5.26.2009

Belum ada idea lagi...

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah…natijah imtihan telah pun keluar…kepada sahabat-sahabat yang telah sofi tahniah ana ucapkan…kepada yang tidak sofi…jangan berputus ana, imtihan kedua pada bulan julai ini berusaha sungguh-sungguh…imtihan pertama tidak sofi dalam erti kata bukanlah kita tidak berjaya tetapi perancangan Allah itu Maha Berkuasa…ada hikmah disebalik itu…teruskan perjuangan sebagai penuntut ilmu, yang masih tahun pertama ada 2 tahun lagi dibumi anbiya ini manakala bagi tahun 2, ada setahun lagi disini…jangan sia-siakan peluang..insyaAllah,kejayaan pasti ada buat kita sebagai hamlatul Quran…

Sebenarnya sudah lama juga ana tidak mengupdate blog ana ni, sehinggakan sahabat ana ‘ ambo ore biaso ‘ bertanya kepada ana bila ana nk mengupdate…bukannye ape, ana sebenarnya tidak ada idea apa yang ana nk tulis…ana takut tulisan ana ini bila ana menulis mengarut tak tentu pasal..hehehe…tak macam sahabt-sahabat blogger ana yang lain, semua hebat-hebat…setiap hari ada sahaja isu mahupun buah-buah fikiran yang boleh dikongsi bersama…apatah lagi ustaz-ustaz , sentiasa mengupdate blog mereka kerana banyak soalan-soalan yang perlu dijawab dan perlu dikupas bagi menerangkan kepada pembaca supaya apa yang bermain difikiran mereka dapat dirungkai…

Ana rasa cukupla setakat ni dulu untuk ana menulis…belum ada idea untuk ana menulis dengan lebih panjang…mungkin selepas program ‘ Liqa Mahabbah ‘ yang dianjurkan oleh DPM Maqaz Soubra ada idea atau buah-buah fikiran yang boleh ana sampaikan dan kita kongsi bersama…insyaAllah.

5.18.2009

Petua Menjadi Khalifah yang Hebat dan Mulia di sisi Tuhan Pencipta Alam dari pakar motivasi Azif B.Abd.Razak (AZIF@APAI) mentee Dato’ Dr Haji Fadzilah

Petua Menjadi Khalifah yang Hebat dan Mulia di sisi Tuhan Pencipta Alam dari pakar motivasi Azif B.Abd.Razak (AZIF@APAI) mentee Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah….(sama2lah kita rujuk dan jadikan panduan 21 ISI PENTING DI BAWAH.)
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
“HIDUP TAK LAMA, MATI DTG TIBA2, MAKA KEJARLAH LIMA SEBELUM LIMA, BARULAH HIDUP PENUH BAHAGIA. ”
10. Kekalkan wuduk (azam dan cubalah sungguh2 ikut kemampuan & keadaan).
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan dengan penuh keikhlasan apabila mampu.
13. Jaga makanan…. jangan makan makanan yang shubhah terutama yang HARAM.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin(pemangkin dalam penginsafan diri)..dan bergaullah dengan semua orang yang amat unik Allah jadikan pelbagai ragam dan tabiat yang boleh jadi panduan kita baiki diri dan dalam menanam kehebatan dan keagungan Allah dalam diri.
16. Selalu berpesan-pesanan sesama manusia supaya jadi baik, insyaallah,pasti diri sendiri dulu yang terkena pesanan itu yang datang dari hati terus ke hati.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut,
dsb), jangan dengar orang mengumpat.
18. Sentiasa azam dan berniat untuk menambah ilmu. iman dan pengalaman.
19. Sentiasa menggunakan nikmat pada diri kurnian ilahi untuk hasilkan KOMUNIKASI BERKESAN, yang memungkinkan PENINGKATAN KEYAKINAN DIRI YANG HEBAT, kemudian pasti MENGHASILKAN PERHUBUNGAN SESAMA INSAN MENJADI BANYAK DAN HEBAT….MAKA, BOLEHLAH DIIBARATKAN TERHASILNYA MEE KARI YANG SEDAPPP…YANG CUKUP RAMUAN DAN ISI-ISI TAMBAHANNYA YANG PASTI MEMBERI NIKMAT KEKENYANGAN YANG HEBAT KEPADA SEMUA ORANG DI SEKELILINGNYA…
20. SENTIASA MENYUBURI PERJALANAN HIDUP DENGAN BERPEGANG KUAT PADA 565 yang sejajar dengan pegangan terhadap AL-QUR’AN & AS-SUNNAH… 5-RUKUN ISLAM, 6- RUKUN IMAN, 5- WAKTU BAGI CUKUP…INSYAALLAH…BARU ALLAH S.W.T TOLONG CUKUP DI DUNIA DAN AKHIRAT.
21….“sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat”…SUNNAH BAGINDA RASULULAH S.A.W.

5.16.2009

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum semua…kepada warga pendidik ana ucapkan “ Selamat Hari Guru” terima kasih ana ucapkan kepada semua guru-guru yang selama ini mendidik dan mentarbiyah diri ana …

Buat guru-guruku yang disayangi…ustaz basri,ustaz salami,ustaz imran,ustaz shaharuddin pangilun,ustaz shaharuddin saad,ustaz izzat,ustazah sazlinda,ustazah sazlina,ustazah zainora,ustazah hayati,ustazah jamaatul rahmah dan semua guru-guru ….maafkan anak muridmu ini , halalkan ilmu yang diajar…akanku ku hargai dan amalkan segala ilmu – ilmu yang dicurahkan kepada anak muridmu ini…terima kasih kerana sanggup melayan karenah anak muridmu ini…alhamdulillah,sekarang ana muridmu ini sedang menuntut ilmu di bumi yang penuh barakah itulah bumi anbiya, ardu kinanah…mesir… doakan anak muridmu ini Berjaya di dunia dan akhirat dan mampu menjadi seorang pendaie yang menegakkan syiar ISLAM di Malaysia …insyaAllah…




Guru..
Kau diibaratkan sebagai pelita
Menerangi kegelapan kepada cahaya

Guru..
Kau sanggup berkorban apa sahaja
Untuk menjadikan anak muridmu menjadi insan berguna
Bukan sahaja untuk bangsa
Tetapi juga untuk memartabatkan agama

Guru..

Terima kasihku ucapkan
Kerana mengajarku erti kehidupan
Menjadikanku seorang pelajar yang cintakan ilmu
Bukan sekadar ilmu dunia tetapi juga ilmu akhirat

Guru..

Jasamu akanku balas
Dengan menjadikan ilmu yang diberikan sebagai
Landasan meneruskan kesinambungan ilmu yang dipelajari
Kerana aku bercita-cita sepertimu
Untuk menjadi guru sepertimu
Untuk melahirkan generasi yang cintakan ilmu
Yang beramal dengan ilmu
Dan segalanya dengan ilmu…

Ya Allah…
Rahmatilah guru-guruku ini
Yang sanggup berkorban dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang insan yang berilmu dan beramal.

5.02.2009

Kasihmu ibu

Ibuku kaulah pelita
Yang dulu kini selamanya
Kau beriku kasih kau beriku manja
Kasihmu kudambakan

Engkaulah ibu yang kusayangi
Kasihmu mekar harum mewangi
Menghiasi taman hati
Bak lilin membakar diri
Menyinari hidup ini

Sejak dulu ku dibelai dimanja
Bersarat cinta padat di dada
Walaupun penuh sengsara bertemankan air mata
Berkorban jiwa dan raga

Kasihmu ibu tiada duanya
Kasihmu ibu tiada bandingnya
Mendidik kami dengan kesabaran
Kepayahan dan keperitan ditanam di jiwa

Kasihmu ibu tiada nilainya
Tak rela aku melihatmu di dalam keadaan duka
Hapuskanlah air matamu
Kerana ia menyayat hati ini
Terasa bagai tertusuk sembilu
Hanya Allah yang tahu
Pedihnya hati ini

Kasihmu ibu bak mutiara
Pasti berkilau selamanya
Tidak seperti kaca
Jatuh hancur berkecai
Musnahlah segalanya

Kasihmu ibu yang kurindukan
Penawar hati di kala duka
Kupohonkan restumu setitis doa suci
Mengharap kasih Ilahi

Kasihmu ibu kusanjung selalu
Pengorbanan yang kau curahkan
Setulus hatimu
Sehingga kini kasih yang suci
Tetap bersemi di hati ini
Seharum kasturi

Kini setelah dewasa
Masa dan detiknya telah tiba
Untukku membalas segalanya
Buat ibu tercinta
Semoga kau bahagia

Selamat Hari Ibu…Engkaulah Permata Hati Kami…

Tanggal minggu ke-2 bulan MEI setiap tahun merupakan hari yang cukup bermakna buat diri ana yang bergelar anak dan semua yang mempunyai mama,ibu,ummi, dan pelbagai panggilan yang mulia buat bonda tercinta. Walaupun tarikh ini berlainan di Negara-negara lain tetapi ia tetap disambut setiap tahun untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang bergelar bonda.

Mungkin kita sedia maklum bahawa ‘Hari Ibu ‘diperkenalkan oleh masyarakat barat yang mana untuk memberikan penghormatan kepada kaum ibu.
Kenapa hari ibu diraikan??? Sebenarnya , kita sebagai anak wajib menghormati dan meraikan ibu bukan pada hari tertentu sahaja malah kita seharusnya meraikan setiap hari adalah hari ibu.Mungkin dengan adanya hari seperti ini ibu-ibu lebih dihargai lagi dihormati. Islam tidak menghalang umatnya meraikan ‘Hari Ibu’ malah menggalakkan kepada umatnya menghormati dan mengasihi ibu mereka sepertimana mereka mengasihi kita sejak kecil lagi.Kasih ibu sepanjang masa bilamana sejak didalam kandungan lagi ibu sanggup menahan kesakitan dengan penuh sabar. Apabila kita dilahirkan , ibu jugalah yang akan menjaga kita, apabila kita sakit, ibulah yang akan bersengkang mata untuk menjaga kita…amat besar pengorbanan ibu terhadap kita.Kasih ibu tiada bandingan dan tidak mampu dinilai dengan harta mahupun wang ringgit.Apa yang telah kita buat untuk membalas jasa ibu kita???

Pada zaman sekarang amat berlainan sekali bilama kita seringkali mendengar anak-anak lari dari rumah kerana tidak tahan leteran ibu yang seringkali bertanya apa sahaja yang hendak dibuat oleh anak mereka sehingga ada anak yang sanggup menggelar ibu mereka ‘peleter,radio buruk,dan rekod rosak’ kerana menghalang anak mereka dari melakukan perkara yang tidak berfaedah.Mereka seringkali tersalah tafsir yang mana sebenarnya ibu sentiasa bertanya kerana mereka risau akan keadaan anak mereka sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.Bukan bermaksud untuk mengongkong,bukan bermaksud hendak berleter,bukan bermaksud tidak sporting tetapi atas dasar sayang kepada anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.Kasih dan sayangnya ibu terhadap anak sukar digambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah kepada seorang wanita yang bergelar ibu.Keperitan dan kesusahan yang dirasai oleh ibu ketika mengandung dan membesarkan anak juga tidak dapat dibayangkan sehingga seseorang itu sendiri menjadi ibu.
Oleh itu, penghormatan terhadap ibu perlu diutamakan berbanding hak kepada seorang bapa.
Perkara ini berasaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya:

Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad meletakkannya sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda. Kita juga pernah mendengar kata-kata, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Begitu pentingnya kita menghormati ibu bagi mendapat keredaan Allah. Islam menentang keras penganutnya menyergah atau menyakiti ibu sendiri, sekalipun dengan perkataan ah! Apa lagi, sekiranya seorang ibu itu dimaki-hamun atau disisihkan oleh anaknya sendiri. Allah berjanji bahawa setiap orang yang melakukan penderhakaan akan diberi pembalasan setimpal dengan perbuatan mereka sama ada di dunia atau akhirat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Riwayat Nasa'i, Bazzar dan al-Hakim).

Al-Hakim juga meriwayatkan hadis Baginda yang bermaksud :
Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.
Dua kisah berikut cukup untuk mengingatkan kita supaya menghormati, menyayangi dan melebihkan ibu. Ia patut dijadikan iktibar supaya tidak sekali-kali menderhakai ibu.

l- Kisah yang berlaku kepada ahli ibadat daripada keturunan Bani Israel bernama Juraij.
Beliau berhadapan dengan fitnah besar hanya kerana mementingkan sembahyang sunat daripada menyahut panggilan ibunya. Akhirnya, beliau difitnah oleh seorang pelacur yang mendakwa mereka ada hubungan sulit hingga melahirkan anak. Mujurlah dengan kekuasaan Allah, bayi itu boleh bercakap dan menceritakan siapakah bapanya yang sebenar.

2- Kisah Alqamah yang berlaku pada zaman Rasulullah juga perlu diinsafi kita supaya tidak menjadi anak derhaka.
Hanya kerana anaknya melebihkan isteri daripada dirinya, ibu Alqamah tidak mahu memaafkan anaknya hingga tertahan ketika sakratul maut. Rasulullah kemudian menyatakan sekiranya si ibu tidak mahu memaafkan anaknya yang sedang nazak itu, maka anak itu akan dibakar hidup-hidup. Membayangkan kesengsaraan anaknya yang akan dibakar hidup-hidup, hati si ibu menjadi luluh dan cair. Seterusnya, memaafkan dosa dan kesalahan anaknya. Akhirnya, Alqamah meninggal dunia dengan mendapat kemaafan ibunya dan mati dalam husnu al-khatimah.

Seseorang anak juga sewajarnya memahami tabii kehidupan manusia iaitu ibu bapa mereka akan tiba ke peringkat usia tua, tiada kekuatan, semakin lemah, memerlukan penjagaan dan mudah tersinggung. Kesedaran ini boleh dijadikan garis panduan untuk menjaga dan memberi layanan lebih mesra kepada ibu bapa seperti belaian kasih mereka kepada anak-anak ketika kecil. Islam turut menentang keras warga tua dijadikan mangsa maki-hamun. Dalam aspek ini, penghormatan tidak saja ditekankan kepada ibu bapa tetapi mereka yang lebih muda perlu juga menghormati golongan yang lebih tua.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan, dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, yang bermaksud :Sesungguhnya sebesar-besar dosa, apabila seorang lelaki mengutuk ibu bapanya. Ramai orang berasa takjub bagaimana seorang yang cukup akalnya, beriman kepada Allah boleh mengutuk ibu bapanya, padahal merekalah yang menyempurnakan kehidupan anak.

Lantas Baginda ditanya : Bagaimana seorang itu mengutuk ibu bapanya? Jawab baginda : Apabila orang itu memaki-maki ayah orang lain, lalu orang lain itu membalas maki ayahnya. Kemudian dia memaki-maki ibu orang lain, lalu orang lain itu membalas maki ibunya!

Nabi Muhammad pernah bersabda bermaksud: Sesiapa ketika paginya mendapat keredaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya, jika ketika pagi lagi sudah menyakiti hati ibu bapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka.
Ibu bapa orang yang wajib kita hormati dan taati. Perintah mentaati kedua-duanya jelas termaktub dalam al-Quran dan hadis. Buatlah apa yang disuruh asalkan suruhan itu tidak menjurus kepada sesuatu yang mungkar. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik orang tua dianggap sebagai derhaka. Menderhaka kepada ibu bapa dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga, meskipun banyak beribadat Allah. Allah tidak menerima ibadat orang yang derhaka kepada ibu bapa. Dalam satu hadis, Nabi Muhammad ada bersabda, keredaan Allah bergantung kepada keredaan kedua-dua ibu bapa. Ini bermakna jika ibu bapa suka kepada kita, Allah turut meredai kita. Sebaliknya, jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, Allah turut memurkai kita.

Diriwayatkan, pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah mengenai perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya. Baginda marah dan menempelak sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta, malahan dalam dirinya sendiri ada hak ibu bapanya. Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Jika mereka masih hidup, layanlah mereka dengan sebaik mungkin. Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala itu.

Ingatlah pesanan Rasulullah : Khabarkan berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibu bapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibu bapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya.

Marilah kita merenung sepotong ayat ayat al-Quran menerusi ayat 14 surah Luqman : Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai-susukannya dalam dua tahun.Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu ! kepadaKu tempat kembali. (Lukman:14). Sesungguhnya binasalah mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya, sedangkan mereka tidak dapat berbakti kepada keduanya lalu perkara tersebut menjadi ujian kepada anak-anak tadi yang menyebabkan mereka terhalang daripada mencium Syurga Allah.

Ingatlah firman Allah ini : Ertinya: Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik. Dan kalau salah seorang diantara keduanya telah mencapai usia tuan, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya cis dan janganlah engkau menengking keduanya, tetapi hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan perkataan yang hormat. Dan turunkanlah sayap merendahkan diri terhadap keduanyadengan belas kasihan dan katakanlah: Tuhanku, kasihanilah kiranya keduanya, sebagaimana keduanya telah membelaku dengan penuh kasih saying semasa aku kecil. (Al-Isra: 23-24).

Hakikatnya kita perlu ingat dan menginsafi bahawa sesungguhnya kita sebagai anak tidak mampu untuk membalas jasa kedua ibu bapa kita.Oleh itu,jika kita hendak membalas jasa kedua ibu bapa kita , kita digalakkan untuk berdoa kepada kedua ibubapa kita selepas selesai solat tidak kira ibu bapa kita masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Hakikatnya mereka adalah ibu bapa kita. Sekiranya mereka masih hidup, ambillah peluang untuk kita melayani mereka dengan sebaik mungkin.

Jika kita mahu anak-anak kita nanti berbakti kepada kita, kitalah yang sekarang ini perlu tunjukkan contoh yang baik daripada sekarang. Rebutlah peluang menjaga mereka ketika usia mereka meningkat senja dan layanilah mereka sepertimana mereka melayani kita sejak kita masih kecil. Jangan diguriskan hati ibubapa kita sehingga hatinya tertutup untuk tinggal atau singgah lama dirumah kita kerana layanan yang kurang menarik daripada kita yang bergelar anak.

Akhir sekali, buat Mama dan semua kaum ibu yang tercinta sesungguhnya kasih sayangmu membawa kami ke syurga dan itulah tempat idaman setiap mereka yang bergelar insan anak dan ibu. Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya untuk masuk ke neraka kerana ketelanjuran anaknya.

Buat sahabat dan sahabiah yang bergelar anak, sayangilah IBU KITA sesungguhnya merekalah PERMATA HATI KITA . Dengan kasih sayangnya membawa kita ke syurga. Amiin.