11.10.2010

KEISTIMEWAAN BULAN ZULHIJJAH



ZULHIJJAH adalah bulan kedua belas dalam takwim hijrah dan tergolong dalam bulan haram
selain dari Muharam, Rejab dan Zulkaedah.
Kelebihan bulan mulia ini disebutkan Allah di dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah semasa Dia
menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati.
Demikianlah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya dirimu dalam bulan itu; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa. (at-Taubah: 36) 

Zulhijjah bermaksud yang memiliki haji kerana rukun Islam kelima itu ditunaikan dalam bulan berkenaan. Amalan mulia ini dilakukan Nabi Ibrahim a.s dan diteruskan anak cucunya daripada keturunan Nabi Ismail a.s sehingga zaman Rasulullah s.a.w. 

Bulan ini menghimpunkan banyak keistimewaan yang disediakan Allah bagi Muslim yang
mengharapkan keredaan dan pengampunan Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya
mempunyai kelebihan melainkan pada hari ini, iaitu sepuluh hari Zulhijjah. 

Sahabat Baginda bertanya: Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar
Baginda: Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi sesiapa yang keluar
dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.” (Hadis riwayat al-
Bukhari)
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu hari pun,
amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh
kerana itu perbanyakkan ucapan tahlil (La Ilaha Illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid
(Alhamdulillah).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Rasulullah s.a.w juga tidak ketinggalan menyatakan beberapa amalan yang sangat dianjurkan
pada bulan ini, antaranya: 

Menunaikan ibadat haji dan umrah sebaik-baik amalan.
Berpuasa pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, terutama pada hari Arafah. Rasulullah
s.a.w bersabda bermaksud: “Puasa pada hari Arafah dengan penuh pengharapan keredaan Allah
akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang. (Hadis riwayat
Muslim)
Bertakbir (Allahu Akbar) dan membasahkan lidah dengan pelbagai zikir pada sepuluh hari
Zulhijjah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada
beberapa hari yang termaklum.” (al-Hajj: 28)

Disyariatkan juga bertakbir pada hari yang mulia itu sama ada pada siang atau malam terutama
selepas menunaikan solat fardu (dikerjakan secara berjemaah). Bagi mereka yang tidak
menunaikan ibadat haji, takbir bermula dari waktu Subuh hari Arafah dan bagi yang menunaikan
haji, takbir bermula pada waktu Zuhur Aidiladha pertama iaitu pada 10
Zulhijjah. Semuanya berakhir pada waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah. 

Bertaubat dan seterusnya meninggalkan semua perkara maksiat dan dosa. Dalam masa sama,
memperbanyakkan amalan baik dengan tujuan mencapai keampunan dan rahmat Allah.
Memperbanyakkan amalan baik terutama amalan sunat yang sangat dianjurkan seperti solat
sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran dan
sebagainya kerana semua amalan dilakukan pada hari berkenaan digandakan ganjarannya di sisi
Allah.

Disyariatkan umat Islam yang berkemampuan untuk melakukan amalan korban pada Hari
Raya Haji dan hari-hari Tasyriq yang berikutnya iaitu pada hari ke-11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Setiap Muslim hendaklah menunaikan solat Aidiladha berjemaah dan mendengar khutbah
supaya mendapat pengajaran daripadanya.

10.28.2010

KISAH UMAR AL-KHATTAB MEMELUK ISLAM


Umar r.a. selepas ia memeluk agama Islam, menjadi kebanggaan orang-orang Islam dan musuh ketat kafir-kafir musyrikin tetapi sebelum itu dia menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan mengganggu orang-orang yang menganuti Islam. Dalam suatu mesyuarat orang-orang Quraish, pada suatu hari mereka telah memutuskan hendak meminta salah seorang daripada mereka supaya membunuh Nabi Muhammad s.a.w.
                        Umar telah tampil kehadapan sebagai sukarelawan yang ingin mengusahakan pembunuhan itu. Tiap-tiap Quraish yang menghadiri mesyuarat itu berkata serentak"Ya, engkaulah yang dapat melakukannya,Umar!"
                        Dengan pedang yang bergantungan dilehernya, Umar pun mengarahkan langkah menuju ketempat kediamanNabi Muhammad s.a.w. Dalam perjalanannya ia telah menemui Saad bin Abi Waqqas. Saad berkata: "Kemana kau, Umar?"Umar menjawab: "Aku hendak pergi menamatkan riwayat hidup Nabi Muhammad " Saad: "Kalau begitu Banu Hashim, Banu Zuhrah dan Banu Abdi Manaf akan membunuh kamu sebagai tindakan balas."Umar(gelisah dengan amaran itu) berkata: "Nampaknya kau juga telah meninggalkan agama nenek moyang kau. Biar aku kerjakan kau dahulu."
                        Umar dengan serta merta menghunus pedangnya. Sambil mengistiharkan pengislamannya Saad juga berbuat demikian. Sebelum bertarung dengan Umar  sempat juga berkata:"Lebih baik kau menguruskan rumahtangga kau dahulu. Saudara perempuan kau dan iparkau, kedua-duanya telah memeluk agama Islam"
                        Kemarahan Umar ketika mendapat cerita itu tak dapat diceritakan lagi. meninggalkan Saad, dia menggerakkan langkahnya kearah rumah saudara perempuannya. Setibanya dirumah itu dia dapati rumah itu telah berkunci dari dalam. Sambil mengetuk-ngetuk pintu itu dia menjerit dengan sekuat tenaga kepada saudaranya supaya pintu itu dibuka. Mendengar suara Umar, Khabbab telah lari bersembunyi meninggalkan masyaf-masyaf Quran yang sedang mereka baca. Apabila pintu dibuka Umar dengan cepat menempeleng saudaranya sambil berkata:"Hai pengkhianat dirimu sendiri, engkau juga telah meninggalkan agamamu."
                        Tanpa menghiraukan kepala saudaranya yang berdarah, dia masuk kedalam sambil bertanya: "Apakah kelian sedang buat tadi dan siapa dia orang yang suaranya aku dengar dari luar?" Iparnya menjawab:"Kami hanya berbual-bual." Umar bertanya kepada iparnya "Adakah kamu juga telah meninggalkan agama nenek moyang kamu dan memeluk agama baru?" Ipar Umar menjawab:" Bagaimana pula agama baru itu lebih baik dari agama kita yang lama itu?" Jawapan itu menyebabkan Umar memukul dengan kejam  dan menarik-narik janggutnya. Saudaranya yang datang hendak melerai mereka juga dipukul sehingga mukanya berlumuran dengan darah. Sambil menangis saudara  perempuannya berkata:"Umar! kami dipukul hanya kerana kami memeluk agama Islam. Kami berazam hendak mati sebagai orang-orang Islam Kau bebas melakukan apa saja yang kau suka atas diri kami."
                        Apabila hatinya sejuk sedikit dia berasa malu atas perbuatannya terhadap saudara perempuannya itu. Tiba-tiba ia terpandang akan masyaf-masyaf yang ditinggalkan oleh Khabbab tadi. Katanya:"Baiklah, tunjukkan masyaf-masyaf ini." "Tidak," kata saudaranya.: "Badan kau tak bersih dan orang yang tak bersih tak seharusnya memegang  masyaf-masyaf ini." Umar akhirnya membersihkan badannya dan mula membca masyaf-masyaf tadi. Surah yang dibacanya ialah SURAH TAHA.Dia membaca dari permulaan surah itu.Seluruh sikap dan pandangannya berubah apabila  ia sampai ke ayat yang bermaksud:
"Akulah Allah. Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang buat mengingati Aku."
Kata Umar: "Baiklah, bawa aku bertemu dengan Muhammad "
                        Mendengar kata-kata Umar itu Khabbab pun keluarlah dari tempat persembunyiannya sambil berkata:"Ya Umar, ada berita baik untuk kamu. semalam (iaitu malam Juma'at)Nabi Muhammad s.a.w. telah berdoa kepada Allah s.w.t..: "Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan Umar atau Abu Jahal, siapa yang Engkau suka.".Nampaknya Allah s.w.t. telah memilih engkau sebagai menunaikan permintaan Nabi Muhammad s.a.w.
                        Umar telah menemui Nabi Muhammad s.a.w. dan pada pagi Juma'at dia telah memeluk agama Islam Pengislaman Umar merupakan merupakan suatu pukulan yang hebat kepada puak musyrikin. Sungguh pun begitu bilangan orang Islam terlalu kecil kalau dibandingkan dengan bilangan puak musuh. Kafir-kafir musyrikin telah memperhebatkan usaha-usaha mereka untuk menghapuskan orang-orang Islam serta agama mereka. Dengan Islamnya Umar, kaum Muslimin telah bertambah berani dan sekarang mereka mendirikan sembahyang di Baitul Haram. Kata Abdullah bin Masud: "Pengislaman Umar merupakan suatu kejayaan besar kepada kaum Muslimin, perpindahannya menguatkan kami dan perlantikannya sebagai Khalifah merupakan suatu keberkatan kepada kami.:"

10.22.2010

Ibu, Dari Mana Datangnya Semua Itu ???

Di sebuah rumah di pinggir kota,

Jam 12.00 tengahari, tiga beranak sedang bersiap-siap untuk makan tengahari dan makanan telah tersedia sejak pagi, ibu dan ayahnya sama-sama memasak makanan.
Kali ini mereka cuba untuk menggunakan semuanya segar dari kebun yang ditanam di laman belakang dan tepi depan rumah mereka.
Ada tomato, ada cili, ada halia, ada kunyit, ada serai, ada daun salad dan sebagainya tapi rumah mereka tidaklah luas mana.
Ada seorang anak kecil, makan bersama ayah dan ibunya.
Sedang ia makan, dia bertanya kepada ibunya.
"Ibu, makanan hari ini sangat sedap, dari mana datangnya makanan ini dan rasa sedap ni ibu?"

Fikrah dengan ceria bertanya pada ibunya, rasa sedap pada lidahnya membuatkan pipi gebu Fikrah bertambah tembam.
Ibunya sambil rasa senang dan seronok kerana dipuji cuba mula bercerita.
"Oh, makanan ini kan ibu yang masak tadi, ibu campurkan dengan lada putih dan lada hitam dan beberapa biji hasbatul sauda', ibu juga tidak gunakan sos dan kicap untuk perasa. Kali ini ibu cuba gunakan buah tomato yang ibu tanam dibelakang rumah untuk rasa masam dan cili segar untuk rasa pedas, sedikit halia juga dari kebun kita di belakang rumah tu, mungkin kerana segar dari kebun, itu penyebab kesedapannya wahai anakku Fikrah."
Ayahnya menambah,
"Mungkin kerana Fikrah mula makan makanan itu dengan bismillah, itu yang sedap tu"
Ujar ayahnya sambil mengusap rambut yang terurai di dahi fikrah dengan penuh kasih sayang.
Ibu dan ayahnya tersenyum, anaknya masih tidak puas hati dengan jawapan ibu dan ayahnya, dibenak hatinya, ibu dan ayah tersenyum seperti mereka ada merahsiakan jawapan sebenar.
"Bagaimana dengan nasi ni ibu"? kita tak tanam padi kan?
Ibu dan ayahnya terkejut, kenapa hari ini fikrah betul-betul mahu tahu persoalan ini?
Ibunya menjawab,
"Ya, Fikrah, kita tidak menanam padi, padi ini datangnya dari sawah. Rumah kita tak muat untuk menanam padi. Jadi ada pesawah yang bekerja untuk menanam padi, pesawah itulah yang menuai padi dan pesawah itu akan menghantar padi yang dituai ke kilang untuk diproses menjadi beras"
Ayahnya menyampuk dengan nada berjenaka.
"Ya.. kilang beras, pilihan bernas, pilihan bijak" suami isteri itu tertawa kecil oleh lawak si suami.
Sedangkan Fikrah benar-benar rasa masih belum terjawab. Dia mengetip bibir seolah-olah geram.
Ayahnya terperasan keadaan itu lalu meneruskan cerita.
"Dari kilang, beras itu dibungkus dan dihantar ke kedai-kedai, dari kedailah kita membeli beras, dan kemudian beras itu ibu fikrah basuh, dan ibu fikrah memasaknya untuk kita sekeluarga dengan rice cooker yang ayah belikan tu"
Dengan lemah lembut ayah fikrah bercerita agar dapat mententeramkan fikrah.
Fikrah bertanya lagi. Kali ini bertubi-tubi seolah-olah tidak puas hati benar
"Dari mana datangnya padi?" dari benih padi jawab ibunya
"Dari mana datangnya benih padi?" dari penuaian benih padi di tanam di atas tanah jawab ayahnya.
"Dari mana datangnya tanah"?
Ayah dan ibu Fikrah terdiam dan terdetik di hati mereka. Terharu, sayu, pilu, keinsafan, dan bangga pada Fikrah, mungkin berkat namanya Fikrah, dia benar-benar ingin tahu erti "Fikrah"
"Fikrah tahu semua yang ibu dan ayah cakap sejak awal tadi adalah selok belok.
kenapa ibu dan ayah tidak menjawab dengan terus terang?"
Fikrah seolah-olah merajuk, tapi fikrah tertunduk takut-takut kalau sikapnya itu buat ibunya kecil hati. Fikrah tak mahu berdosa pada ibu.
Keadaan terdiam sebentar. Seolah-olah ada malaikat yang lalu datang membawa ilham kepada ibu dan ayah fikrah untuk menjawab persoalan anaknya yang bersifat Fikrah itu.
Ibu Fikrah berkata,
"Anakku, ibu minta maaf, ibu mengelirukan Fikrah, ketahuilah anakku, memang benar. Segalanya dari Allah S.W.T"
Makanan yang kita makan itu dari Allah S.W.T. Rasa sedap makanan itu juga dari Allah S.W.T. Tanaman yang ayah fikrah usahakan di kebun rumah kita juga tumbuh dengan izin Allah.s.w.t.
Ayah Fikrah menitiskan air mata menyambung kata-kata ibu fikrah.
"Benar Fikrah, segala-galanya dari Allah S.W.T. Dialah Al-Khaliq. Mari kita berdoa agar rezeki yang diberikan ini berkat, halal, dan semoga dengan rezeki yang baik darinya ini kita sekeluarga terhindar dari api neraka."
Mereka bertiga menadah tangan semula dan berdoa kepadaNya.
Tangisan keinsafan dan air mata yang keluar dari mata kami bertiga ini juga dariMu Ya Allah.
Segalanya dari Al-Khaliq.

Sumber : I Luv Islam. com

10.21.2010

Tilawah, Tasmi’ dan tadabbur Al-Qur’an


Al-Qur’an adalah kitab yang berisi sebaik-baik perkataan, diturunkan pada bulan suci Ramadhan yang penuh dengan keberkahan, karenanya orang yang membaca (tilawah), mendengar bacaan (tasmi’) dan mengkaji (tadabbur) ayat-ayat suci Al-Qur’an niscaya menjadi tenang hatinya, manakala dia betul-betul beriman kepada Allah Swt, Allah berfirman yang artinya: Allah telah menurunkan perkataan yang baik (yaitu) Al-Qur’an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhanya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya (QS 39:23).

Oleh karena itu, sebagai mu’min, interaksi kita dengan al-Qur’an haruslah sebaik mungkin, baik dalam bentuk membaca, mendengar bacaan, mengkaji dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari. Manakala interaksi kita terhadap Al-Qur’an sudah baik, maka mendengar bacaan Al-Qur’an saja sudah membuat keimanan kita bertambah kuat yang berarti lebih dari sekedar ketenangan jiwa, Allah berfirman yang artinya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal (QS 8:2).

9.18.2010

Bahayanya Ilmu



Islam menyuruh kita belajar. Islam mahu seseorang
Muslim itu, lelaki mahupun perempuan supaya
menuntut ilmu. Tak boleh berhenti. Mencari ilmu bermula dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad. Hendak dunia kena ada ilmu, hendak Akhirat pun kena ada ilmu. Tidak sama orang yang ada ilmu itu dengan orang yang tidak ada ilmu. Tuhan mengangkat orang yang ada ilmu itu beberapa darjat.Orang yang ada ilmu itu kekasih Tuhan. Orang yang jahil itu
musuh dan seteru Tuhan.

Kalau begitulah kedudukan ilmu dalam Islam, kenapa pula
ianya boleh jadi bahaya? Ini kerana ilmu itu ibarat pedang. Ilmu
itu adalah senjata. Itu sebab Islam menyuruh kita mencari ilmu
supaya kita mempunyai dan memiliki senjata.
Tapi ada senjata sahaja tidak cukup. Kita kena tahu bagaimana
cara hendak menggunakan senjata itu. Kalau tersalah guna, kita
boleh membahayakan diri kita dan juga orang lain. Lebih-lebih
lagilah kalau orang yang ada senjata itu orang jahat. Akan digunakan
senjata Pedang tidak salah. Senjata tidak salah. Tetapi tuan
punya pedang mungkin menyalahgunakannya. Di situlah letaknya
bahaya ilmu. Bukan pada ilmunya tetapi pada pemiliknya.
Seperti juga dalam angkatan tentera dan pasukan polis, bukan
sahaja kemahiran mengguna senjata ditekankan pada anggotanya
tetapi soal disiplin dan tata tertib juga sangat diambil berat. Ini
untuk menjamin senjata api yang ada di tangan anggota tentera
dan polis tidak disalahgunakan. Kalau digunakan, ianya khusus
untuk menjaga keselamatan dan untuk menumpaskan musuh
masyarakat dan musuh negara.

Begitu juga adalah sangat bahaya kalau orang yang ada ilmu
itu tidak kenal Tuhan. Sebab orang yang tidak kenal Tuhan bukannya
orang yang baik. Orang yang ada ilmu, walaupun ilmu
agama atau ilmu Islam sekalipun, kalau dia tidak kenal Tuhan,
dia akan menyalahgunakan ilmunya itu. Apabila Tuhan dia tidak
kenal, dia akan melupakan Tuhan. Dia akan tinggalkan Tuhan.
Akhirnya dia akan kehilangan Tuhan. Dia seolah-olah hidup
tanpa Tuhan.

Apabila Tuhan yang hak sudah tidak wujud lagi dalam hidupnya,
maka tuhan yang palsu akan mengambil alih. Dia akan
menabalkan dirinya sendiri sebagai tuhan. Secara tepatnya, dia
akan mengangkat nafsunya menjadi tuhan. Apa pun yang dia
buat selepas itu adalah berpandukan kehendak dan kemahuan
nafsunya semata-mata. Nafsunyalah yang menjadi tunggak dan
pendorong utama dalam hidupnya. Kita tahu bahawa nafsu
hanya berkehendak. Dia tidak kira halal atau haram. Hak atau
batil. Dosa atau pahala.

Justeru itu, segala ilmu yang ada padanya, walaupun ilmu
usuluddin, ilmu syariat, ilmu tasawuf, ilmu hadith, ilmu tafsir
dan sebagaiya, lebih-lebih lagilah ilmu yang berbentuk duniawi
akan digunakannya hanya untuk memburu dunia. Ilmu itu akan
digunakan untuk mendapat wang dan imbuhan, untuk mendapat
pangkat dan jawatan, untuk glamour, untuk mendapat pujian
dan populariti, untuk bermegah-megah, untuk mendapat pengaruh
dan bermacam-macam lagi kepentingan yang berbentuk
peribadi dan duniawi.

Ilmu bukan lagi untuk menghampirkan dirinya pada Tuhan.
Bukan lagi untuk mengabdikan diri dan berbakti pada Tuhan.
Bukan lagi untuk berlaku taat dan bertaqwa kepada Tuhan. Ilmu,
termasuk ilmu agama dan ilmu Islam akan dijadikan modal
untuk mencari nafkah dan sara hidup, untuk mengumpul harta
dan kekayaan dan untuk dijual bagi mendapatkan keuntungan
dunia yang sedikit.

Dengan itu, ilmu terutamanya ilmu agama dan ilmu Islam,
mudah sahaja diselewengkan, disorok, disalahtafsir, diubah-suai,
diringan-ringankan dan dipadankan mengikut kehendak pihakpihak
tertentu demi untuk menentukan keuntungan duniawinya
tidak terjejas. Ia tidak lagi dijadikan panduan atau petunjuk.
Akhirnya masyarakat jadi rosak, agama jadi rosak, negara jadi
rosak, manusia bertambah jauh dari Tuhan dan bertambah jahat.
Orang yang ada ilmu terutama ilmu agama yang tidak kenal
Tuhan ini dinamakan ulamak suk atau ulamak jahat. Rasulullah
menyuruh kita lari daripada ulamak macam ini seperti mana kita
lari dari harimau atau singa yang ganas. Mereka ini lebih bahaya
dari harimau dan singa.

Itulah sebabnya juga Islam sangat menekankan tentang
“Awaluddin ma’rifatullah” atau “Awal-awal agama mengenal
Allah”. Kalau Allah kita tidak kenal, maka segala apa yang ada
pada kita termasuk ilmu, ibadah, usaha dan kebaikan kita tidak
ada makna apa-apa. Kita tidak akan mampu berbuat sesuatu apa
pun dan menggunakan apa yang ada pada diri kita untuk Tuhan.
Kita akan jadi orang yang hanya menggunakan ilmu dan apa
sahaja yang ada pada diri kita mengikut kehendak hawa nafsu
kita sahaja.

Sumber : Suhaimi Abdul Rahim

9.17.2010

Rosak Fitrah Rosaklah Agama






Fitrah itu ibarat tanah. Jiwa ibarat pokok yang tumbuh
di atasnya. Kalau fitrah itu suci dan bersih, jiwa akan
hidup. Kalau ia kotor dan tercemar, jiwa akan luntur dan mati. Jiwa tidak dapat hidup di atas fitrah yang kotor dan tercemar

Kita dibekalkan oleh Tuhan dengan fitrah yang suci dan
murni. Supaya di atas fitrah yang suci dan murni itu, jiwa kita
dapat hidup subur. Sucinya fitrah kita itu kerana adanya rasa
bertuhan. Ditanam rasa bertuhan itu ke dalam fitrah kita di alam
roh lagi manakala Tuhan bertanya kepada sekalian para roh:
“Alastu birabbikum”. Bukankah Aku Tuhan kamu? Para roh
serentak menjawab: “Bala syahidna”. Bahkan, kami naik saksi.
Firman-Nya:

Maksudnya: “Dan Allah mengambil kesaksian terhadap
roh mereka (seraya berfirman): ‘Bukankah Aku Tuhan
kamu?’ Mereka menjawab: ‘Bahkan, kami naik saksi’.”
(Surah al-A’raf: 172)

Akan tetapi fitrah manusia tidak semestinya kekal suci dan
bersih. Dia boleh dikotori dan dicemari oleh dunia. Apabila fitrah
 itu ibarat tanah. Jiwa ibarat pokok yang tumbuh
di atasnya. Kalau fitrah itu suci dan bersih, jiwa akan
hidup. Kalau ia kotor dan tercemar, jiwa akan luntur
dipengaruhi oleh dunia, dia akan rosak dan tercemar. Lebih-lebih
lagilah kalau dunia sudah masuk dan tersemat di dalam hati
sanubari.

Apabila fitrah telah dirosakkan oleh dunia, dia akan jauh dari
Tuhan. Lama kelamaan, dia akan lupakan Tuhan. Orang yang
sudah rosak fitrahnya ialah orang yang sudah lupa dan kehilangan
Tuhan. Tempat Tuhan diganti dengan dunia. Tidak akan
berkumpul rasa bertuhan dan rasa cinta dunia dalam fitrah
manusia pada masa yang sama. Kalau datang satu, yang satu
lagi akan lenyap. Begitu juga sebaliknya. Tuhan tidak jadikan
dua hati dalam diri anak Adam. Hati itu, sama ada dia cinta Tuhan
atau dia cinta dunia. Dia tidak boleh mencintai kedua-duanya
pada satu masa.

Jiwa itu raja dalam diri. Dia akan lemah dan mati, sekiranya
fitrah rosak. Bila jiwa sudah lemah atau mati, dia tidak akan dapat
berfungsi dan berperanan lagi. Dia seperti raja yang gering atau
sudah mangkat. Tidak boleh lagi memerintah dalam kerajaan diri.
Akan timbul vakum dalam pemerintahan. Akan terjadi rebutan
kuasa.

Yang pertama yang akan menuntut kebebasan ialah nafsu.
Bila fitrah sudah dirasuk oleh dunia, nafsu bertambah kuat dan
terangsang. Nafsu tidak suka dikongkong. Nafsu suka bebas
mengikut apa sahaja kehendak dan kemahuannya. Nafsu akan
mengambil alih tampuk pemerintahan. Tidak ada siapa lagi yang
akan dapat menahan, mengekang dan mengawalnya. Dia seperti
beraja di mata dan bersultan di hati.

Akal pula akan terumbang-ambing. Dia seperti kehilangan
tuan. Kalau dahulu dia mengikut arahan jiwa tetapi sekarang
dia ditakluk dan dijajah oleh nafsu. Maka akal pun bekerja untuk
nafsu. Makin bijak akal, makin terserlah kejahatan nafsu.
Nafsu juga, kerana sifatnya yang jahat dan rakus itu tidak
pernah puas mengejar dan memburu dunia. Dia berebut-rebut,
menekan dan menindas untuk mendapatkan sebanyak mungkin
dunia ini. Dia tidak ubah seperti anjing yang merebut-rebut dan
mengkeronyok bangkai.

Jiwa yang mati ibarat pokok yang sudah tumbang dan reput.
Disebabkan sifat nafsu yang jahat dan rakus ini, maka akan
tumbuh pada jiwa atau hati yang mati itu berbagai-bagai penyakit
seperti cendawan atau kulat yang tumbuh pada kayu yang reput.
Penyakit-penyakit ini ialah sifat-sifat keji atau mazmumah seperti
sombong, angkuh, ego, hasad dengki, panas baran, tamak haloba,
pemarah, pendendam, bakhil dan berbagai-bagai lagi. Nafsu yang
jahat akan menyuburkan sifat-sifat mazmumah.

Penyakit-penyakit hati inilah punca segala kesusahan, kesengsaraan
dan penderitaan manusia. Ia punca manusia bergaduh,
berkelahi dan berkrisis. Ia punca manusia hilang perpaduan
dan berpecah-belah. Ia memusnahkan ukhuwah dan
kasih sayang. Ia mendorong manusia melakukan jenayah dan
kezaliman. Akhirnya manusia menjadi jahat, zalim dan tidak
berperikemanusiaan. Mereka bunuh membunuh dan berperang
sesama sendiri.


Yang bergaduh dan berperang itu sebenarnya bukan tangan
dan kaki manusia. Yang bergaduh dan berperang itu ialah
penyakit-penyakit dan sifat-sifat mazmumah yang tumbuh dan
bersarang di hati-hati manusia. Sombong orang ini bergaduh
dengan panas baran orang itu. Bakhil orang ini bertembung
dengan hasad dengki orang itu dan seterusnya.
Maka huru-haralah hidup manusia. Masyarakat manusia dipenuhi
dengan kekejaman, penindasan, penzaliman, rompakan,
rogol, zina, arak, dadah, judi, krisis, pergaduhan, peperangan
dan bunuh membunuh. Manusia menjadi cemas dan hidup
dalam ketakutan dan kebimbangan. Hidup manusia tidak
selamat. Hidup di dunia dirasakan seperti dalam neraka.

Inilah akibatnya kalau kesucian fitrah tidak dijaga. Inilah
kesannya kalau fitrah dibiarkan tercemar dan dikotori oleh dunia.
Islam itu agama fitrah. Maksudnya bukan sahaja Islam itu
memenuhi segala kehendak dan tuntutan fitrah manusia dan
bukan sahaja segala hukum hakam dalam agama Islam itu sesuai
dengan kehendak dan tuntutan fitrah manusia, tetapi juga Islam
menuntut supaya kesucian fitrah itu sentiasa dijaga dan dipelihara.
Kalau kesucian fitrah itu dicemari dan fitrah itu dirosakkan,
maka kita akan dapati sukar untuk berpegang kepada Islam.
Rosak fitrah maka rosaklah Islam kita. Kita tidak akan dapat
mengikuti lunas-lunas Islam, lebih-lebih lagi untuk rasa bertuhan,
rasa kehambaan dan untuk mengamal dan menghayatinya lahir
dan batin. Kita akan tersimpang daripada Islam. Jiwa kita akan
mati dan nafsu kita akan bermaharajalela. Nafsu kitalah yang
akan kita turutkan.

Kalau inilah keadaan yang melanda umat manusia masa kini,
apakah yang harus kita buat? Apakah jalan keluar yang terbuka
untuk kita? Tidak lain tidak bukan, kita terpaksa kembali kepada
Tuhan. Mahu tidak mahu, kita terpaksa tanam semula rasa
bertuhan dalam hati-hati kita. Kita terpaksa buang jauh-jauh cinta
dunia yang bersarang dan mencengkam hati-hati kita itu. Kita
mesti gantikan cinta dunia kita itu dengan cinta Akhirat.
Tuhan dan rasa bertuhan, rasa kehambaan dan cinta akhirat
inilah yang akan membantu kita memperbaiki diri. Rasa-rasa
inilah yang akan membantu kita bermujahadah melawan hawa
nafsu. Rasa-rasa inilah yang akan membantu kita membuang
sifat-sifat mazmumah dari hati. Rasa-rasa inilah yang akan
membantu kita menghias hati kita dengan sifat-sifat mahmudah
yang terpuji. Bila ini dapat kita lakukan secara istiqomah, maka
lama kelamaan hati kita dari hari ke hari akan menjadi bertambah
bersih. Fitrah kita akan kembali kepada keadaan asal semulajadinya
yang suci dan murni.

Di atas fitrah yang suci dan murni inilah, jiwa kita akan
kembali hidup dan subur. Dia akan kembali berfungsi dan
berperanan sebagai raja dan pemerintah dalam diri. Jiwa yang
hidup akan terangsang dengan Tuhan dan hari akhirat. Bila jiwa
sudah rasa bertuhan, dia seolah-olah mendapat kekuatan dari
Tuhan untuk mengawal dan mengekang nafsunya.
Nafsu tidak takut dengan kita. Kalau kita hendak didik nafsu
atas usaha kita sendiri, nafsu akan ketawakan kita. Nafsu hanya
takut dengan Tuhan. Oleh itu, untuk mendidik nafsu, kita
terpaksa bersandar dengan Tuhan. Kita kena dapat kekuatan dari
Tuhan. Kita kena rasa bertuhan.
Pernah apabila Tuhan bertanya
kepada nafsu tentang keberadaannya, nafsu menjawab kepada
Tuhan “engkau, engkau, aku aku” hingga Tuhan rejam nafsu
selama seribu tahun dalam neraka. Dengan Tuhan pun nafsu
angkuh. Inikan pula dengan kita.

Setiap bayi dilahirkan dengan fitrah yang suci dan murni ini.
Jangan dicemar atau dikotori fitrah ini. Kalau dicemar atau
dikotori, akibatnya manusia akan kehilangan Tuhan. Manusia
akan rosak keinsanannya. Jiwa manusia akan mati. Nafsunya
akan bermaharajalela dan hatinya akan binasa. Dia akan menjadi
haiwan yang bertopengkan manusia. Rosak fitrah, maka rosaklah
agama.




9.16.2010

5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat.....Silakan....






 Assalamualaikum dan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin....rasanya belum terlambat untuk mengucapkannya...hehehe....dah lama saya tak post blog...hari ni ada kesempatan itupun ambil daripada FB KBSB...Jika bulan Ramadhan, Segala Syaitan dirantai kecuali Manusia yang bertopengkan Syaitan...Bila tiba Syawal, Syaitan jadi takut sebab ramai manusia yang perangai lebih daripada Syaitan....Semoga rencana di bawah ini memberikan faedah kepada pembaca sekalian....Jika nak buat maksiat tu, fikir-fikirkanlah....peringatan bersama....Selamat Membaca !!!!

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.


Diperoleh dari FB KBSB

9.03.2010

TIPS HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN

Oleh ; Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

RAMADHAN semakin hari bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah s.wt. Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik dan setiap saat masa yang berlalu untuk mempastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.

*
Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan Allah s.w.t. Beri'tikaflah, bangunlah dan persembahkanlah rintihan, harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku sekali dalam setahun
*
Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesali lah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya
*
Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah dan beristighfar kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajab doa
* Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh

Sama-samalah kita istiqamah melakukan ibadah kepada Allah dan gunakanlah kesempatan masa yang diberikan Allah ini dengan sebaiknya kerana belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat tempuhi lagi.

Wallahua'lam

8.10.2010

Ramadhan Bulan Madrasah



Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
“ Wahai orang-orang yang beriman  ! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu , supaya kamu bertaqwa  “

Ramadhan yang mulia kembali lagi setelah setahun kita meninggalkannya, bulan yang penuh kerahmatan, bulan keampunan serta bulan untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Ibadah puasa merupakan satu ibadah yang sangat istimewa buat mereka yang beriman kerana ia adalah untuk Allah dan dinilai pahala ibadahnya khusus dari Allah.

Ramadhan bulan Madrasah :

Bulan Ramadhan Tiba Lagi
Membawa Hikmah dan Pengajaran
Mendidik Jiwa Menjadi Orang Bertaqwa
Menginsafi Diri Siapa Kita

Ditaburi mutiara hikmah Al-Quran
Lantas Dibenggu Nafsu dan Syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan Yang Dibuat dbalasnya Syurga

Seluruh anggota kita semua ada peranannya
Perlu dijaga di setiap tindakan
Hati yang telah bersih dan berakhlak mulia
Di sisi Allah tinggi nilainya

Jagalah lidah dan juga tutur kata
Jangan sampai mengumpat dan berkata dusta
Peliharalah mata dan kawal telinga
Agar berbuat yang diredhai Allah

Langkah kaki menuju kebaikan
Jangan melangkah kearah  kejahatan dan maksiat
Jika terhumban ke kancah kehinaan
Didunia lagi beroleh pembalasan Jadikanlah

 Ramadhan gelanggang untuk beribadah
Bukan sekadar lapar dan dahaga
Ramadhan setahun sekali sahaja
Rebutlah Peluang Jangan Ketinggalan

Meriahkan Ramadhan ini dengan beribadah
Tingkatkan amal dan mujahadah
Banyakkan berzikir dan baca Al-Quran
Muhasabah dan sucikan hati




Disediakan oleh :
Ketua Unit Pengisian Biah Solehah PMRAM 2010






8.07.2010

Alhamdulillah Wa ahlan Ya Ramadhan...

Alhamdulillah…natijah Dur Thani telah pun keluar.Tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah najah terutama sahabat –sahabat tahun Satu, keperitan kalian selama ini dengan dugaan nama tidak muqayyad dibalas dengan kejayaan...

Bersyukurlah sahabat-sahabat, berkat orang yang bersabar natijahnya adalah ALLAH memberikan kejayaan di dalam imtihan…Tetapi sahabat , kalian kena dan perlu ingat, sahabat masih ada dua tahun lagi disini, teruskan usaha sahabat dan berdoa agar dugaan seperti yang dialami sahabat tidak berlaku kepada sahabat-sahabat baru yang akan datang pada tahun ini.

Buat sahabat tahun dua sekarang , tahniah juga diucapkan yang mana telah najah dalam Dur Thani…selepas ini naik tahun tiga lebih mencabar lagi..semoga kejayaan sentiasa mengiringi kita bersama…Kita perlu bermula dari sekarang untuk mencapai natijah yang cemerlang…apa yang penting, kelas perlu hadir, ( muhasabah untuk penulis )…

Kepada sahabat-sahabat tahun tiga sekarang, insyaAllah, 14 Ogos ini bermulalah Dur thani sahabat sekalian…insyaAllah, kami sahabat tahun satu dan dua sentiasa mendoakan kejayaan kalian semua…insyaAllah, Bittaufiq wannajah..

InsyaAllah, tinggal beberapa hari lagi kita semua akan menyambut bulan yang selama ini kita tunggu-tunggu yakni bulan Ramadhan…bulan yang penuh keberkatan , bulan keampuanan dan bulan doa dimakbulkan…marilah sama-sama kita mencari keredhaan di bulan yang mulia ini, dan ambil peluang sepenuhnya untuk kita memenuhi ruang yang ada dalam bulan ramadhan untuk pertambah baikan ibadat kita kepada Allah S.W.T

Terlalu banyak keistimewaan pada bulan Ramadhan…buat sahabat-sahabat Hamlatul Quran sekalian, inilah peluang untuk kita sama-sama mengulang dan mengkhatam sebanyak mungkin bacaan Al-Quran yang sentiasa bermain di lidah kita. Semoga Al-Quran yang kita baca selalu menjadi syafaat dan hujah bila kita dipanggil oleh Maha Pencipta…

Selamat Menyambut Ramadhan Buat Semua…

7.13.2010

DOAKAN KAMI...


Assalamualaikum…Bersyukur kepada Allah sekali lagi dipertemukan di dalam blog Perjalananku yang sudah lama tidak di update kerana masalah yang tidak dapat dielakkan…Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Rasulullah S.A.W…Tanpa Baginda mungkin kita tidak dapat mengecapi ISLAM yang di bawa oleh Rasulullah S.A.W.
Alfu Mabruk kepada sahabat-sahabat tahun 3 yang telah najah di dalam IMTIHAN SYAHADAH terutama sahabat ahli baitku Darul Elyas ( Rumah Kitab ) Ustaz Jamil, Ustaz Saiful Anuar dan Ustaz Khairul Anuar ( Mantan BP PMRAM ) melihat kalian najah, diri ini semakin bersemangat untuk mengambil imtihan Dur Thani dan melangkah ke Tahun 3 akan datang …hehe
Kepada sahabat-sahabat Tahun 3 yang tidak Sofi, masih ada Dur Thani…InsyaAllah, kejayaan menanti sahabat-sahabat…Kami sahabat-sahabat tahun 1 dan 2 sentiasa mendoakan kejayaan kalian untuk Najah Sofi Dur Thani insyaAllah…Allahumma amiin..
Buat sahabat-sahabat tahun 1, inilah masanya untuk sahabat berjumpa sahabat-sahabat Tahun 3 yang Sofi untuk mengambil kalam-kalam taujihat dan tip-tip menjawab peperiksaan …amat rugi andai tidak bertemu dengan mereka kerana mereka yang Sofi ini sudah pasti akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.
Semoga kejayaan sentiasa dan akan mengiringi kita semua… Selamat menduduki peperiksaan Dur Thani kepada sahabat-sahabat tahun 2 , Kepada sahabat tahun 1, mungkin Dur Thani dan mungkin juga Dur Awal…Apa-apa pun jawab soalan dengan tenang, masa yang dibagi cukup panjang untuk kalian… 
Bittaufiq wannajah…

 P/S : Sahabat-sahabat Tahun 3 yang Sofi , Nak balik Malaysia, Jangan lupe jumpe ana , beli tiket Flight kat ana ye…..hehehehe…

7.02.2010

Ingatkah Kamu Akan Kematian...

"ingatlah pada kematian bukan bermakna sebut
kematian"

ingat tentang kematian bukan bermakna sebut
kematian..tetapi mengingatkan kita apabila hendak melakukan perkara
dosa/derhaka pada ALLAH adalah bertujuan untuk mengurangkan kesedapan
apabila melakukan dosa..tapi kenapa masih ramai orang islam yang melakukan dosa/derhaka..ialah kerana mereka ini kurang ingat akan kematian..
jadi..mereka anggap apa yang mereka lakukan itu tidak menerima balasan
selepas kematian..
wahai
umat muhammad..ingat lah 5 perkara sebelum 5 perkara ..

malaikat menyeru mayat yang telah ditanam dalam kubur supaya menulis segala amalan yang telah dilakukan semasa hidup di dunia itu..samada yang baik atau buruk..sekiranya amalanya baik..maka beroleh kejayaan akan mayat tersebut..tapi sekiranya buruk amalanya di dunia dulu..maka akan menyesal ia..na'uzubillah.

setiap yang bernyawa pasti akan mati..semuanya akan kembali pada ALLAH..dan kemudian akan ditanya tentang nikmat yang ALLAH berikan kepada kita dulu..nikmat mata..nikmat sihat..nikmat telinga..semuanya akan ditanya satu persatu..sekiranya kita menggunakan nikmat itu pada jalan yang ALLAH redha..alhamdulillah

apabila dibangkit dari kubur..masing2 berada dalam ketakutan & memerlukan pertolongan..pada masa itu tiada lagi yang mampu menolong kita..melainkan nabi Muhammad s.a.w.

ingatlah,ingatlah...dan ingatlah..kembalilah..yang pergi tak kan kembali..

6.26.2010

ingatlah neraka Allah...maka takutlah kamu berbuat dosa

Sesungguhnya seksa Allah amat pedih.."

ketahuilah..sesungguhnya kita tidak layak untuk masuk
syurga Allah..tetapi..kita tidak mahu untuk dihumban ke dalam neraka Allah..dengan amalan..perbuatan..percakapan yang telah kita lakukan..adakah Allah
menilai sebagai pahala atau saham akhirat..atau hanya perbuatan yang
sia2..allahu rabbi..betapa ruginya kita sekiranya kita masih belum
sedar bahawa kita sekarang ini mempunyai tiket untuk masuk NERAKA.. dengarlah peringatan2 yang telah Allah dan
rasulnya turunkan kepada umat manusia.. khususnya yang mengaku beriman..ya Allah ya Tuhanku..jauhkanlah kami dari azab nerekaMu ya Allah...

kehidupan ahli
neraka amat seksa..di dalamnya Allah datangkan khusus makhluk2 untuk
menyeksa ahli neraka..dikatakan ulama', Allah menghantar ular sebesar
tengkuk unta..sekali disengat..sakitnya selama 40 tahun..Allah
juga datangkan kala jengking sebesar baghal yang akan menangkap ahli
neraka lalu disengatnya dari hujung kaki hingga hujung kepala..nau'zubillah..muka
ahli neraka hitam lagi kelam.. takut..sakit hingga hilang akal..bertaubatlah sebelum Allah mewakilkan malaikatnya (izrail) untuk datang
menjemput kita masuk kubur..

mereka yang dicampak ke dalam
neraka akan dibakar oleh neraka hingga kaki..ada yang dibakar hingga
lutut..ada yang dibakar hingga pusat..ada yang dibakar hingga halqum..mengikut kadar dosa yang telah dilakukan..seksaan ini adalah mengikut amalan yang kita lakukan sewaktu hidup
di atas dunia dahulu..ketika itu malaikat berkata kepada neraka..jangan kamu bakar muka & hati mereka..kerana muka mereka ini
pernah sujud pada allah (solat) sewaktu hidup dulu..dan jangan bakar
hati mereka kerana ada iman dalam hati mereka..

ketahuilah..kepanasan api neraka adalah 70 kali
ganda panas dari api dunia..antara lain mereka yang akan dibakar
dalam neraka ialah..mereka yang tidak menutup aurat..mereka yang
tidak solat..Allahu rabbi..terlalu ramai manusia spesis ini..
nasihatilah mereka..tegurlah mereka..sesungguhnya seksa Allah amat pedih..

jadi..sebagai manusia yang kecil dan hina disisi Allah..janganlah kita melawan peraturan & amaran Allah..marilah kita ikut apa yang disuruh oleh Allah dan penghulu kita Nabi
Muhammad s.a.w..mudah2an kita tidak dibakar oleh neraka Allah di
akhirat nanti.insyaAllah..ingatlah pada kematian...

TIAP-TIAP HARI IBU

ingatkah engkau ketika ibumu rela tidur tanpa selimut demi melihatmu tidur nyenyak dengan selimut membalut tubuhmu??
ingatkah engkau ketika jari jemari ibu mengusap lembut kepalamu??..
dan ingatkah engkau ketika air mata menitis dari mata ibumu ketika ia melihatmu terbaring sakit?
...
sesekali jenguklah ibumu yang selalu menantikan kepulangan mu dirumah tempat kau dilahirkan..
kembalilah memohon maaf pada ibumu yang selalu rindu akan senyumanmu
jangan biarkan engkau kehilangan saat-saat yang akan kau rindukan di masa datang.ketika ibu telah tiada.......
tak ada lagi yang berdiri di depan pintu menyambut kita..
tak ada lagi senyuman indah..tiada bahagia..
yang ada hanya kamar kosong tiada penghuninya..
yang ada hanyalah baju yang digantung dalam almari kamarnya..
tak ada lagi dan tak akan ada lagi yang menitiskan air mata mendoakanmu setiap hembusan nafasnya.

kembalilah segera....peluklah ibu yang selalu menyayangimu..
ciumlah tangan ibu yang selalu merindukanmu dan berikanlah yang terbaik diakhir hayatnya..

kenanglah semua cinta dan kasih sayangnya..

6.25.2010

KENAPA AKU DIUJI ???

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

“… .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12

6.24.2010

KISAH MAHAR YANG PALING MULIA

Penyusun: Ummu Ishaq

Sejarah telah berbicara tentang berbagai kisah yang bisa kita jadikan pelajaran dalam menapaki kehidupan. Sejarah pun mencatat perjalanan hidup para wanita muslimah yang teguh dan setia di atas keislamannya. Mereka adalah wanita yang kisahnya terukir di hati orang-orang beriman yang keterikatan hati mereka kepada Islam lebih kuat daripada keterikatan hatinya terhadap kenikmatan dunia. Salah satu diantara mereka adalah Rumaisha’ Ummu Sulaim binti Malhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin Adi bin Najar Al-Anshariyah Al-Khazrajiyah. Beliau dikenal dengan nama Ummu Sulaim.

Siapakah Ummu Sulaim ?

Ummu Sulaim adalah ibunda Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang terkenal keilmuannya dalam masalah agama. Selain itu, Ummu Sulaim adalah salah seorang wanita muslimah yang dikabarkan masuk surga oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau termasuk golongan pertama yang masuk Islam dari kalangan Anshar yang telah teruji keimanannya dan konsistensinya di dalam Islam. Kemarahan suaminya yang masih kafir tidak menjadikannya gentar dalam mempertahankan aqidahnya. Keteguhannya di atas kebenaran menghasilkan kepergian suaminya dari sisinya. Namun, kesendiriannya mempertahankan keimanan bersama seorang putranya justru berbuah kesabaran sehingga keduanya menjadi bahan pembicaraan orang yang takjub dan bangga dengan ketabahannya.

Dan, apakah kalian tahu wahai saudariku???

Kesabaran dan ketabahan Ummu Sulaim telah menyemikan perasaan cinta di hati Abu Thalhah yang saat itu masih kafir. Abu Thalhah memberanikan diri untuk melamar beliau dengan tawaran mahar yang tinggi. Namun, Ummu Sulaim menyatakan ketidaktertarikannya terhadap gemerlapnya pesona dunia yang ditawarkan kehadapannya. Di dalam sebuah riwayat yang sanadnya shahih dan memiliki banyak jalan, terdapat pernyataan beliau bahwa ketika itu beliau berkata, “Demi Allah, orang seperti anda tidak layak untuk ditolak, hanya saja engkau adalah orang kafir, sedangkan aku adalah seorang muslimah sehingga tidak halal untuk menikah denganmu. Jika kamu mau masuk Islam maka itulah mahar bagiku dan aku tidak meminta selain dari itu.” (HR. An-Nasa’i VI/114, Al Ishabah VIII/243 dan Al-Hilyah II/59 dan 60). Akhirnya menikahlah Ummu Sulaim dengan Abu Thalhah dengan mahar yang teramat mulia, yaitu Islam.

Kisah ini menjadi pelajaran bahwa mahar sebagai pemberian yang diberikan kepada istri berupa harta atau selainnya dengan sebab pernikahan tidak selalu identik dengan uang, emas, atau segala sesuatu yang bersifat keduniaan. Namun, mahar bisa berupa apapun yang bernilai dan diridhai istri selama bukan perkara yang dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sesuatu yang perlu kalian tahu wahai saudariku, berdasarkan hadits dari Anas yang diriwayatkan oleh Tsabit bahwa Rasulullah shallallahu ‘alihi wa sallam bersabda, “Aku belum pernah mendengar seorang wanita pun yang lebih mulia maharnya dari Ummu Sulaim karena maharnya adalah Islam.” (Sunan Nasa’i VI/114).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga melarang kita untuk bermahal-mahal dalam mahar, diantaranya dalam sabda beliau adalah: “Di antara kebaikan wanita ialah memudahkan maharnya dan memudahkan rahimnya.” (HR. Ahmad) dan “Pernikahan yang paling besar keberkahannya ialah yang paling mudah maharnya.” (HR. Abu Dawud)

Demikianlah saudariku muslimah…
Semoga kisah ini menjadi sesuatu yang berarti dalam kehidupan kita dan menjadi jalan untuk meluruskan pandangan kita yang mungkin keliru dalam memaknai mahar. Selain itu, semoga kisah ini menjadi salah satu motivator kita untuk lebih konsisten dengan keislaman kita. Wallahu Waliyyuttaufiq.

Maraji:

1. Panduan Lengkap Nikah dari “A” sampai “Z” (Abu Hafsh Usamah bin Kamal bin ‘Abdir Razzaq),
2. Wanita-wanita Teladan Di masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (Mahmud Mahdi Al Istanbuli dan Musthafa Abu An Nashr Asy Syalabi)

6.23.2010

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

1. Mencintai Allah dan Rasul

Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.

Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.

Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31

2. Mentaati Ibu Bapa

Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.

Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf

Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-

Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

4. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.

Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.

5. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)

Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan

Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah

Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.

Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.

sumber :http://abunaiem.wordpress.com/2007/03/08/ciri-ciri-wanita-solehah/