1.10.2011

Salam Tahun Baru 2011





Segala puji bagi Allah Tuhan yang menciptakan alam ini tanpa tandingan, Selawat dan Salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W beserta keluarga dan para sahabat .  Islam agama yang cukup syumul untuk dikuti tidak ada agama lain yang BENAR selain ISLAM  yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah, rasanya telah terlalu lama tidak mengupdate blog  yang telah ditinggalkan lama oleh kerana kemalasan diri yang melanda. Tarikh 28/12/2010 saya telah kembali ke bumi bertuah bumi anbiya yang penuh dengan kemuliaan para sahabat nabi, para ulama’ , para wali-wali Allah…muhasabah untuk diri ini andai tidak mengambil mutiara-mutiara ilmu andai kaki sudah jejak ke bumi lautan ilmu, maka tidak berguna berada disini.
Kini kita telah berada pada tahun 2011, Negara Mesir berlaku satu bencana yang amat dahsyat apabila sebuah Gereja di Alexandria telah di BOM , maka berlakulah beberapa demontrasi dibeberapa buat tempat di Mesir  yang paling ketara di Shoubra sendiri selama 4 hari berturut, di Abbasiyyah dan juga di Alexandria sendiri. Banyak spekulasi yang dibuat atas pengeboman di Alexandria . ( malas nak komen )

Seminggu berada di perlembahan nil ini, musim sejuk cukup sejuk, lagi-lagi bila pesakit athma seperti saya yang turut mengalaminya, agak perit bila hidup ini terpaksa bergantung dengan ubat, hamper seminggu  sampai di mesir ini, hamper tiap-tiap hari sakit athma melanda, dan hampir setiap malam nafas turun naik.

Tahun ini insyaAllah, tahun akhir di Mahaad Qiraat Shoubra, mohon doa daripada semua agar kejayaan bersama diperolehi, bukan tidak sabar untuk pulang ke Malaysia, tetapi mahu menumpukan selepas itu taklifan yang Allah berikan, apakah dia ??? nantikan…

Semoga Tahun Baru 2011 ini tahun yang lebih baik dari tahun 2010, kepada mereka yang belum mencapai azam tahun lepas, teruskan usaha . Jadikan tahun ini tahun untuk kita lebih dekat dengan Maha Pencipta . Jangan abaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, sebagai mahasiswa yang menuntut ilmu Allah, dan juga tanggungjawab kita mempertahankan PMRAM di bumi Anbiya ini. Semua ini tidak lain tidak bukan adalah salah satu jihad kita untuk ISLAM.

Akhir sekali mohon kepada pembaca blog saya yang tidak seberapa ini untuk mendoakan kesihatan saya untuk saya meneruskan kerja-kerja ISLAM yang bakal dan sedang dipikul sekarang.

Firman Allah di dalam surah Al- Baqarah ayat  152 : juz 2 : yang bermaksud :
Maka Ingatlah kepadaKU, AKU pun akan ingat kepadamu, Bersyukurlah kepadaKU, dan Janganlah kamu ingkar kepadaKU.


2 comments:

angah86 said...

insyaAllah semoga ALLAH memberikan kekuatan dalam memikul tanggujawab sbagai daie di bumi anbia dan kesihatan yang baik insyaAllah..:)

Anonymous said...

terima kasih angah...insyaAllah.