysia, sahabat-sahabat seperjuangan di Mesir khususnya di Shoubra,sahabat-sahabat di Malaysia , teman-teman , kawan-kawan serta seluruh kaum muslimin dan muslimat di mana jua anda berada...Kullu am Wa Antum Bilkhair...

Sesungguhnya kedatangan aidiladha ini banyak memberikan kita semua peringatan dan pengajaran serta pengorbanan.

Sesungguhnya Aidiladha mengingatkan kita kepada Saiyidina Omar bin Al-
Khattab yang memberikan ucapan beliau ;

“Sesungguhnya Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, lalu ia
disambut dengan Idulfitri. Manakala hari penurunan terakhir Al-Quran pula ialah
pada bulan Zulhijjah ketika Rasulullah s.a.w. menunaikan ibadah haji yang
terakhir ( Haji Wada’ ), maka ia disambut dengan Iduladha" .


Maka jelaslah Aidiladha adalah hari merayakan kesyumulan Islam sebagai satu-satunya
cara hidup yang lengkap dan sempurna, yang mengatur, menyusun segala
aspek kehidupan manusia, akidah, syariat, siasah (politik), ekonomi, pendidikan,
kemasyarakatan, perundangan, akhlak dan sebagainya.


Di Dalam surah Al-Maidah ayat 3 : Allah telah berfirman kepada kita semua,
Yang bermaksud :
"Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu (cara hidup) dan Aku cukupkan
nikmat-Ku ke atas kamu dan Aku hanya redha dengan Islam itu sahaja satu-satunya
agama (yang menjadi cara hidup) kamu".


Aidiladha telah mengingatkan kita tentang pengorbanan nabi Ibrahim bersama anaknya nabi Ismail mengajar umat Islam
semangat rela berkorban untuk menjunjung perintah Allah, terutama pada saat umat
Islam diserang wabak penyakit "Hubbud-Dunia" iaitu terlalu sayangkan dunia, tamak
kepada harta dan terlalu takut hilang sokongan, sehingga ada di antara umat Islam
yang sanggup meninggalkan Tuntutan Hukum-hakam Agama dan berjuang
mempertahankan maksiat, kemungkaran dan larangan agama semata-mata untuk
memuaskan nafsu. akhirnya tanpa disedari mereka diserang oIeh penyakit
"Karahiyatul-Maut iaitu terlalu takut kepada mati" atau tidak berani menyatakankebenaran,

tidak sanggup mempertahankan prinsip dan kesucian agama serta
hukum-hakamnya, akibatnya berlakulah perebutan pangkat dan kuasa, tindas-menindas,
tekan-menekan, pilih kasih dan sebagainya.

Aidiladha yang kita sambut dengan takbir yang membesarkan Allah dan
mengagungkan-Nya; mengajar kita umat Islam supaya membesarkan apa sahaja yang
ada dalam Islam, menuntut kita supaya mengagungkan hidup dengan menjunjung
syi’ar Islam, melarang kita dari suka berpecah-belah, menegah kita dari hidup
berpuak-puak, mengharamkan kita bermusuh-musuhan, Allah membenci kita hidup
saling berdendam, Allah sangat memurkai hamba-Nya yang suka fitnah-memfitnah,
caci-mencaci dan seribu sifat-sifat keji, buruk dan busuk hati terutama kepada sesama
hamba-Nya yang beriman, hamba-Nya yang soleh dan ikhlas dalam hidupnya. Dengan
takbir membesarkan Allah, marilah kita besarkan hidup kita dengan beriman sepenuh
keinsafan, kepatuhan dan ketakwaan. Marilah kita bina hidup kita dengan penuh harmoni dan telus, semoga Allah meredhai hidup kita di dunia dan di akhirat.

Perlu diingatkan juga agar kita semua
memperbanyakkan takbir selepas solat fardhu lima waktu pada hari ini dan di
sepanjang hari-hari tasyrik 11, 12 dan berakhirnya dengan solat ‘asar hari ke 13
Zulhijjah.


Firman Allah Taala di dalam surah An-Nahl:97 yang bermaksud :

"Sesiapa yang melakukan kebaikan sama ada lelaki atau perempuan, sedangkan dia
beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang
baik dan sesungguhnya Kami akan membalas kepada mereka dengan memberikan
pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan"


Sekian.


Salam Aidiladha
Mohd Hafizzul Azri Bin Azman
Dar Elyas, St Theresa
Shoubra, Egypt.
4.00pm
9 Zulhijjah 1430

11.19.2009

::: Mencari 5 Perkara Dalam 5 Perkara :::

Seorang sufi bercerita tentang perjalanan jiwanya . Dia berkata "HATIKU" pernah gelisah memikirkan lima perkara sehingga aku sibuk mencari jawapannya , ternyata aku mendapatkannya dalam lima perkara pula :

1) Aku mencari berkat dalam mengejar keperluan hidup , aku menemukannya saat aku melakukan Solat Dhuha.

2) Aku mencari penerang dalam alam kubur, aku menemukannya saat aku melakukan Solat Malam.

3) Aku mencari pertanyaan munkar dan nakir , aku menemukan saat aku membaca Al-Quran

4) Aku mencari alat pegangan saat meniti Shiratul Mustaqim, aku menemukan saat aku berpuasa dan bersedekah.

5) Aku mencari naungan Arasy dan aku menemukannya saat aku mengasingkan diri dan beribadah kepada Allah.

- Sekarang hatiku beristirehat dengan tenang sekali -

P/S : Semoga kita mendapat manfaat daripada cerita diatas.

11.14.2009

::: AKU KAU BERBEZA ::: AKU KAU ISTIMEWA:::

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya sepertigunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnyadosa- dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakaladosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikanalasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan itumempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akalmanusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempatasalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang
perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Surah Al-Munaafiquun :

Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai
(lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang merugi.
Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama ' berpesan untuk kita jadikan pegangan
JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB :


Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunyasendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya ' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka ' abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja. Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya yang nyata.

11.10.2009

::: KEPASTIAN :::

Bismillahhirrahmanirrahim…

Assalamualaikum…tiada apa yang ana nak update pada blog ana ni sekadar mengajak anda semua menghayati lirik lagu yang bagi ana penuh bermakna…selamat menghayati…

Kepastian


Ujian Tuhan
Kepada Semua Insan
Adalah Kehidupan ini
Yang Baik Menjadi Tuntutan
Yang Buruk Dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga
Adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan TuhanNYa
Yang kasihkan RasulNya
Yang kasih AgamaNya

Neraka
Tempat kedukaan
Angkara kedurjanaan insan
Yang lupakan TuhanNya
Yang lupakan RasulNya
Yang lupa AgamaNya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat Syurga
Adalah indah.

::: Mana Milik Kita :::

Mana Milik Kita

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja

Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya maengusahakan
Apa yang telah ada

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja

Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerna milik Dia punya
Janganlah berbangga
Apa yg ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita disisiNya
Yang sebenarnya
Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadaNya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja

Apa yg kita dapat
Allah sudah sediakanya


Lirik lagu ini dipetik dari album rabbani – nadamurni legenda…Sungguh lagu ini memberikan begitu banyak makna kepada diri kita bahawa sesungguhnya semua yang ada dibumi ALLAH ini bukan milik kita sepenuhnya ianya hanya sementara . Semoga ia menjadi renungan buat kite semua sebagai hamba yang sentiasa mengikut hawa nafsu untuk kembali kepada jalan yang diredai…

10.07.2009

Carilah yang CANTIK! [Bhgn Terakhir]

CINTA KASIH

Nabi s.a.w bersabda:
”…Cinta kasihlah kepada manusia sebagai engkau sayang
(dan cinta kasih) kepada dirimu sendiri,
nescaya engkau jadi orang Islam yang hakiki”
KASIH SAYANG
Untuk mendapat kasih sayang, anda tidak perlu cantik.
Tetapi apa yang penting ialah berikanlah kasih sayang.
Jika anda mula memberi misalnya, insya-Allah anda akan
menerimanya semula nanti.
Rupa sesebuah keluarga bukanlah terletak hanya pada
wajah anggota keluarga itu, tetapi yang lebih penting
ialah pada akhlak dan kebaikan yang boleh diamalkan
hingga menjadi identiti keluarga tersebut.
Anda tidak boleh mengubah wajah anda,
tetapi anda boleh mengubah kelakuan anda.
Dari buruk kepada yang baik,
dari baik kepada yang lebih baik…
Insya –Allah.
Ramai orang cantik pada mulanya,
tetapi apabila kita mula bercakap dan bergaul
dengannya kita sudah tidak mengkagumi lagi kecantikannya.
Sudah ditenggelamkan oleh mulutnya yang celupar,
sikapnya yang kasar.
Tetapi berapa ramai orang yang mukanya buruk dan
sederhana sahaja tetapi apabila kita dekati dan
bergaul dengannya, semakin hari semakin menawan pula.
Anda boleh menjadi orang itu… dan percayalah anda akan
disayangi bukan sahaja oleh keluarga anda
bahkan oleh orang lain juga.

*********

JANGAN RESAH

Jadi bagi wanita yang tidak cantik pada ukuran manusia
jangan hilang bahagia atau resah jiwa.
Allah Maha Adil.
Sekiranya hanya wanita yang cantik layak mendapat cinta,
yang buruk tidak… maka di mana keadilan
Tuhan Yang Maha Pengasih.
Tetapi subhanallah, yang buruk wajah pun
mampu menikmati cinta… malah cinta yang lebih suci
kerana pada mereka ada kecantikan sejati sekiranya berakhlak baik.
Kadangkala terdengar wanita mengeluh,
“Ah, lelaki hanya tertarik pada wajah saya yang cantik…
saya tidak pernah mendapat cinta sejati.”
(ingat lagi keluhan Lady D yang ‘berpindah’ dari
seorang lelaki kepada seorang lelaki kerana memburu cinta sejati?)
tapi jika difikirkan, wanita itu juga yang salah.
Jika kita ‘memancing’ menggunakan umpan ‘kecantikan’
maka tidak hairan kalau ‘jerung’ yang rakuskan
kecantikan yang akan kita dapat.
Samalah kalau lelaki ‘mengumpan’ wanita dengan wang,
jangan pelik kalau yang dating nanti wanita pisau cukur…
tetapi jika kita jadi wanita yang berakhlak,
maka lelaki yang berakhlak juga akan mendekati kita.
Begitulah sifirnya.
Kata orang, what you see is what you get;
apa yang kita lihat, itulah apa yang kita dapat.
Kalau pandangan kita tepat,
maka apa yang akan kita dapat adalah baik.
Sebaiknya, jika pandangan kita kabur,
maka apa yang kita dapat ialah buruk.
Pandangan yang paling tepat ialah pandangan yang diselaraskan dengan penilaian Allah.
Apa yang Allah kata cantik, maka itu jugalah yang kita kata cantik.
Maka insya-Allah, kita akan mendapat kecantikan itu.

*******

PILIHLAH AGAMANYA

Harta, rupa,darjat dam agama (akhlak)-
adalah empat pandangan manusia dalam mencintai wanita.
Tetapi sabda Rasulullah, pilih yang baik agamanya (akhlaknya).
Walaupun kadangkala kita hanya menerima panduan Rasulullah
ini semata-mata dengan akal (percaya itulah yang benar)
tetapi bermujahadahlah​… lawan-lawanlah hati,
pilihlah yang baik budi walaupun tak cantik ‘body’;
insyaallah kita tidak akan menyesal.
Yang cantik ‘body’ kalau dipilih,
memang senang awalnya di mata, tetapi sakit nantinya di hati.
Akan tiba waktunya (bila dah tua) sakit juga di mata,
semakin sakit pula di hati.
Tetapi jika yang kita pilih yang canti ‘budi’,
mulanya mujahadahlah, sakit di mata, tetapi cepat senangnya di hati.
Dan lambat-laun, akan senang juga di mata,
senang juga di hati.
Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang kita lihat,
tetapi kita boleh mengubah diri kita yang melihatnya.
Jika kita tak dapat apa yang kita suka,
maka langkah terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat.
Itulah syukur namanya!
Mungkin para remaja akan mencemuh, ini hanya teori.
Silap tu, ini bukan teori tetapi pengalaman ramai orang.
Tanyalah orang yang lebih tua di sekeliling anda,
anda akan mendapat jawapan yang pasti.
Buka telinga, tutup mata, celikkan mata hati;
anda tidak payah menjadi kelkatu yang terus-menerus
menghantukkan kepala pada lampu untuk mengetahui
sendiri apakah itu cahaya?
Sedangkan ribuan kawannya sudah pun menjadi korban
di bawah lampu itu.
Jika kita boleh belajar dari pengalaman pahit orang lain,
kenapa perlu kita merasai kepahitan itu sendiri
untuk belajar?
Ingatlah, yang baik itu cantik tetapi yang cantik itu
tidak semestinya baik!

KECANTIKAN
“kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan
ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya”

10.02.2009

Carilah yang CANTIK! [Bhgn Kedua]

Alhamdulillah.​.​dapat lagi ana sambung topik ini..
Semoga sedikit sebanyak ia mampu menginsafkan diri,
terus ke arah perlakuan yang hakiki..
Manusia takkan berhenti mencari yang cantik..
tapi cantik yang bagaimana?

KECANTIKAN MEMBINASAKAN

Kenapa ramai wanita yang memiliki rupa tetapi musnah hidupnya?
Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa
jika wanita mula merasai dirinya cantik dan berbangga
dengan kecantikannya.
Sejauh mana benarnya, wallahua’lam.
Tetapi apa yang pasti,
menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat,
maka pemiliknya akan hilang kawalan diri.
Dia akan rosak dan merosakkan orang lain.
Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh
syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran.
Lihatlah di sekeliling kita.
Sudah menjadi sesuatu lumrah, wanita yang cantik
selalu diperalatkan, diperagakan atas tujuan-tujuan
komersil dan lain-lain.
Mereka rasa bangga tanpa menyedari hakikatnya mereka cuma
‘bidak’ atau ‘barang permainan’ kepada dalang-dalang berkepentingan.​
Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan kearah kejahatan
dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan
diri pemiliknya dan orang lain.
Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada sebahagian artis Barat,
ada yang memporak-​perandakan Negara,
rumahtangga dan berakhir dengan bunuh diri.
Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan
kecantikan itulah yang salah.
Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak.
Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi.
Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat.
Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman Rasullullah s.a.w
seperti Ummahatul Mukminin Siti Aisyah r.ha, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

*******

KECANTIKAN SEJATI


Bagaimana mendapat kecantikan sejati?
Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar.
Bukan sebaliknya.
Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita
iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat
dan penghayatan yang tinggi.
Kemudian iman ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik.
Susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik.
Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat
atau peraturan Tuhan.
Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan,
akan berbuahlah akhlak yang mulia.
Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali.
Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki.
Biar buruk rupa, tapi jangan buruk perangai.
Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?
Apa gunanya wajah yang cantik kalau mendedahkan aurat?

*******

MAHKOTA WANITA

Kata orang, rambut itu mahkota wanita tetapi sayangnya
ia terpaksa ditutup apabila menutup aurat.
Bukankah ini seolah-olah menutup kecantikan wanita?
Ingin ditegaskan bahawa kecantikan itu tidak seluruhnya
terletak pada rambut, hingga menutup rambut boleh
menghilangkan kecantikan wanita.
Ya, memang rambut mahkota wanita…justeru mahkotalah
ia tidak boleh dipamerkan sesuka hati.
Hanya ratu yang memakai mahkota.
Ratu hanya memakai mahkota dalam majlis-majlis tertentu,
dihadapan orang-orang tertentu.
Dia tidak memakai mahkotanya ke pasar-pasar,
ke tempat-tempat awam,
kerana takut akan ada orang yang merompak atau merosakkannya.
Begitulah rambut kepada wanita,
jika ia dianggap mahkota maka ia perlu disimpan dengan baik.
Ditutup dengan kain yang sopan.
Dan wanita solehah adalah ratu yang hanya mempamerkannya
kepada orang yang berhak yakni suaminya.
Tidak, kecantikan wanita tidak akan terlindung
hanya dengan dia memakai tudungnya, kerana ada banyak lagi yang boleh dipamerkannya…m​isalnya kecantikan tutur kata,
tingkah laku dan budi pekerti yang boleh diserlahkan.
Bagaimana masih boleh kelihatan cantik walaupun
telah menutup aurat?
Seperti yang saya katakan tadi,
jagalah hal-hal yang lain yang boleh buat muka kita bersih
dan pandangan kita lembut.
Bahagian muka dan tangan yang dibenarkan
bolehlah dijaga dengan sebaik-​baiknya.​
Begitu juga dengan kekemasan pakaian.
Janganlah menutup aurat sahaja yang dipertahankan
tetapi kebersihan dan kekemasannya diabaikan.
Itu juga menjadi kewajiban.
Memang wanita muslim dilarang memakai haruman yang kuat,
tetapi janganlah sampai berbau busuk pula.
Walaupun anda tidak memiliki wajah yang cantik tetapi
itu tidaklah bermakna anda harus merasa malu.
Ini kerana anda mesti punya kelebihan tersendiri yang
boleh menarik hati orang lain kepada anda.

Apakah kelebihan itu?
Ya, anda sendiri mesti mengetahuinya dan itulah
nanti yang anda perlu manfaatkan untuk membuang rasa malu
tidak bertempat yang bersinggah di hati anda sekarang.
Ingatlah, bijak pandai ada berkata:
“Tuhan tidak menciptakan manusia hodoh, tetapi Tuhan mencipta manusia dengan kecantikan berbeza”

[bersambung..]

10.01.2009

::: Carilah Yang Cantik :::

“Betapa cinta pun seseorang itu terhadap perempuan cantik,
kalau difikirkan akhir akibat perempuan itu akan kuranglah cintanya”

-PAK HAMKA-


Carilah yang cantik…

“Tidak ada wanita hodoh,hanya kecantikan yang berbeza”
Itulah hakikat sebenar yang sebahagiannya masih tak sedar..
Masih tak bersyukur yang tiap manusia itu Allah kurniakan kecantikan
yang dicari guna mata hati..
Inginkan kecantikan dan suka pada kecantikan tidak menjadi satu kesalahan.
Ia adalah fitrah semulajadi manusia.
Semua orang, tidak kira yang cantik ataupun yang hodoh, sukakan kecantikan.
Bukan itu sahaja, Tuhan yang kita sembah itu pun sangat cantik.
Kamal (sempurna), Jamal (cantik), Jalal (agung) adalah sifat Tuhan.
Rasullullah s.a.w menegaskan dalam satu hadisnya,
Allah itu indah dan suka pada keindahan.
Keindahan Allah terletak pada sifat-sifat kesempurnaan-​Nya.​
Bila sesuatu sempurna maka tentulah ia indah.
Lantaran itulah Allah itu sangat indah – pada nama, penciptaan
dan sifat-Nya
Justeru DIAlah yang paling sempurna.

**********

Allah juga cinta pada keindahan, sebab itulah Islam yang
diturunkan oleh Allah untuk menjadi anutan manusia ini
juga sangat indah.
Dan salah satu ciri keindahan Islam ialah ajarannya sangat sesuai
dengan fitrah semulajadi manusia.
Manusia suka cantik.
Islam juga begitu.
Manusia suka baik.
Islam juga begitu.
Jika ada orang yang mengatakan Islam itu tidak indah,
bukan Islam yang tidak indah tetapi jiwa orang itu yang tidak indah.
Umpama kelawar yang tidak dapat melihat di siang hari,
bukan kerana siang itu gelap, tetapi mata kelawar yang
tidak mampu menatap terangnya siang.
Atau bagai mentari yang tak mampu dilihat dengan mata kasar
kerana ia terlalu terang!
Begitu jugalah ciptaan Tuhan Pencipta dunia ini tidak dapat
dilihat kerana Dia sangat indah.
Bahkan alam ciptaan Allah ini juga sangat indah,
hingga ramai manusia sangat terpesona dengan keindahan dunia
sehingga terhijab melihat keindahan Penciptanya.

*********

CIPTAAN ALLAH


Baiklah, wanita juga adalah ciptaan Allah,
dan tentu sahaja wanita cantik.
Soalnya, dimanakah letaknya kecantikan sebenar
pada seorang wanita?
Kalau kita tanyakan kepada manusia,
maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan.
Ada yang merasakan kecantikan wanita itu pada wajah,
pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.
Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terdapat
pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak
pada hidung, pada mata dan sebagainya.
Pendek kata, sesetengah beranggapan bahawa kecantikan itu
sangat relative sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.
Cantik itu relatif atau nisbi sifatnya, dakwah mereka.
Benarkah begitu?
Sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur
tersendiri untuk menilai kecantikan.
Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut
kayu ukur Islam.
Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam
adalah lebih hakiki dan ‘ori’.
Misalnya,​kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah,
wajah itu lambat-laun akan dimakan usia.
Itu hanya bersifat sementara.
Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah
tidak cantik lagi.
Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

*********

NILAIAN ISLAM


Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras
dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai
oleh-Nya adalah lebih tepat dan benar.
Jika kita menilainya mungkin tersalah,
tetapi penilaian Allah pasti tepat.
Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu?
Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti
ataupun akhlak.
Kecantikan ini jika ada pada diri seseorang,
maka ia lebih kekal.
Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah.
Rasullullah s.a.w bersabda:
”mukmin yang terbaik adalah yang terbaik akhlaknya”
Dan kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi.
Justeru, kata pepatah, hutang budi dibawa mati.
Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia.
Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik
tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.
Ya, mata menilai kecantikan pada rupa.
Akal menilai pada fikiran.
Nafsu menilai pada bentuk tubuh.
Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi.
Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang.
Katalah orang yang jujur, siapa pun suka.
Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu.
Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia
tetap tidak sama.
Ada orang suka yang hitam manis,
manakala ada pula yang sukakan putih kuning.
Sebab itu ada ungkapan yang mengatakan,
“Beauty is in the eye of the beholder”.
Rasullullah s.a.w juga telah pernah menegaskan,
sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.
Wanita solehah ialah perhiasan rumahtangga,
perhiasan masyarakat dan perhiasan Negara.
Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat.
Mereka akan terdidik dengan baik.
Jika isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat.
Para isteri ini akan memudahkan urusan rumahtangga,
menjalinkan hubungan keluarga dengan penuh kasih sayang
dan lain-lain.
Tutur katanya baik, senyumannya menawan dan
segala-galanya indah…mereka adalah bayangan bidadari syurga di dunia ini.

BERSAMBUNG....

9.11.2009

::: Kisah Yang Mesti Dibaca :::

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

9.07.2009

::: Amalan Ramadan :::

Pesta beribadah telahpun bermula
Bersama tibanya Ramadhan yang mulia
Rahmat Allah melimpah untuk semua hambaNya
Nikmat Allah mengalir mencurah-curah
Meriahkan Ramadhan ini dengan beribadah
Tingkatkan amal dan mujahaddah
Banyakkanlah berzikir dan baca Al-Quran
Muhasabah dan sucikan hati..

Seluruh anggota kita semua ada peranannya
Perlu dijaga di setiap tindakan
Hati yang telah bersih dan berakhalak mulia
Di sisi Allah tinggi nilainya
Jagalah lidah dan tutur kata jangan sampai
Mengumpat dan berkata-kata dusta
Pelihara mata dan jagalah telinga
Agar berbuat yang diredhoi Allah
Langkahkan kaki menuju kebaikan jangan melangkah
Ke arah kejahatan dan maksiat
jika terhumban kekancah kehinaan
Di dunia lagi beroleh pembalasan

puasa sekadar lapar dan dahaga

:::EKSPLORASI DIRI :::

Telusuri maknawi menjejak hakiki

Amanah suci khalifah di bumi

Jelajah duniawi menuju ukhrawi

Amalan murni menghadap illahi

Eksplorasi diri membaca zahir

Menyingkap reality nan tersembunyi

Eksplorasi hati merungkai nurani

Cerminan peribadi bias tulus budi

Bertamu berpadu di dalam restu

Berhias bermadah dalam santun ilmu

Berpautkan iman tenteram aman

Bersandarkan rahmat sentosa selamat

Bukan mudh melukis pelangi di langit yang tertinggi

Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari yang mengiringi

Bukan mudah memiliki mutiara kasih

Tanpa diselami lubuk hati nurani

Ke dasar rasa yang paling dalam


munsyeed : far-east

maudu' : eksplorasi diri

7.23.2009

" Luasnya Neraka "

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujungtimur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar

nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

7.20.2009

"Sahabat"

Siapakah yang dikatakan sahabat?
Adakah perlu dia kaya dan segak,
Apakah perlu dia pandai mengambil hati,
Mestikah dia tidak mementingkan diri-sendiri,
Atau,
Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya,
Satu halatuju dan matlamat yang selari,
Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya,
Atau,
Adakah orang yang dapat gembira dan duka bersama,
Membantu bila sahabatnya kesusahan,
Atau,
Seorang sahabat ialah orang yang
Menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah.
Dia menegur apabila sahabatnya lupa,
Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya
seperti menyayangi dirinya.

Kenapa kita mesti ada sahabat?
1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup
bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan
Allah itu saling perlu memerlukan. Ibarat nya tidak
diciptakan manusia itu daripada golongan Adam sahaja
tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana
sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman.
Cumanya, bergantung kepada individu berkenaan
bagaimana ciri sahabat yang diperlukan. Disini kita
sebagai muslim kenalah bijak memilih sahabat.

2.
Sahabat adalah cermin diri kita,
Jika kita bersahabat dengan orang yang jahat,
Maka kita pasti dicerminkan demikian,
Jika kita bersahabat dengan orang yang soleh,
Maka kita juga pasti dicerminkan demikian,
Oleh yang demikan, pilihlah siapa sahabatmu.

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat
yang baik (ana tak pasti samada ianya hadis atau
kata-kata ulama'..renunglah;

Pilih sahabat yang baik seumpama,
Jika kita berkawan dengan pelebur besi,
Maka kita pasti mendapat percikan api,
Jika kita berkawan dengan penjual haruman,
Maka kita pasti sedikit wangian.

Dan pohonlah kepada Allah, supaya Allah mengurniakan
kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat
keredaan-Nya.

7.18.2009

PERMASALAHAN TUDUNG DAN PAKAIAN DALAM ISLAM

Dalam hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muslim : "Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian."

Penerangan Hadis:
Hadis di atas adalah antara hadis-hadis yang memperincikan masalah aurat dalam syariat Islam. Istilah aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan yang bukan mahram. Arahan menutup aurat ini adalah hasil dari keyakinan keagamaan dan ikatan syahadah yang termeterai dengan pengakuan lisan dan pengiktirafan dengan hati terhadap kebenaran agama Islam. Ia adalah hubungan yang terjalin antara manusia dengan Allah atau agama yang dianutinya. Ia lambang penyerahan diri dan persetujuan terhadap perintah Allah S.W.T. Dalam
masa yang sama ia juga adalah tuntutan ibadah dan syariat Islam yang menjadi sebahagian dari anutan, amalan dan penghayatan agama. Ia bukan simbol yang tidak memberikan apa-apa fungsi apatah lagi untuk menandakan atau menunjuk-nunjuk secara provokasi keangkuhan beragama. Islam tidak pernah mengajar manusia untuk bersikap angkuh dengan pakaian. Sebaliknya melarang perbuatan yang demikian seperti mana yang diungkapkan oleh beberapa ajarannya. Pemakaian tudung atau pakaian yang menutup aurat adalah semata-mata kerana memenuhi tuntutan agama Islam yang maha suci.

Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita muslimah, antara lain :

1. Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau
putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka,
atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita,………"

Ayat ini menegaskan empat hal:
1. Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah.
2. Perintah untuk menjaga kemaluan dari perbuatan yang haram.
3. Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa tampak.

Para ulama mengatakan bahawa ayat ini juga menunjukkan akan haramnya menampakkan anggota badan tempat perhiasan tersebut. Sebab, jika perhiasannya saja dilarang untuk ditampakkan apalagi tempat perhiasan itu berada. Sekarang marilah kita perhatikan penafsiran para sahabat dan ulama terhadap kata “…kecuali yang biasa nampak…” dalam ayat tersebut. Menurut Ibnu Umar RA. yang biasa nampak adalah wajah dan telapak tangan. Begitu pula menurut ‘Atho,’ Imam Auzai dan Ibnu Abbas RA. Hanya saja beliau (Ibnu Abbas) menambahkan cincin dalam golongan ini. Ibnu Mas’ud RA. mengatakan maksud kata tersebut adalah pakaian dan jilbab. Said bin Jubair RA. mengatakan maksudnya adalah pakaian dan wajah. Dari penafsiran para sahabat dan para ulama ini jelaslah bahawa yang boleh tampak dari tubuh seorang wanita adalah wajah dan kedua telapak tangan. Selebihnya hanyalah pakaian luarnya saja.

4. Perintah untuk menutupkan khumur ke dada. Khumur adalah bentuk jamak dari khimar yang bererti kain penutup kepala (tudung). Ini menunjukkan bahawa kepala dan dada adalah juga termasuk aurat yang harus ditutup. Bererti tidak cukup hanya dengan menutupkan tudung pada kepala saja dan ujungnya diikatkan ke belakang. Tapi ujung tudung tersebut harus dibiarkan terjuntai menutupi dada. Penekanan untuk tidak memperlihatkan perhiasan dan aurat kepada laki-laki asing (bukan mahram) kecuali kepada orang-orang tertentu saja seperti suami, anak dsb.

2. Surah al-Ahzab : 59 "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan
isteri-isteri orang-orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59).

Pengertian jilbab ialah :

a) Pakaian yang menutupi badan langsung dari atas sampai ke bawah.
b) Pakaian yang lebih lebar dari tudung.
c) Pakaian luar wanita seperti jubah, gamis (baju panjang).
d) Menurut Ibnu Arabi, jilbab adalah pakaian yang menutupi seluruh badan dari kepala hingga mata kaki.
e) Al-Khatib asy-Syarbini dari al-Khalil (sebagaimana yang dikutip Dr. Abdul Halim) menjelaskan bahawa setiap pakaian dalam, pakaian luar dan pakaian yang dipergunakan untuk menutupi adalah jilbab, jika yang dimaksud dengan jilbab itu adalah gamis, maka mengulurkannya itu ialah menyempurnakannya hingga menutup tubuh dan kedua kakinya.

Ayat ini menjelaskan pada kita bahawa menutup seluruh tubuh adalah kewajiban setiap wanita muslimah (mukminah) dan merupakan tanda keimanan mereka. Menutup aurat adalah salah satu dari kewajiban yang telah ditetapkan bagi muslimah, sedangkan menuntut ilmu adalah kewajiban lain yang berlaku untuk seumur hidup.

Hadis shahih ini menjelaskan bagaimana wanita yang tidak akan mencium bau syurga disebabkan kerana mereka berpakaian namun telanjang, ertinya pakaian yang mereka kenakan sempit, transperan (terlalu jarang) dan menampakkan bentuk tubuh sehingga Rasulullah s.a.w mengumpamakannya dengan ‘berpakaian namun telanjang’. Pakaian yang transperan tidak dapat memenuhi kriteria sebagai penutup aurat, kerana warna kulit masih terlihat, pakaian tersebut juga tidak boleh dipakai untuk solat, apalagi untuk keluar rumah. Al-Nawawi dalam syarahnya menjelaskan bahawa wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang tersebut adalah wanita yang berpakaian dengan menutupi sebahagian badannya dan membiarkan terbuka sebahagian yang lain, atau wanita yang berpakaian tipis sehingga terlihat warna kulit dan bentuk tubuhnya


Dalam hadis Hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu 'anhu, bahawasanya Asma binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, "Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini," sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR Abu Daud dan Baihaqi).

Hadis ini menunjukkan dua hal :

a Kewajiban menutup seluruh tubuh wanita kecuali wajah dan telapak tangan.
b Pakaian yang tipis tidak memenuhi syarat untuk menutup aurat.

Al-Quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam
surah An-Nur ayat 31;

Maksudnya:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua
mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Iman Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.

Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian
tubuh badan mereka. Ini bermakna penutupan aurat iatu adalah satu dari bentuk jaminan keselamatan yang diajukan oleh Islam untuk melindungi kepentingan wanita. Kalau dilihat dari sudut psikologi dan sosial maka pakaian menutup aurat termasuk tudung adalah selaras dengan matlamat murni untuk mengujudkan kejernihan sosial dan mengekang pengaruh rangsangan berahi seks yang jika sudah terkobar sukar dibendung, Hal ini akan menggugat maruah dan keselamatan kaum wanita. Dalam jangka panjang menggugat peradaban dan keutuhan sesebuah negara .

Dari sudut kesihatan pakaian yang menutup aurat termasuk tudung kepala lebih menjamin kesihatan diri dari debu dan kotoran persekitaran. Bagi kaum wanita yang berada di negara beriklim sederhana atau dingin maka pakaian sebegini bukan hanya merupakan keharusan bahkan amat dituntut memandangkan cuaca yang boleh memudharatkan diri mereka kalau terdedah kepada cuaca berkenaan.

Dari sudut integrasi maka dasar integrasi dalam mana mana negara sekalipun mesti mengambil kira
perkembangan kesedaran dan nilai-nilai sosial yang lebih sehat, selamat dan murni serta jitu untuk dijadikan dasar integrasi tersebut. Untuk mengamalkan budaya menggalakkan dialog, berfikir yang bebas, demokrasi dan positif. Oleh itu hujah menghormati dasar integrasi dalam sesebuah negara mungkin juga mewajibkan pakaian tersebut kepada semua wanita memandangkan kebaikan yang boleh dicapai dari sesuatu amalan sosial yang lebih positif, berfaedah serta waras. Amalan tersebut wajar dijadikan asas kepada dasar integrasi nasional dalam sesebuah negara; baik sekular mahupun bukan.

Yang lebih penting dalam hal ini ialah berfikir dengan lebih seimbang dan objektif dan tidak berat sebelah dalam melihat isu tudung dan pakaian yang menutup aurat ini. Jaminan kebebasan manusia untuk beragama perlu dipertahankan, Negara tidak akan runtuh hanya kerana kaum wanitanya menutup aurat atau bertudung. Negara runtuh dengan budaya porno, serba merangsang, seks bebas, penindasan, sikap tidak bertoleraensi dan kehilangan disiplin kendiri yang dijana oleh persekitaran sosial yang mewabak.

Dari sebahagian dalil dan perbincangan yang telah diuraikan tersebut di atas kita dapat memahami bahawa menutup aurat adalah wajib. Bererti jika dilaksanakan akan menghasilkan pahala dan jika tidak dilakukan maka akan menuai dosa. Kewajiban menutup aurat ini tidak hanya berlaku pada saat solat saja namun juga pada semua tempat yang memungkinkan ada laki-laki lain dapat melihat aurat kaum wanita. Kebijaksanaan Allah dalam mewajibkan kebaikan cukup jelas dan tidak dapat ditolak oleh akal yang melihat agama sebagai suatu kejahatan.

'Sedarlah Wahai Insan'

Sedarlah....

kita tidak dilahirkan kerana kebetulan

kita memang dilahirkan atau diutuskan oleh Allah dengan situasi yang penuh tribulasi masakini

kitalah orangnya

kitalah rijalnya

Jika tidak merancang untuk menuntut ilmu

sebenarnya kita merancang untuk menjadi jahil

Kalau kita tidak merancang untuk kesyurga

kita menempah neraka

Kalau kita tak merancang untuk meningkatkan keimanan

sebenarnya kita merancang untuk meningkatkan kekufuran

-KEMANA-KARISMA 2001-

7.09.2009

" Cinta Kita Cinta Perjuangan "

Salam perjuangan buat semua pembaca blogku...rasanya cerita ini telah diketahui ramai tetapi ana ingin mengingatkan kembali kepada pembaca sekalian moga ia boleh mendatangkan rasa cinta kita kepada perjuangan ISLAM...

“Enti menangis..?”“Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”
“Habis, mata enti berair?”
“Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.”
Aku tersenyum.Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.“Ana tahu enti menangis..”
“Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak.
“Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..”

“Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlaku fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…”“Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?”“Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..”
“Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah.
Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.
“Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..” Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?………………………………………….

“Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak.
Aii.. ada juga yang berani rupanya.“Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?”
Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.“Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi.
Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?”

Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini.
“Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti.
Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”
“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?”“Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.”
“Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.……………………………………….

“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak.Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!”
Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.“Jawab soalan aku dulu..”“Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.
“Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua.
“Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja.
Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!”
“Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "
“Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.”

“Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.‘Lagi.. negatifnya?”
“Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,“Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.”“Apa dia..? Negatifkah?”“Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.”
“Gerakan militankah?”
“Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!”
“Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”
“Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!
“Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.
“Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”………………………………………….
Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?
“Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?”“Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.
“Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.
“Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.
“Ustaz tidak main-mainkan ana?”“Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.”
“Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat.
Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.………………………………………….Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku.
Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..
“Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..”
dan dia akan terus menyambung,“Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..”Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya.

Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Cyber Café yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,“SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej :“you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.

“Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!”Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,“Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!

sumber-http://murwalqiahaju.blogspot.com

7.03.2009

ISTER-ISTERI TAULADAN IDAMAN SUAMI

Seorang isteri bukanlah semata-mata orang kedua. Dia adalah satu pribadi. Satu pribadi yang memiliki level kepentingannya sendiri di dalam apa yang kita sebut keluarga. Sama halnya dengan anak, adik, kakak, ayah, dan suami. Itu makanya, tulisan ini tidak diberi judul "Isteri-isteri Nabi", misalnya. Sebab mereka bukanlah sekadar "serombongan wanita" yang menjadi isteri seorang Nabi. Maksudnya, sebagai individu, masing-masing wanita ini memang punya mutu. Soal kemudian mereka diperisteri oleh Nabi Nabi Muhammad SAW, tokoh paling bermutu sepanjang sejarah manusia, itu soal kedua. Nah, soal kedua inilah yang lantas memahatkan nama mereka di hati ummat Islam hingga jaman yang akan datang. Selamat menikmati profil-profil ringkas wanita-wanita bermutu ini.

SITI KHADIJAH(Ummul Mukminin pertama). Lahir di Mekkah tahun 556, Khadijah adalah wanita pertama pemeluk Islam. Ketika disunting RasuluLlah SAW, ia seorang janda berusia 40 tahun. Berasal dari keluarga terpandang dan ia sendiri menjadi orang terkaya di kotanya. Sedangkan RasuluLlah SAW masih muda, berusia sekitar 25 tahun dan dari keluarga miskin. Keinginan perkawinan itu datang dari pihak Khadijah.
Setelah menikah, semua kekayaan Khadijah dipergunakan sepenuhnya untuk mendukung dakwah RasuluLlah SAW. Juga, karena kewibawaannya di hadapan suku Quraisy, ia pun menjadi pelindung RasuluLlah SAW dari ancaman orang-orang Quraisy.
RasuluLlah SAW sangat mencintai Khadijah. Meskipun Khadijah sudah meninggal beberapa tahun, RasuluLlah SAW masih tetap mengenang. Sehingga pernah isterinya yang lain --Aisyah-- memprotes cemburu. "Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman padaku saat semua orang ingkar, yang percaya padaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan hartanya saat semua berusaha mempertahankannya;... dan darinyalah aku mendapatkan keturunan," kata RasuluLlah SAW di hadapan Aisyah.
Dari Khadijah, Nabi mendapat kurnia 7 anak: 3 putra dan 4 putri. Yang putra bernama al-Qasim, Abdullah, dan (Thaher, meninggal ketika masih bayi). Sedangkan yang putri: Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalsum dan Fatimah. Sebelum dengan Nabi, Khadijah pernah menikah dengan Abu Halal an-Nabbasy bin Zurarah. Dari Abu Halal, Khadijah mendapat seorang anak.
Setelah Abu Halal meninggal, Khadijah menikah lagi dengan Atiq bin Abid al-Makhzumi. Sampai Atiq meninggal, mereka tidak dikurnia anak. Ummul mukminin al-Kubra (Ibu Kaum Mukminin yang Agung) ini sendiri meninggal pada 619 H.

SAUDAH BINTI ZUM'AH (Ummul Mukminin kedua). Setelah Khadijah meninggal, Nabi baru bersedia menikah lagi. Saudah juga seorang janda. Suaminya, as-Sakran bin Amru al-Amiri, meninggal ketika hijrah ke Habsyi (Ethiopia).
Saudah sangat berduka ditinggal suaminya itu. Untuk mengobati duka itu, atas saran seorang wanita Khaulah binti Hakim As, RasuluLlah SAW lantas meminang Saudah. Meskipun RasuluLlah SAW juga menyayangi Saudah, tetapi ternyata hatinya tidak mampu mencintai wanita ini. Karena merasa berdosa, RasuluLlah SAW lantas ingin menceraikan Saudah. Tapi apa kata Saudah, "Biarlah RasuluLlah SAW aku begini. Aku rela malamku untuk Aisyah (Ummul Mukminin ke tiga Nabi). Aku sudah tidak membutuhkan lagi."
Saudah wafat dimasa kekhalifahan Umar bin Khaththab hampir berakhir.

'AISYAH BINTI ABU BAKAR (Ummul Mukminin ketiga). Satu-satunya isteri Nabi yang masih gadis, ketika dinikahi Nabi. Putri sahabat Nabi, Abu Bakar ash-Shiddiq ini dilahirkan 8 atau 9 tahun sebelum Hijrah. Menikah berumur 6 tahun, namun baru 3 kemudian hidup serumah dengan Nabi. Budaya Arab, seorang laki-laki berumur menikahi seorang gadis belia, hal yang biasa. Salah satu sebabnya, wanita Arab fisiknya cenderung bongsor dibanding usianya.
Setelah Khadijah, Aisyahlah isteri yang paling dekat dengan Nabi. Cantik dan cerdas, begitu penampilannya. Karena kedekatan dan kecerdasannya itu, setelah Nabi wafat, banyak hadith yang ia riwayatkan. Terutama soal wanita dan keluarga. Ada 1.210 hadith yang diriwayatkan Aisyah, di antaranya 228 terdapat dalam hadith shahih Bukhari.
Selama mendampingi Nabi, Aisyah pernah dilanda fitnah hebat. Ceritanya, pada peperangan melawan Bani Mustaliq, berdasarkan undian di antara isteri-isteri Nabi, Aisyah terpilih mendampingi Nabi. Dalam perjalanan pulang, rombongan istirahat pada suatu tempat Aisyah turun dari sekedupnya (sejenis pelana yang beratap di atas punuk unta), karena ada keperluan. Kemudian kembali. Tetapi ada yang ketinggalan, ia kembali lagi untuk mencarinya. Sementara itu, rombongan berangkat dengan perkiraan bahwa Aisyah sudah ada di sekedupnya. Aisyah tertinggal.
Ketika sahabat Nabi, Safwan bin Buattal menemuinya, Aisyah sudah tertidur. Akhirnya, ia pergi diantar Safwan. Peristiwa ini kemudian dimanfaatkan orang-orang kafir untuk menghantam Nabi. Disebarkan fitnah, Aisyah telah serong. Fitnah ini benar-benar meresahkan ummat. Bahkan Nabi sendiri sempat goyah kepercayaannya pada Aisyah. Sehingga turunlah wahyu surat An Nuur ayat 11. Inti wahyu itu, menegur Nabi dan membenarkan Aisyah.
Aisyah wafat pada malam Selasa, 17 Ramadhan 57 H, dalam usia 66 tahun. Shalat jenazahnya diimami oleh Abu Hurairah dan dimakamkan di Ummahat al-Mukminin di Baqi (sebelah Masjid Madinah) bersama Ummul Mukminin lainnya.

HAFSAH BINTI UMAR (Ummul Mukminin keempat)
. Hafsah adalah janda Khunais bin Huzafah, sahabat RasuluLlah SAW yang meninggal ketika perang Uhud.
RasuluLlah SAW menikahi Hafsah, kerena kasihan kepada Umar bin Khattab --ayah Hafsah. Hafsah sedih ditinggal suaminya, apalagi usianya baru 18 tahun. Melihat kesedihan itu, Umar berniat mencarikan suami lagi.
Pilihannya jatuh kepada sahabatnya yang juga orang kepercayaan RasuluLlah SAW, yakni Abu Bakar. Tapi ternyata Abu Bakar hanya diam saja. Dengan perasaan kecewa atas sikap Abu Bakar itu, Umar menemui Usman bin Affan, dengan maksud yang sama. Ternyata Usman juga menolak, karena dukanya atas kematian isterinya, belum hilang. Isteri Usman adalah putri RasuluLlah SAW sendiri, Ruqayyah.
Lalu Umar mengadu kepada RasuluLlah SAW. Melihat sahabatnya yang marah dan sedih itu, RasuluLlah SAW ingin menyenangkannya, lantas berkata "Hafsah akan menikah dengan orang yang lebih baik daripada Usman, dan Usman akan menikah dengan orang yang lebih baik dari Hafsah." Tak lama kemudian, Hafsah dinikahi RasuluLlah SAW, sedang Usman dengan Ummu Kalsum, putri RasuluLlah SAW juga.
Suatu malam di kamar Hafsah, RasuluLlah SAW sedang berdua dengan isterinya yang lain, Maria. Hafsah cemburu berat, lantas menceritakan kepada Aisyah. Aisyah kemudian memimpin isteri-isteri yang lain, protes kepada RasuluLlah SAW.
RasuluLlah SAW sangat marah dengan ulah isteri-isterinya itu. Saking marahnya, beliau tinggalkan mereka selama satu bulan. Terhadap kasus ini, kemudian Allah menurunkan wahyu surat at-Tahrim ayat 1-5.
Sejarah mencatat, Hafsahlah yang dipilih di antara isteri-isteri RasuluLlah SAW untuk menyimpan naskah pertama al-Qur'an. Hafsah wafat pada awal pemerintahan Mu'awiyah bin Abu Sufyan, dimakamkan di Ummahat al-Mu'minin di Baqi.

ZAINAB BINTI KHUZAIMAH (Ummul Mukminin kelima). Di antara isteri-isteri RasuluLlah SAW, Zainablah yang wafat lebih dulu, setelah Khadijah. Para sejarawan tidak banyak tahu tentang Zainab, termasuk latar belakangnya. Tapi yang jelas ia juga seorang janda saat dinikahi RasuluLlah SAW.
Hidupnya bersama RasuluLlah SAW, hanya singkat. Antara 4 sampai 8 bulan. Zainab terkenal dengan julukan Ummul Masaakiin, karena kedermawanannya terhadap kaum miskin. Zainab meninggal, ketika RasuluLlah SAW masih hidup. Dan RasuluLlah SAW sendiri menshalati jenazahnya. Zainablah yang pertama kali dimakamkan di Baqi.

UMMU SALAMAH (Ummul Mukminin keenam). Nama aslinya, Hindun binti Abu Umayah bin Mughirah. Suaminya bernama Abdullah bin Abdul Asad. Abdullah atau dipanggil Abu Salamah, meninggal ketika perang melawan Bani As'ad yang akan menyerang Madinah. Sebelum meninggal Abu Salamah berwasiat, agar isterinya ada yang menikahi dan orang itu harus lebih baik dari dirinya.
Abu Bakar ingin melaksanakan wasiat itu, dengan meminang Ummu Salamah tapi ditolak. Demikian pula Umar bin Khattab, juga ditolak. Tiada lain, RasuluLlah SAW sendiri akhirnya yang maju. Dan diterima. Ketika itu umur Ummu Salamah hanya beberapa tahun dibawah RasuluLlah SAW dan sudah beranak empat.
Sejarah mencatat, surat at-Taubah 102 turun tatkala RasuluLlah SAW sedang berbaring di kamarnya Ummu Salamah. Dalam perjanjian Hudaibiyah, Umum Salamah punya peranan penting.
Banyak sahabat RasuluLlah SAW yang protes terhadap perjanjian itu, termasuk Umar. Usai perjanjian ditandatangani, RasuluLlah SAW memerintahkan para sahabat agar menyembelih ternak dan memotong rambut. Namun tidak ada yang melakukan seruan itu. RasuluLlah SAW mengulangnya sampai tiga kali, tapi tetap tidak ada yang menyahut. Dengan kesal dan marah kembali ke kemahnya.
Ummu Salamah lantas usul, agar RasuluLlah SAW jangan hanya bicara, langsung saja contoh. Benar juga, RasuluLlah SAW lantas keluar menyembelih ternak dan menyuruh pembantu memotong rambut beliau. Kaum muslimin kemudian banyak yang mengikuti rindakan RasuluLlah SAW ini, karena takut dikatakan tidak mengikuti sunnah RasuluLlah SAW. Ummu Salamah banyak mengikuti peperangan. Ia hidup sampai usia lanjut. Ia wafat setelah peristiwa Karbala, yakni terbunuhnya Husein, cucu RasuluLlah SAW. Ummu Salamah adalah Ummahatul Mukminin yang paling akhir wafatnya.

ZAINAB BINTI JAHSY (Ummul Mukminin ketujuh). Zainab adalah bekas isteri Zaid bin Haritsah yang telah bercerai. Sedang Zaid adalah anak angkat RasuluLlah SAW. Zainab sendiri dengan RasuluLlah SAW juga masih bersaudara. Karena wanita ini adalah cucu Abdul Muthalib, kakek RasuluLlah SAW (baca Sejarah, Sahid, April l997).
Meski perkawinan Zainab dengan Nabi jelas-jelas perintah Allah, tapi gosip menyelimuti perkawinan mereka. Wahyu yang memerintah Nabi agar menikahi Zainab itu ada pada al-Ahzab 37. Dari perkawinan inilah kemudian turun hukum-hukum pernikahan, termasuk perintah hijab (al-Ahzab 53).

JUWAIRIAH BINTI HARITS (Ummul Mukminin kelapan). Nama sebenarnya adalah Barrah binti Harits bin Abi Dhirar, putri pimpinan pemberontak dari suku Bani Musthalaq, Harits bin Dhirar. Setelah menikah dengan Nabi berganti nama Juwairiah. Sebelumnya, Juwairiah adalah tawanan perang.
Riwayat selanjutnya tak banyak diketahui oleh para sejarawan. Hanya ia meninggal dalam usia 65 tahun, di Madinah, pada masa Muawiyah. Dishalatkan dengan Imam Amir Madinah yaitu Marwan bin Hakam.

SOFIYAH BINTI HUYAI (Ummul Mukminin kesembilan). Satu-satunya isteri Nabi dari golongan Yahudi ya Sofiyah ini. Sofiyah masih keturunan Nabi Harun dan ibunya Barrah binti Samual. Meski usianya baru 17 tahun, tapi ia sudah dua kali menikah. Pertama dengan Salam bin Masyham, dan kedua dengan Kinanah bin Rabi bin Abil Haqiq, pemimpin benteng Qumus, benteng terkuat di Khaibar, markasnya kaum Yahudi.
Dikawininya Sofiyah itu, Nabi sebenarnya berharap agar kebencian kaum Yahudi kepada kaum muslimin dapat diredam. Sofiyah wafat tahun 50 Hijriah, pada zaman Mua'wiyah. Dimakamkan di Baqi.

UMMU HABIBAH BINTI SOFYAN (Ummul Mukminin ke sepuluh). Nama sebenarnya Ramlah binti Abi Sofyan. Ia memang putri pemimpin Quraisy, Abu Sofyan, musuh bebuyutan Islam itu. Habibah adalah nama putri Ramlah hasil perkawinan dengan Ubaidillah, saudara Ummul Mukminin Zainab ra. Tentu saja Ramlah telah masuk Islam.
Berdua dengan suaminya, ia kemudian hijrah ke Habsyi (Afrika). Celakanya, sesampai di Habsyi suaminya murtad, masuk Nasrani. Selanjutnya, Ramlah dinikahi RasuluLlah SAW. Mendengar ini, betapa marahnya Abu Sofyan, putrinya sendiri masuk Islam dan sekarang kawin dengan musuh besarnya, Nabi Muhammad SAW.
Sampai akhir hayatnya, Ramlah tetap membela Islam dan suaminya. Ia wafat pada usia 60 tahun. Juga dimakamkan di Baqi.

MARIAH AL QIBTIYAH (Ummul Mukminin kesebelas). Mariah sebelumnya adalah budak kiriman dari raja Mesir. Kemudian diangkat derajatnya dengan dijadikan isteri Nabi. Setelah Khadijah, Mariah satu-satunya isteri Nabi yang melahirkan anak. Namanya Ibrahim bin Nabi Muhammad SAW. Cuma, sayangnya Ibrahim meninggal. RasuluLlah SAW sangat sedih dengan kematian putranya itu.
Mariah wafat pada tahun 16 hijriah. Dishalatkan oleh Amir Mukminin Umar bin Khattab.

MAIMUNAH BINTI AL HARITS (Ummul Mukminin kedua belas). Nama aslinya adalah Barrah binti Harits. Setelah menikah dengan Nabi, diganti dengan Maimunah. Perkawinan ini --Barrah ketika itu janda berumur 26 tahun-- sesungguhnya atas permintaan paman Nabi, yakni Abbas bin Abdul Muthalib. Barrah sendiri adalah adik dari isteri Abbas. Tidak banyak yang diketahui sejarah Barrah. Yang jelas ia wafat pada tahun 51 hijriah.