1.13.2011

Salam Imtihan, Bittaufiq Wannajah…


Segala puji bagi Allah Tuhan yang menciptakan alam yang tiada taranya, Selawat dan Salam buat Junjungan Agung   Rasulullah S.A.W . yang  sentiasa kasih kepada ummatnya.

Alhamdulillah, musim imtihan kembali dibumi bertuah bumi anbiya’ , dan sekarang ini pelajar pengajian Islam mahupun perubatan dalam fatrah imtihan fasa 1, manakala pelajar shoubra akan imtihan pada bulan 4 dan bulan 6 nanti , insyaAllah. ..

Tidak ada ape yang ingin diperkatakan cuma ingin mendoakan kepada semua sahabat-sahabat yang sedang menghadapi imtihan semoga kejayaan mengiringi sahabat-sahabat sekalian. Ulangkaji pelajaran, berusaha dan berdoa seterusnya bertawakkal…


"...kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kpd
Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yg bertawakkal." (Al-Imran:159)

1.12.2011

Selamat Pengantin Baru Buat Abang Firdaus dan Kak Hanisah





Rasanya masih tidak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru  buat pasangan yang cukup secocok lagi sepadan tidak lain tidak bukan abang saya MOHD FIRDAUS dan KAK HANISAH … 

Tanggal 4 Disember 2010 telah menjadi hari bersejarah buat kedua mempelai ini apabila telah selamat diijabkabulkan oleh adik pengantin perempuan sendiri iaitu saudara Muin di Masjid Universiti Putra Malaysia, Serdang pada jam 9.45 pagi. Alhamdulillah pengantin dengan sekali lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA… Hanisah Abdul Rahman Telah sah menjadi isteri kepada Mohd Firdaus Bin Azman. 



Pada 12 Disember 2010 , majlis menyambut menantu telah pun berlangsung di Kampung Batu Laut, Kuala Langat, Banting. Alhamdulillah, kehadiran yang cukup ramai dan Alhamdulillah, makanan untuk tetamu pun cukup. Terima Kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung EN AZMAN dan PUAN ROSSYTA.


                                            Cantik tak kek tu ??? hehehe...


Tahniah buat Abang Firdaus dan Kak Hanisah…Welcome to my Big Famili n Jawa Famili…hihi, Barakallahulakuma buat abang dan akak…semoga berkekalan hingga ke syurga, membina keluarga yang menjadi impian setiap pasangan iaitu keluarga mawaddah warahmah, dikurniakan anak yang soleh dan solehah penyeri rumah tangga abang dan akak.

                                           Abah, tahun ni boleh tak ??? hehehe





1.10.2011

Salam Tahun Baru 2011





Segala puji bagi Allah Tuhan yang menciptakan alam ini tanpa tandingan, Selawat dan Salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W beserta keluarga dan para sahabat .  Islam agama yang cukup syumul untuk dikuti tidak ada agama lain yang BENAR selain ISLAM  yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah, rasanya telah terlalu lama tidak mengupdate blog  yang telah ditinggalkan lama oleh kerana kemalasan diri yang melanda. Tarikh 28/12/2010 saya telah kembali ke bumi bertuah bumi anbiya yang penuh dengan kemuliaan para sahabat nabi, para ulama’ , para wali-wali Allah…muhasabah untuk diri ini andai tidak mengambil mutiara-mutiara ilmu andai kaki sudah jejak ke bumi lautan ilmu, maka tidak berguna berada disini.
Kini kita telah berada pada tahun 2011, Negara Mesir berlaku satu bencana yang amat dahsyat apabila sebuah Gereja di Alexandria telah di BOM , maka berlakulah beberapa demontrasi dibeberapa buat tempat di Mesir  yang paling ketara di Shoubra sendiri selama 4 hari berturut, di Abbasiyyah dan juga di Alexandria sendiri. Banyak spekulasi yang dibuat atas pengeboman di Alexandria . ( malas nak komen )

Seminggu berada di perlembahan nil ini, musim sejuk cukup sejuk, lagi-lagi bila pesakit athma seperti saya yang turut mengalaminya, agak perit bila hidup ini terpaksa bergantung dengan ubat, hamper seminggu  sampai di mesir ini, hamper tiap-tiap hari sakit athma melanda, dan hampir setiap malam nafas turun naik.

Tahun ini insyaAllah, tahun akhir di Mahaad Qiraat Shoubra, mohon doa daripada semua agar kejayaan bersama diperolehi, bukan tidak sabar untuk pulang ke Malaysia, tetapi mahu menumpukan selepas itu taklifan yang Allah berikan, apakah dia ??? nantikan…

Semoga Tahun Baru 2011 ini tahun yang lebih baik dari tahun 2010, kepada mereka yang belum mencapai azam tahun lepas, teruskan usaha . Jadikan tahun ini tahun untuk kita lebih dekat dengan Maha Pencipta . Jangan abaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, sebagai mahasiswa yang menuntut ilmu Allah, dan juga tanggungjawab kita mempertahankan PMRAM di bumi Anbiya ini. Semua ini tidak lain tidak bukan adalah salah satu jihad kita untuk ISLAM.

Akhir sekali mohon kepada pembaca blog saya yang tidak seberapa ini untuk mendoakan kesihatan saya untuk saya meneruskan kerja-kerja ISLAM yang bakal dan sedang dipikul sekarang.

Firman Allah di dalam surah Al- Baqarah ayat  152 : juz 2 : yang bermaksud :
Maka Ingatlah kepadaKU, AKU pun akan ingat kepadamu, Bersyukurlah kepadaKU, dan Janganlah kamu ingkar kepadaKU.


11.10.2010

KEISTIMEWAAN BULAN ZULHIJJAH



ZULHIJJAH adalah bulan kedua belas dalam takwim hijrah dan tergolong dalam bulan haram
selain dari Muharam, Rejab dan Zulkaedah.
Kelebihan bulan mulia ini disebutkan Allah di dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah semasa Dia
menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati.
Demikianlah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya dirimu dalam bulan itu; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa. (at-Taubah: 36) 

Zulhijjah bermaksud yang memiliki haji kerana rukun Islam kelima itu ditunaikan dalam bulan berkenaan. Amalan mulia ini dilakukan Nabi Ibrahim a.s dan diteruskan anak cucunya daripada keturunan Nabi Ismail a.s sehingga zaman Rasulullah s.a.w. 

Bulan ini menghimpunkan banyak keistimewaan yang disediakan Allah bagi Muslim yang
mengharapkan keredaan dan pengampunan Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya
mempunyai kelebihan melainkan pada hari ini, iaitu sepuluh hari Zulhijjah. 

Sahabat Baginda bertanya: Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar
Baginda: Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi sesiapa yang keluar
dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.” (Hadis riwayat al-
Bukhari)
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu hari pun,
amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh
kerana itu perbanyakkan ucapan tahlil (La Ilaha Illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid
(Alhamdulillah).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Rasulullah s.a.w juga tidak ketinggalan menyatakan beberapa amalan yang sangat dianjurkan
pada bulan ini, antaranya: 

Menunaikan ibadat haji dan umrah sebaik-baik amalan.
Berpuasa pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, terutama pada hari Arafah. Rasulullah
s.a.w bersabda bermaksud: “Puasa pada hari Arafah dengan penuh pengharapan keredaan Allah
akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang. (Hadis riwayat
Muslim)
Bertakbir (Allahu Akbar) dan membasahkan lidah dengan pelbagai zikir pada sepuluh hari
Zulhijjah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada
beberapa hari yang termaklum.” (al-Hajj: 28)

Disyariatkan juga bertakbir pada hari yang mulia itu sama ada pada siang atau malam terutama
selepas menunaikan solat fardu (dikerjakan secara berjemaah). Bagi mereka yang tidak
menunaikan ibadat haji, takbir bermula dari waktu Subuh hari Arafah dan bagi yang menunaikan
haji, takbir bermula pada waktu Zuhur Aidiladha pertama iaitu pada 10
Zulhijjah. Semuanya berakhir pada waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah. 

Bertaubat dan seterusnya meninggalkan semua perkara maksiat dan dosa. Dalam masa sama,
memperbanyakkan amalan baik dengan tujuan mencapai keampunan dan rahmat Allah.
Memperbanyakkan amalan baik terutama amalan sunat yang sangat dianjurkan seperti solat
sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran dan
sebagainya kerana semua amalan dilakukan pada hari berkenaan digandakan ganjarannya di sisi
Allah.

Disyariatkan umat Islam yang berkemampuan untuk melakukan amalan korban pada Hari
Raya Haji dan hari-hari Tasyriq yang berikutnya iaitu pada hari ke-11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Setiap Muslim hendaklah menunaikan solat Aidiladha berjemaah dan mendengar khutbah
supaya mendapat pengajaran daripadanya.

10.28.2010

KISAH UMAR AL-KHATTAB MEMELUK ISLAM


Umar r.a. selepas ia memeluk agama Islam, menjadi kebanggaan orang-orang Islam dan musuh ketat kafir-kafir musyrikin tetapi sebelum itu dia menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan mengganggu orang-orang yang menganuti Islam. Dalam suatu mesyuarat orang-orang Quraish, pada suatu hari mereka telah memutuskan hendak meminta salah seorang daripada mereka supaya membunuh Nabi Muhammad s.a.w.
                        Umar telah tampil kehadapan sebagai sukarelawan yang ingin mengusahakan pembunuhan itu. Tiap-tiap Quraish yang menghadiri mesyuarat itu berkata serentak"Ya, engkaulah yang dapat melakukannya,Umar!"
                        Dengan pedang yang bergantungan dilehernya, Umar pun mengarahkan langkah menuju ketempat kediamanNabi Muhammad s.a.w. Dalam perjalanannya ia telah menemui Saad bin Abi Waqqas. Saad berkata: "Kemana kau, Umar?"Umar menjawab: "Aku hendak pergi menamatkan riwayat hidup Nabi Muhammad " Saad: "Kalau begitu Banu Hashim, Banu Zuhrah dan Banu Abdi Manaf akan membunuh kamu sebagai tindakan balas."Umar(gelisah dengan amaran itu) berkata: "Nampaknya kau juga telah meninggalkan agama nenek moyang kau. Biar aku kerjakan kau dahulu."
                        Umar dengan serta merta menghunus pedangnya. Sambil mengistiharkan pengislamannya Saad juga berbuat demikian. Sebelum bertarung dengan Umar  sempat juga berkata:"Lebih baik kau menguruskan rumahtangga kau dahulu. Saudara perempuan kau dan iparkau, kedua-duanya telah memeluk agama Islam"
                        Kemarahan Umar ketika mendapat cerita itu tak dapat diceritakan lagi. meninggalkan Saad, dia menggerakkan langkahnya kearah rumah saudara perempuannya. Setibanya dirumah itu dia dapati rumah itu telah berkunci dari dalam. Sambil mengetuk-ngetuk pintu itu dia menjerit dengan sekuat tenaga kepada saudaranya supaya pintu itu dibuka. Mendengar suara Umar, Khabbab telah lari bersembunyi meninggalkan masyaf-masyaf Quran yang sedang mereka baca. Apabila pintu dibuka Umar dengan cepat menempeleng saudaranya sambil berkata:"Hai pengkhianat dirimu sendiri, engkau juga telah meninggalkan agamamu."
                        Tanpa menghiraukan kepala saudaranya yang berdarah, dia masuk kedalam sambil bertanya: "Apakah kelian sedang buat tadi dan siapa dia orang yang suaranya aku dengar dari luar?" Iparnya menjawab:"Kami hanya berbual-bual." Umar bertanya kepada iparnya "Adakah kamu juga telah meninggalkan agama nenek moyang kamu dan memeluk agama baru?" Ipar Umar menjawab:" Bagaimana pula agama baru itu lebih baik dari agama kita yang lama itu?" Jawapan itu menyebabkan Umar memukul dengan kejam  dan menarik-narik janggutnya. Saudaranya yang datang hendak melerai mereka juga dipukul sehingga mukanya berlumuran dengan darah. Sambil menangis saudara  perempuannya berkata:"Umar! kami dipukul hanya kerana kami memeluk agama Islam. Kami berazam hendak mati sebagai orang-orang Islam Kau bebas melakukan apa saja yang kau suka atas diri kami."
                        Apabila hatinya sejuk sedikit dia berasa malu atas perbuatannya terhadap saudara perempuannya itu. Tiba-tiba ia terpandang akan masyaf-masyaf yang ditinggalkan oleh Khabbab tadi. Katanya:"Baiklah, tunjukkan masyaf-masyaf ini." "Tidak," kata saudaranya.: "Badan kau tak bersih dan orang yang tak bersih tak seharusnya memegang  masyaf-masyaf ini." Umar akhirnya membersihkan badannya dan mula membca masyaf-masyaf tadi. Surah yang dibacanya ialah SURAH TAHA.Dia membaca dari permulaan surah itu.Seluruh sikap dan pandangannya berubah apabila  ia sampai ke ayat yang bermaksud:
"Akulah Allah. Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang buat mengingati Aku."
Kata Umar: "Baiklah, bawa aku bertemu dengan Muhammad "
                        Mendengar kata-kata Umar itu Khabbab pun keluarlah dari tempat persembunyiannya sambil berkata:"Ya Umar, ada berita baik untuk kamu. semalam (iaitu malam Juma'at)Nabi Muhammad s.a.w. telah berdoa kepada Allah s.w.t..: "Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan Umar atau Abu Jahal, siapa yang Engkau suka.".Nampaknya Allah s.w.t. telah memilih engkau sebagai menunaikan permintaan Nabi Muhammad s.a.w.
                        Umar telah menemui Nabi Muhammad s.a.w. dan pada pagi Juma'at dia telah memeluk agama Islam Pengislaman Umar merupakan merupakan suatu pukulan yang hebat kepada puak musyrikin. Sungguh pun begitu bilangan orang Islam terlalu kecil kalau dibandingkan dengan bilangan puak musuh. Kafir-kafir musyrikin telah memperhebatkan usaha-usaha mereka untuk menghapuskan orang-orang Islam serta agama mereka. Dengan Islamnya Umar, kaum Muslimin telah bertambah berani dan sekarang mereka mendirikan sembahyang di Baitul Haram. Kata Abdullah bin Masud: "Pengislaman Umar merupakan suatu kejayaan besar kepada kaum Muslimin, perpindahannya menguatkan kami dan perlantikannya sebagai Khalifah merupakan suatu keberkatan kepada kami.:"