11.26.2009

::: Perutusan Salam Aidil Adha dari Bumi Shoubra , Mesir :::

Assalamualaikum...



Semperna aidiladha ini...saya disini ingin mengucapkan Salam Aidiladha buat keluarga yang berada di Malaysia, sahabat-sahabat seperjuangan di Mesir khususnya di Shoubra,sahabat-sahabat di Malaysia , teman-teman , kawan-kawan serta seluruh kaum muslimin dan muslimat di mana jua anda berada...Kullu am Wa Antum Bilkhair...

Sesungguhnya kedatangan aidiladha ini banyak memberikan kita semua peringatan dan pengajaran serta pengorbanan.

Sesungguhnya Aidiladha mengingatkan kita kepada Saiyidina Omar bin Al-
Khattab yang memberikan ucapan beliau ;

“Sesungguhnya Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, lalu ia
disambut dengan Idulfitri. Manakala hari penurunan terakhir Al-Quran pula ialah
pada bulan Zulhijjah ketika Rasulullah s.a.w. menunaikan ibadah haji yang
terakhir ( Haji Wada’ ), maka ia disambut dengan Iduladha" .


Maka jelaslah Aidiladha adalah hari merayakan kesyumulan Islam sebagai satu-satunya
cara hidup yang lengkap dan sempurna, yang mengatur, menyusun segala
aspek kehidupan manusia, akidah, syariat, siasah (politik), ekonomi, pendidikan,
kemasyarakatan, perundangan, akhlak dan sebagainya.


Di Dalam surah Al-Maidah ayat 3 : Allah telah berfirman kepada kita semua,
Yang bermaksud :
"Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu (cara hidup) dan Aku cukupkan
nikmat-Ku ke atas kamu dan Aku hanya redha dengan Islam itu sahaja satu-satunya
agama (yang menjadi cara hidup) kamu".


Aidiladha telah mengingatkan kita tentang pengorbanan nabi Ibrahim bersama anaknya nabi Ismail mengajar umat Islam
semangat rela berkorban untuk menjunjung perintah Allah, terutama pada saat umat
Islam diserang wabak penyakit "Hubbud-Dunia" iaitu terlalu sayangkan dunia, tamak
kepada harta dan terlalu takut hilang sokongan, sehingga ada di antara umat Islam
yang sanggup meninggalkan Tuntutan Hukum-hakam Agama dan berjuang
mempertahankan maksiat, kemungkaran dan larangan agama semata-mata untuk
memuaskan nafsu. akhirnya tanpa disedari mereka diserang oIeh penyakit
"Karahiyatul-Maut iaitu terlalu takut kepada mati" atau tidak berani menyatakankebenaran,

tidak sanggup mempertahankan prinsip dan kesucian agama serta
hukum-hakamnya, akibatnya berlakulah perebutan pangkat dan kuasa, tindas-menindas,
tekan-menekan, pilih kasih dan sebagainya.

Aidiladha yang kita sambut dengan takbir yang membesarkan Allah dan
mengagungkan-Nya; mengajar kita umat Islam supaya membesarkan apa sahaja yang
ada dalam Islam, menuntut kita supaya mengagungkan hidup dengan menjunjung
syi’ar Islam, melarang kita dari suka berpecah-belah, menegah kita dari hidup
berpuak-puak, mengharamkan kita bermusuh-musuhan, Allah membenci kita hidup
saling berdendam, Allah sangat memurkai hamba-Nya yang suka fitnah-memfitnah,
caci-mencaci dan seribu sifat-sifat keji, buruk dan busuk hati terutama kepada sesama
hamba-Nya yang beriman, hamba-Nya yang soleh dan ikhlas dalam hidupnya. Dengan
takbir membesarkan Allah, marilah kita besarkan hidup kita dengan beriman sepenuh
keinsafan, kepatuhan dan ketakwaan. Marilah kita bina hidup kita dengan penuh harmoni dan telus, semoga Allah meredhai hidup kita di dunia dan di akhirat.

Perlu diingatkan juga agar kita semua
memperbanyakkan takbir selepas solat fardhu lima waktu pada hari ini dan di
sepanjang hari-hari tasyrik 11, 12 dan berakhirnya dengan solat ‘asar hari ke 13
Zulhijjah.


Firman Allah Taala di dalam surah An-Nahl:97 yang bermaksud :

"Sesiapa yang melakukan kebaikan sama ada lelaki atau perempuan, sedangkan dia
beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang
baik dan sesungguhnya Kami akan membalas kepada mereka dengan memberikan
pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan"


Sekian.


Salam Aidiladha
Mohd Hafizzul Azri Bin Azman
Dar Elyas, St Theresa
Shoubra, Egypt.
4.00pm
9 Zulhijjah 1430

11.19.2009

::: Mencari 5 Perkara Dalam 5 Perkara :::

Seorang sufi bercerita tentang perjalanan jiwanya . Dia berkata "HATIKU" pernah gelisah memikirkan lima perkara sehingga aku sibuk mencari jawapannya , ternyata aku mendapatkannya dalam lima perkara pula :

1) Aku mencari berkat dalam mengejar keperluan hidup , aku menemukannya saat aku melakukan Solat Dhuha.

2) Aku mencari penerang dalam alam kubur, aku menemukannya saat aku melakukan Solat Malam.

3) Aku mencari pertanyaan munkar dan nakir , aku menemukan saat aku membaca Al-Quran

4) Aku mencari alat pegangan saat meniti Shiratul Mustaqim, aku menemukan saat aku berpuasa dan bersedekah.

5) Aku mencari naungan Arasy dan aku menemukannya saat aku mengasingkan diri dan beribadah kepada Allah.

- Sekarang hatiku beristirehat dengan tenang sekali -

P/S : Semoga kita mendapat manfaat daripada cerita diatas.

11.14.2009

::: AKU KAU BERBEZA ::: AKU KAU ISTIMEWA:::

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya sepertigunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnyadosa- dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakaladosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikanalasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan itumempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akalmanusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempatasalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang
perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Surah Al-Munaafiquun :

Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai
(lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang merugi.
Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama ' berpesan untuk kita jadikan pegangan
JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT , ia adalah WAJIB :


Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunyasendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya ' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka ' abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja. Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya yang nyata.

11.10.2009

::: KEPASTIAN :::

Bismillahhirrahmanirrahim…

Assalamualaikum…tiada apa yang ana nak update pada blog ana ni sekadar mengajak anda semua menghayati lirik lagu yang bagi ana penuh bermakna…selamat menghayati…

Kepastian


Ujian Tuhan
Kepada Semua Insan
Adalah Kehidupan ini
Yang Baik Menjadi Tuntutan
Yang Buruk Dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga
Adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan TuhanNYa
Yang kasihkan RasulNya
Yang kasih AgamaNya

Neraka
Tempat kedukaan
Angkara kedurjanaan insan
Yang lupakan TuhanNya
Yang lupakan RasulNya
Yang lupa AgamaNya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat Syurga
Adalah indah.

::: Mana Milik Kita :::

Mana Milik Kita

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja

Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaanNya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya maengusahakan
Apa yang telah ada

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja

Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerna milik Dia punya
Janganlah berbangga
Apa yg ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita disisiNya
Yang sebenarnya
Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadaNya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja

Apa yg kita dapat
Allah sudah sediakanya


Lirik lagu ini dipetik dari album rabbani – nadamurni legenda…Sungguh lagu ini memberikan begitu banyak makna kepada diri kita bahawa sesungguhnya semua yang ada dibumi ALLAH ini bukan milik kita sepenuhnya ianya hanya sementara . Semoga ia menjadi renungan buat kite semua sebagai hamba yang sentiasa mengikut hawa nafsu untuk kembali kepada jalan yang diredai…