4.25.2011

Misi Najah Imtihan Syahadah ( MANIS )

Salam perjuangan, salam ukhuwah buat semua…semoga dalam rahmat Allah hendaknya. Alhamdulillah diberi peluang untuk menulis sambil mendengar Kalamullah…mata ini tidak dapat lelap dek kerana mungkin perubahan musim…terdetik hati ini ingin menulis tetapi tidak tahu apa yang mahu dinukilkan…

 

Tarikh Muktamar Thanawi PMRAM telah pun diumumkan,selepas ini tanggungjawab dan amanah baru bakal dipikul , semua ini adalah untuk ISLAM yang dicintai, biarpun diri ini tidak sehebat mana, semoga apa yang telah diamanahkan ini mampu menjadi sebahagian kerja-kerja dakwah .

 

Misi Najah Imtihan Syahadah ( MANIS )


InsyaAllah, jika tiada pertukaran tarikh, 11 jun 2011 bakal menjadi detik bersejarah buat semua mahasiswa/wi  Shoubra dan Mansurah apabila bermulanya imtihan syahadah dan akan berakhir pada 5 julai 2011. Kuliah di Mahaad telah pun tamat dan sekarang ini dalam masa murajaah setiap madah dan inisiatif yang telah dibuat oleh sahabat-sahabat dengan mengadakan study group, begitu juga dengan Dewan Perwakilan Mahasiswa Shoubra yang mengadakan kelas tambahan di markaz dengan memanggil Sheikh untuk mengajar madah-madah yang dirasakan perlu untuk menambahkan kefahaman kepada mahasiswa. Semoga kajayaan mengiringi kita semua dengan cemerlang, insyaAllah…amiin.

P/S….pakat-pakat hafal matan n ngulang quran la ye…;-)

No comments: