7.20.2011

BERDOSAKAH KITA ???

Keputusan imtihan syahadah sudah pun keluar...tahniah buat sahabat-sahabiah yang telah najah di dalam imtihan...kepada yang tidak najah, Dur Thani menanti kita semua dan insyaAllah akan bermula pada 10 OGOS 2011. Mungkin tarikh itu bersamaan 10 Ramadhan 1432 Hijrah.

Sengaja penulis ingin melontarkan persoalan berdasarkan tajuk di blog ini...BERDOSAKAH KITA bilamana kita gagal dalam imtihan ???

Sesungguhnya harapan ibu ayah di Malaysia khususnya, mahu melihat kejayaan anaknya , lagi-lagi bila duduk berjauhan, dan mereka tidak tahu apa yang anak mereka lakukan.

Sebenarnya Mesir ini adalah bumi yang penuh barakah dan penuh dengan sejarah...mereka yang setiap hari ke kuliah, pergi talaqi...bila lepas imtihan , keputusan tidak najah...dan mereka yang tidak ke kuliah, tidak bertalaqi...keluar keputusan, najah dalam imtihan...apakah itu ketidak adilan ???

Sesungguhnya Allah Maha Perancang dan mengetahui apa yang sebaikknya untuk hambaNYA.Jangan kita cepat mengeluh kerana kegagalan kita, dan perlu ingat, kegagalan kita ini bukan selamanya akan gagal...insyaAllah, kejayaan pasti tiba.

BERDOSAKAH KITA ini bila mana kita tidak membuat apa yang sepatutnya kita lakukan sebagai mahasiswa yang menuntut ilmu...insyaAllah, ibu dan ayah memahami apa yang kita lakukan disini, bukan setakat ilmu dunia tetapi ilmu akhirat kita dapat.

Bersama-sama kita berdoa moga keberkatan Ramadhan yang akan tiba ini menjadikan kita kejayaan di dalam imtihan Dur Thani khusus untuk kita Tahun 3, Mahaad Qiraat Shoubra Al-Azhar As-syariff.

Dan Ingatlah, jika kita jaga Allah, Allah akan menjaga KITA...dan jangan ada perasaan sangka buruk kita kepada Allah .

2 comments:

KhaTijah said...

salam..
suasana begini sering menjadi gejolak dalam hati para da'ie.. dan kadang2 ia manjadi fitnah bg si da'ie.. mungkin ada yg mdpt gelaran 'extrem' @ terlalu taksub @ xreti seimbangkan antara study dan dakwah..
pe2 pun ia terletak kepada niat kita sendiri, jika munthalaq kita itu tulus kerana Allah.. maka pasti ada sesutau yang Allah ingin tarbiah kita dr peristiwa itu..
benar kata akhi 'setiap yg diberi pasti yg terbaik buat kita. maka kita perlu bersangka baik dg Allah'..
hanya yg melalui akan merasa manisnya..
semoga tsabat..

Mohd Hafizzul Azri Bin Azman said...

owh...syukran..sentiasa berdoa agar diri ini tsabat di jalanNYa..