4.10.2009

Salam Imtihan Salam Mujahadah

Assalamualaikum….alhamdulillah,musim peperiksaan kembali lagi , kali ini lain sedikit sebab saya ambil peperiksaan di Mesir dan inilah kali pertama saya akan menghadapi peperiksaan di bumi anbiya ini. Moga kejayaan mengiringi diriku dah sahabat-sahabiahku di Mesir dan di Jordan tidak lupa juga kepada sahabat – sahabiah di Malaysia yang akan menghadapi peperiksaan pada pertengahan April ini.



Imtihan Tahun 1 :
1) Syafawi Quran,Qiraat - 19-23/4/09
2) Tahriri Qiraat - 2/5/09
3) Rasm Quran - 5/5/09
4) Ulum Quran – 9/5/09
5) Al-Quran ( tahriri ) & Fawasil – 10/5/09

Buat sahabat- sahabat serumahku : Ustaz Bigbos,Ustaz Wekob,Ustaz MatJu,Ustaz Jamil,Ustaz Chepot dan saya ( Ustaz Ijul ) , sahabat seperjuangan tahun 1,2 dan 3 serta semua warga Shoubra …

Selamat menempuh peperiksaan…semoga kejayaan milik kita bersama…Amiin.


" Ya Allah, kuatkanlah semangatku dalam menempuh hari-hari mendatang, Berkatikanlah segala amal perbuatanku hanyalah semata-mata keranaMu Ya Allah.., Kau curahkanlah rahmat dan kasih sayangMU kepada hambaMu yang lemah lagi hina ini.., Janganlah kau campakkan rasa kecewa dan tidak bersyukur terhadap segala macam nikmat yang telah Engkau taburkan meluas di atas muka bumi ini.., Jadikanlah aku hamba yang bersyukur.., Ya Allah Kau berikanlah kejayaan yang sempurna kepadaku serta sahabat-sahabatku sekalian.. Amin Ya Robbal A'lamin..."

4.09.2009

UMUR SEBAGAI UJIAN

Assalamualaikum … alhamdulillah hari ini genaplah umur saya 23 tahun. Terima kepada semua yang mengucapkan ucapan selamat hari lahir kepada saya melalui “ sms “ , telefon , email , friendster dan sebagainya,semoga ucapan itu sebagai satu peringatan kepada saya supaya sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik dalam membentuk peribadi seorang muslim mu’min muttaqin.

Umur yang meningkat ini merupakan suatu ujian dari RabbNya kepada hambaNya kerana semakin meningkat umur kita , apakah tanggungjawab kita sebagai hamba yang menjadi penumpang sementara ini??? Adakah segala kerja kita telah lengkap dan sempurna ataupun masih ada lopong-lopong yang perlu kita tampal ??? Itulah umur kita…

Kita dapat melihat betapa mereka yang meraikan hari lahir itu berasa gembira bilamana banyaknya hadiah yang diberikan.Mungkin itu boleh ditujukan kepada kanak-kanak yang sentiasa mahukan kegembiraan tetapi bukan kita yang sudah meningkat dewasa ini.Cukup sekadar kita mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih memberikan peluang kepada kita untuk menikmati hidup di dunia ini dan memohon kepada Allah agar usia yang meningkatkan ini lebih mematangkan pemikiran kita untuk menjadi hamba yang sentiasa patuh kepada suruhanNya.

Adakah anda bersetuju jika dikatakan umur ini sebagai ujian??? Bagi saya , saya bersetuju kerana umur bukan ukuran kita yang untuk dinilai di akhirat kelak tetapi amalan kita yang akan dinilai di akhirat kelak. Tiada istilah semakin meningkat umur kita semakin dekat kita kepada syurga Allah, itu adalah satu kesilapan kerana seperti yang saya beritahu di atas tadi, bukan tingkatan umur sebagai ukuran kita.

Tidak salah jika kita menyambut hari lahir kita ataupun hari lahir orang tersayang terutama ibu,ayah,suami atau isteri tetapi cukupla dengan meraikan dengan sekadarnya dan jadikan ia sebagai suatu peringatan bila kite menyambutnya.

Ingatlah,umur apabila meningkat adalah peringatan kepada kematian, oleh itu gunalah umur yang diberikan Allah ini dengan sebaik mungkin. Umur meningkat juga membantu mematangkan fikiran untuk berfikiran dengan lebih waras dan sistematik.

“Ya allah, dengan bertambahnya umur aku ini, ampunkan lah dosaku,jadikan aku sebagai hamba yang taat kepada –Mu dan sentiasa ingat akan kematian. Ya Allah, aku memohon dengan –Mu agar umur yang Engkau berikan ini dapat aku gunakan dengan sebaiknya dengan mendapat keredhaanMu.”

4.02.2009

Ayah Ibu Restuilah Perjuanganku...

Namamu menyerlahkan seri di wajahmu
Kelembutanmu tiada bandingannya
Engkaulah insan yang sangat kusayang
Kehadiranku kerna pengorbananmu

Dan harapanku agar engkau merestui
Perjuanganku ke arah kebenaran
Kerana engkau laksana awan di langit
Ibarat memayungi setiap insan

Demi cintaku ini
Aku kan berjanji berbakti padamu
Walau ku tahu tak mungkin dapat membalas jasamu
Demi kasih dan sayang
Aku rela berkorban apa saja
Kerna kini ku tahu syurga
Di tapak kaki ibu

Kau umpama permata di hatiku
Memberikanku sinaran cahaya cintamu yang suci
Kau bak mutiara di samudera
Tetapkan berharga untuk selama-lamanya

Semenjak kita lahir ke dunia ini kita dibelai dan dimanja
Kerana itu janganlah menderhaka
Pada dua insan bernama ayah dan ibu

Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Dan dosa kedua orang tuaku
Kasihi mereka sebagaimana mereka
Mengasihiku sewaktu dahulu