4.25.2010

CANTIK nya WANITA itu ........

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi igauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana

Petikan : Berusrah Bersama

Renungan buatmu bernama anak....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai anak yang menjadi imam sembahyang JENAZAH ibunya......


"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah kepada sahabat- sahabat anda.

Petikan : Berusrah Bersama

4.18.2010

::: Selamat Hari Lahir Mak Ngah :::

Assalamualaikum semua…
Alhamdulillah…itulah ucapan yang paling layak diungkapkan setelah selesai menjawab soalan peperiksaan SYAFAWI QURAN, MUTUN dan QIRAAT, moga Allah memberikan kejayaan kepada diri ini dan semua sahabat-sahabat yang menduduki peperiksaan semalam.

Hari ini, 19 April 2010 adalah hari yang bersejarah bilamana hari ini adalah
Hari Lahir MAK NGAH aku,
Cik Masmerah Bte Abu Yamin… Selamat Hari Lahir Buat Mak Ngahku Sayang, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta di permudahkan segala urusan Mak Ngah di dunia dan akhirat, Ameen Ya Rabb.

Bercerita tentang Mak Ngah, aku boleh mengatakan Mak Ngah adalah Mak aku yang kedua selepas MAMA, MAMA tetap yang pertama di dunia dan akhirat… Mak Ngah aku adalah kakak kepada abah aku , beliau banyak sangat berkorban untuk diri aku ini, pengajian aku disini ( MESIR ) juga adalah daripada sumbangan beliau. Masih ingat lagi ketika aku mula-mula belajar di KUIS, Mak Ngah sanggup keluarkan wang dan menyuruh aku mencari kereta untuk kemudahan aku berulang –alik ke kuliah dan dalam masa yang sama aku adalah driver tetap Mak Ngah dan Atuk untuk balik ke kampung dan pergi ke mana-mana sahaja destinasi yang hendak dituju ,hehe…

Banyak lagi cerita sebenarnye, tapi cukuplah setakat ini sahaja yang boleh di sampaikan, nak cerita lebih-lebih bahaya,hehehe, ape-ape pun Ijul sayang Mak Ngah , Acik Ali, Acik Ain, Acik Nong, Acik Zura, dan semua ahli keluarga Haji Abu Yamin… Terima kasih banyak-banyak kerana telah banyak membantu dan memberikan saport, semangat kepada diri ini, semoga Allah sahaja yang akan balas jasa kalian semua..
( Mak Ngah yang bertudung ungu )

Doa Semperna Hari Lahir Mak Ngah…
Ya Allah, Sempena Hari Lahir Mak Ngah hari ini, Kau ampuni segala dosanya, Kau panjangkan umurnya, Kau sihatkan dirinya dari sebarang penyakit, Kau permudahkan segala urusannya di dunia dan akhirat.. Ameen Ya Rabbal ‘alamin…

P/S :Mak Ngah >>>Tahun ni Ijul nak bertunang boleh tak ???? calon tu kita cari bulan 10 ni ??? hehehe

Dari Anak Sedaramu Yang Nakal
Mohd Hafizzul Azri Bin Azman 
( Ijul )

4.09.2010

Ulang Tahun Kelahiran Ke 24.


Assalamualaikum semua….
“ Selamat Hari Lahir  Anakku “  message dari abah.
Tanggal 9 April 1986 lahirlah seorang  putera kedua keluarga  En Azman Abu Yamin dan Puan Rossyta Sahar
Bayi yang sangat comel …hehehe…selang beberapa minggu diberi nama Mohd Hafizzul Azri Bin Azman.
Alhamdulillah, hari ini genaplah umur aku 24 tahun…terima kasih mama dan abah yang banyak berkorban dalam membesarkan diri ini dan memberikan pendidikan yang cukup sempurna dan kini diri ini bermusafir menuntut ilmu di Bumi Anbiya.  “Ya Allah, Engkau ampunilah kedua ibubapaku , kasihihani mereka sepertimana mereka mengasihiku sejak kecil sehingga sekarang, masukkan kedua ibubapaku ini ke dalam syurgaMU …Amiin “
Sesungguhnya hari lahir yang disambut ini adalah satu taklifan untuk kita sebagai hamba Allah untuk bersedia mempersiapkan diri untuk kembali kepada Maha Pencipta kerana sesungguhnya MATI itu datang bila-bila masa sahaja, jadi, setiap kali datangnya hari lahir ini, kita perlulah sentiasa ingat  berapa banyak amalan kita??? Apakah ALLAH terima setiap amalan kita ??? renungkan bersama.
Ya Allah, Aku bersyukur kerana Engkau telah memendekkan umurku, Engkau ampunilah dosaku, kedua ibubapaku, guru-guru ku, keluargaku dan semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Jadikan aku anak yang soleh, yang taat perintahMU, yang taat kepada RasulMu dan Taat kepada kedua ibubapaku .
Ya Allah, Engkau ambillah nyawaku ketika  mana Engkau redha kepadaku dan Jangan Engkau ambil nyawaku ketika mana Engkau murka kepadaku..
Ya  Allah, Sesungguhnya  Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mendengar…
Perkenankan doaku Ya ALLAH.

Selamat Hari Lahir yang ke 24
Buat diriku
Yang Dhaif lagi Hina ini
Mohd Hafizzul Azri Bin Azman

4.01.2010

Ciri-ciri Lelaki Soleh Seperti yang Dimaksudkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.

1    Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya
2    Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya
3    Mati syahid ada cita - cita hidup yang tertinggi
4    Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah S.W.T
5    Ikhlas dalam beramal
6    Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
7    Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya
8    Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya
9    Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya
10    Solat malam menjadi kebiasaan
11    Tawakkal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah     semata-mata
12    Selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit
13    Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah antara mereka
14    Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikkan, dan mencegah     kemungkaran
15    Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia
16    Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia,     sentiasa saling mengingati  antara sesama saudara dan tawadduk kepada Allah
17    Memberi kasih sayang kepada keluarga


Selain ciri-ciri diatas, orang-orang yang soleh juga adalah insan-insan yang sentiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah selepas para nabi dan orang-orang mulia. Mereka bersedia menghadapi segala ujian daripada Allah dengan hati yang tabah dan tetap teguh beriman dan memiliki pendirian yang teguh. Mereka tidak mudah menyerah kalah dengan segala dugaan dan cabaran yang datang kepada mereka.