2.10.2012

DADIH SEGAR KELUARGA ABU YAMIN

BERSEDIA MENERIMA TEMPAHAN!!!
DADIH SEGAR KELUARGA ABU YAMIN !!!

Sesuai untuk semua jenis majlis keramaian, hari jadi, perkahwinan dan perniagaan
Pelbagai Perisa:
Coklat, Strawberry, Apple, Vanila, Mangga Jagung, Cappuchino, Mixed Fruit, Oren, Keladi
*Hanya RM1! ( Cawan Besar )  Jika tempahan melebihi 20 cawan hanya RM0.80!!
( RM 0.50 ) untuk Cawan Kecil, Jika tempahan melebihi 50 cawan hanya RM 0.40  
Boleh pelbagai corak dan warna.
Penghantaran disediakan di sekitar kawasan Serdang,Bangi,Shah Alam,Kajang, Kuala Langat .  Putrajaya, Kuala Lumpur…Berminat?Sila Hubungi Hafizzul Azri :  +60192956271 .



12.26.2011

Salam Imtihan dan Selamat Tahun Baru 2012


Assalamualaikum semua…

Salam Kedinginan…

Terasa lama sungguh tidak menulis di dalam blog ini, semakin bersarang dan bermacam-macam sarang sudah dibuatnya…huhuhu

Mahasiswa mesir kini diambang peperiksaan, dan pada 3 Januari 2012 ini akan bermulanya peperiksaan Takhalluf bagi mereka yang membawa madah sesi lepas , dan peperiksaan yang sebenar akan bermula pada 5 Januari 2012 bermula dengan mahasiswa Ulum Islamiah, dan seterusnya Pengajian Islam yang lain sehingga awal Februari 2012.

Dalam masa sahabat-sahabat lain sedang bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran, diri ini dalam proses menyelesaikan segala kerja yang melibatkan Ekonomi PMRAM, masa semakin berlalu dan mengharapkan kerja yang belum selesai dapat diselesaikan sebaik mungkin.

Di doakan kepada semua mahasiswa – mahasiswi mesir di bumi ardu kinanah ini dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam menghadapi peperiksaan yang bakal mendatang, kejayaan anda kebahagian keluarga dan kebahagian anda sendiri.

Sempena tahun baru yang bakal hadir 2012 ini, semoga tahun 2011 dijadikan sebagai satu sejarah yang tidak mungkin dapat diulang, tetapi ambil sebagai satu pengalaman yang sangat berharga, semoga 2012 yang hadir ini mampu memberikan yang terbaik untuk IMAN ISLAM DAN IHSAN dalam menjadi muslim yang sentiasa memohon mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Salam Imtihan
Salam Tahun Baru 2012

10.15.2011

PMRAM Sentiasa Di Hati


Assalamualaikum semua…rasanya sudah lama tangan ini tidak menulis di dalam blog ini, mungkin kerana kesibukan kerja dan mungkin juga faktor kemalasan yang ada pada diri yang tidak dapat dibendung…huhu

Alhamdulillah, Allah telah berikan kejayaan dalam menuntut ilmu di bumi anbiya di dalam Takhasus Qiraat, dalam fikiran ini, bagaimana mahu mencurahkan ilmu yang dipelajari, adakah mampu untuk berdepan dengan masyarakat dan menyebarkan dakwah yang selama ini dipelajari di bumi yang penuh keberkatan.

Dalam masa menunggu masa untuk pulang ke Malaysia, banyak perkara dan amanah yang perlu dilaksanakan terutama untuk PMRAM bilamana pada tahun ini ditaklifkan sebagai Ketua Badan Ekonomi PMRAM, memerah idea dan memerah otak untuk menghasilkan barangan yang terbaik daripada PMRAM untuk ahli dan kepada seluruh Mahasiswa Malaysia di bumi Mesir.

Dalam fikiran ada target berapa banyak yang mahu untuk diberikan kepada PMRAM sebelum turun, semuanya dalam perancangan tetapi perancangan ALLAH MAHA PERANCANG, apa pun teruskan berusaha membantu PMRAM.

Obor Mahasiswa Harapan ‘11
Program yang mengumpulkan kesemua mahasiswa seluruh negeri tidak lain tidak bukan untuk menyatukan ukhuwah sesama mahasiswa dalam masa yang sama membina fikrah Islamiah di dalam diri semua mahasiswa di bumi Anbiya. Pengisian yang menerangkan tentang Al-Azhar telah membuka minda mahasiswa baru betapa sejarah Al-Azhar dan Ilmu yang berada di Al-Azhar perlu di kutip mutiara-mutiara yang sangat berharga, dan benarlah Al-Azhar sebagai Gudang Ilmu.

Semoga Ukhuwah yang terbina akan terus kekal hingga ke hujungnya….dan Tema “ Dekati Kasihi Asas Pengorbanan menjadikan ianya sentiasa diingati buat semua mahasiswa baru dan semua yang menjayakannya…terima kasih banyak-banyak buat semua.

Kutub Sittah Siri 3

Program tahunan yang akan dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM ) sebagai satu program bersama para Masyaikh Al-Azhar dalam siri pembacaan Hadis Sohih Bukhari , insyaAllah program yang akan diadakan pada 29,30 dan 31 Oktober 2011 ini .

Majlis  Apreasiasi ??? nantikan sambungnya pada edisi akan datang…

9.08.2011

Sekadar Peringatan Bersama

Alhamdulillah...imtihan dur thani telah selesai dan sekarang menanti natijah yang tidak tahu apakah keputusannya, hanya doa dan tawakal sahaja.


Sekadar perkongsian yang tidak seberapa ini, ingin dinukilkan betapa kematian itu datang pada bila-bila masa sahaja tidak kira dimana, pada masa bila dan ketika mana kita berada.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan setiap yang mati akan dibangkitkan semula pada hari Kiamat untuk dihitung amalan kebaikan dan keburukan ketika kita hidup.

Saat itu pastinya tidak ada sesiapa yang mampu membantu, jika kebaikan itu lebih banyak dari keburukan, pastinya syurga tempat untuk kita dan jika sebaliknya, maka nerakalah tempat kita...nauzubillah, semoga kita tidak termasuk kepada mereka yang banyak melakukan keburukan mahupun kejahatan di dunia menjadi penyebab kita ke neraka, moga saat ini dan ketika ini bilamana pintu taubat masih terbuka, sama-sama memohon keampunan dari Allah dan melakukan sebanyak mana kebaikan dan biarlah penghabisan kita dihadapan Allah nanti dalam keadaan Allah Redha dengan pemergian kita...amiin.

Al-Fatihah buat semua kaum muslimin dan muslimat yang telah awal bertemu dengan Maha Pencipta...Al-Fatihah.

8.06.2011

Jangan Sia-Sia kan...

Ramadhan yang kunjung tiba hanya sebulan sekali pada setiap tahun, dan kita belum tentu untuk kita berjumpa Ramadhan yang akan datang.Apa yang boleh dikongsi disini adalah bagaimana masa kita yang kita rancang untuk kita memastikan Ramadhan tahun ini diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan tentunya pahala yang kita sama-sama cari untuk bekalan kita di akhirat kelak.

Saban tahun kita dapat melihat di seluruh Masjid dan Surau ada yang membuat 8 rakaat ditambah dengan tazkirah, inilah peluang yang perlu diambil oleh kita sebagai seorang ISLAM untuk kita menambahkan amalan pahala kita di bulan yang penuh keberkataan ini, dan ada juga masjid dan surau yang melakukan solat terawikh 20 rakaat dan selepas selesai solat terawikh akan ada tadarus Al-Quran secara berkumpulan yang mungkin telah ditetapkan oleh setiap masjid dan surau.

Apa yang dilihat disini , berapa ramai yang menghabiskan solat terawikh 8 rakaat mahupun 20 rakaat, berapa ramai yang mendengar tazkirah ketika solat terawikh berhenti rehat 4 rakaat, berapa ramai yang sedia mengambil peluang untuk bertadarus Al-Quran selepas selesai solat witir ???

Amat malang sekali jika kita tidak mengambil peluang sebegini yang ada hanya di bulan Ramadhan sahaja. Ada yang beralasan terlalu banyak kerja, penat, dan bermacam alasan...Ada yang sanggup berkata, " Aku tak boleh pergi ke kelas Sheikh sebab banyak kerja " ini adalah satu ungkapan yang mana tidak boleh diterima pakai apatah lagi yang berkata ini adalah mereka yang belajar pengajian ISLAM...Inilah peluang dan inilah masa kita untuk kita mempertingkatkan amalan kita , buangkan sifat malas, kurangkan tidur serta sentiasa belajar untuk menjadi rajin dalam setiap perkara.

Ambillah peluang keemasan ini, dan anggaplah Ramadhan pada tahun ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita semua, ataupun , hari ini adalah hari terakhir kita berpuasa dan berterawikh kerana takut-takut maut datang kepada kita dan esok tiada lagi buat kita untuk merasai kemanisan bulan yang penuh barakah ini...

Salam Ramadhan Kareem...Allahu Akram...Saling ingat mengingati di bulan yang penuh mulia ini..