2.12.2010

BUAT ABAH TERCINTA

 
abah, ijul , mama

ABAH YANG TERCINTA

Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat hari lahir anakanda ucapkan buat abah tercinta ...Hari ini 12 Februari 2010 genap umur abah 54 tahun , anakanda disini sentiasa mendoakan kesihatan abah dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. Tidak pernah anakanda melupakan setiap selesai solat untuk mendoakan abah dan mama...sungguh besar pengorbanan abah dan mama dalam mendidik dan menjaga kami 4 beradik.

Abah,
ijul ingin sangat menjadi seperti abah...terus terang ijul katakan, abah adalah abah,ketua keluarga dan anak yang soleh buat kedua atuk dan arwah nenek, masih ijul ingat ketika arwah nenek sakit, abah sanggup berulang alik dari kampung ke serdang untuk menjaga arwah nenek... sekarang bila arwah nenek sudah tiada, abah jaga atuk pula...ijul terfikir, adakah ijul mampu jadi seperti abah ??? mampu menjaga atuk dan arwah nenek...ijul takut hendak berjanji untuk menjaga abah dan mama, kerana ape, ijul takut ijul tidak mampu melaksanakan janji itu, walau bagaimana pun ijul tetap berdoa ijul akan jaga abah dan mama sehingga akhir hayat.Lagipun ijul buat masa sekarang dah tawar hati untuk fikir pasal kawin, ijul ingat pesan abah suh belajar rajin-rajin kat sini, bab kawin fikir lepas ni, tapi kalau lepas ni jodoh sampai awal harap abah boleh terima la yer...hehehe

Abah,
Kematian datang pada bila-bila masa, semua itu perancangan Allah S.W.T, cume keadaan dan bila serta tempat itu kita tidak tahu...ijul mintak maaf jika ada salah silap dengan abah, terlalu banyak dosa ijul pada abah dan mama, harap abah dan mama maafkan ijul, ijul berharap sebagai anak, jika umur panjang, ijul akan menguruskan jenazah abah dan mama seterusnyer menjadi imam, tetapi andai ijul tiada, harap abang atau adik yang akan menguruskannya.Dan yang terakhir, andai ijul dipanggil Allah di bumi Mesir ini, harapnya jenazah ijul dikebumikan di Mesir yer...harap dapat ditunaikan.

Ijul, Abang , Sabiq dan Nadia sayangkan Abah  dan Mama selamanya. Moga kita dapat bersama di Syurga kelak. Ya Allah, panjangkanlah umur Abahku ini, berkatilah hidupnya, murahkanlah rezekinya, dan lapangkan urusannya.. Janganlah engkau timpakan sesuatu yang tidak baik kepada keluargaku Ya Allah Ya Arhamarrahimin…


SELAMAT HARI LAHIR ABAH

No comments: