2.12.2010

Salah Siapa ???

Menyayat hati...

 Assalamualaikum...

Salam Kesedihan...

Hari ini ana sengaja untuk menulis blog ini sebagai renungan kita bersama dan semoga ia menjadi pedoman kepada kita semua tidak kira tua atau muda, semua kene ambil peranan penting. Pada gambar yang ana tunjukkan ini, apa yang boleh dikatakan, Apa Berdosanya Bayi ini ??? Mana perikemanusiaan yang ada pada diri setiap insan yang bernama manusia...Kita bukan haiwan yang tidak mempunyai akal fikiran , walhal jika kita lihat, haiwan sengat menyanyangi anaknya sendiri.

Dalam konteks yang kita sama-sama lihat ini, Siapakah Yang Harus Di Persalahkan??? Tentunya bukan Bayi ini, tetapi mereka yang melakukan perbuatan terkutuk sedemikian...Kebanyakkkan kita lihat di akhbar-akhbar arus perdana , mereka yang membuang bayi ini dikalangan umat Melayu Islam sendiri, Apakah Peranan Kerajaan untuk mencegah perbuatan terkutuk ini. Apakah kurang ilmu agama yang dipelajari di sekolah atau kurangnya pendidikan berkenaan bahaya Seks Bebas ini ???  Renung-renungkan wahai pembaca sekalian...

Buat anak-anak muda remaja, couple ini sudah menjadi satu kebiasaan di Malaysia mahupun di mana-mana negara, gunakanlah akal fikiran yang Allah kurniakan untuk kita mememikirkan baik buruk sesuatu perkara tersebut. Arggggghhhhhhhhhhsungguh sedih dan mengalir air mata ini bila melihat keadaan mayat bayi perempuan yang cukup sifat dibuang…

Renungi ayat Al-Quran ini

"Dan janganlah kamu mendekali zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" - Al Isra' ayat : 32

Pesanan pada diri dan pembaca sekalian, andai sudah bertemu pasangan ( jodoh ) jangan ditangguhkan  lagi, teruskan dengan ikatan yang Sah ( nikah ) kerana ia dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara sedemikian.

Sekian…

No comments: