Assalamualaikum semua….
“ Selamat Hari Lahir Anakku “ message dari abah.
Tanggal 9 April 1986 lahirlah seorang putera kedua keluarga En Azman Abu Yamin dan Puan Rossyta Sahar…
Bayi yang sangat comel …hehehe…selang beberapa minggu diberi nama Mohd Hafizzul Azri Bin Azman.
Alhamdulillah, hari ini genaplah umur aku 24 tahun…terima kasih mama dan abah yang banyak berkorban dalam membesarkan diri ini dan memberikan pendidikan yang cukup sempurna dan kini diri ini bermusafir menuntut ilmu di Bumi Anbiya. “Ya Allah, Engkau ampunilah kedua ibubapaku , kasihihani mereka sepertimana mereka mengasihiku sejak kecil sehingga sekarang, masukkan kedua ibubapaku ini ke dalam syurgaMU …Amiin “
Sesungguhnya hari lahir yang disambut ini adalah satu taklifan untuk kita sebagai hamba Allah untuk bersedia mempersiapkan diri untuk kembali kepada Maha Pencipta kerana sesungguhnya MATI itu datang bila-bila masa sahaja, jadi, setiap kali datangnya hari lahir ini, kita perlulah sentiasa ingat berapa banyak amalan kita??? Apakah ALLAH terima setiap amalan kita ??? renungkan bersama.
Ya Allah, Aku bersyukur kerana Engkau telah memendekkan umurku, Engkau ampunilah dosaku, kedua ibubapaku, guru-guru ku, keluargaku dan semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Jadikan aku anak yang soleh, yang taat perintahMU, yang taat kepada RasulMu dan Taat kepada kedua ibubapaku .
Ya Allah, Engkau ambillah nyawaku ketika mana Engkau redha kepadaku dan Jangan Engkau ambil nyawaku ketika mana Engkau murka kepadaku..
Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mendengar…
Perkenankan doaku Ya ALLAH.
Selamat Hari Lahir yang ke 24
Buat diriku
Yang Dhaif lagi Hina ini
Mohd Hafizzul Azri Bin Azman
No comments:
Post a Comment