8.10.2010

Ramadhan Bulan Madrasah



Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
“ Wahai orang-orang yang beriman  ! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu , supaya kamu bertaqwa  “

Ramadhan yang mulia kembali lagi setelah setahun kita meninggalkannya, bulan yang penuh kerahmatan, bulan keampunan serta bulan untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Ibadah puasa merupakan satu ibadah yang sangat istimewa buat mereka yang beriman kerana ia adalah untuk Allah dan dinilai pahala ibadahnya khusus dari Allah.

Ramadhan bulan Madrasah :

Bulan Ramadhan Tiba Lagi
Membawa Hikmah dan Pengajaran
Mendidik Jiwa Menjadi Orang Bertaqwa
Menginsafi Diri Siapa Kita

Ditaburi mutiara hikmah Al-Quran
Lantas Dibenggu Nafsu dan Syaitan
Didatangkan pula Lailatul Qadar
Pengorbanan Yang Dibuat dbalasnya Syurga

Seluruh anggota kita semua ada peranannya
Perlu dijaga di setiap tindakan
Hati yang telah bersih dan berakhlak mulia
Di sisi Allah tinggi nilainya

Jagalah lidah dan juga tutur kata
Jangan sampai mengumpat dan berkata dusta
Peliharalah mata dan kawal telinga
Agar berbuat yang diredhai Allah

Langkah kaki menuju kebaikan
Jangan melangkah kearah  kejahatan dan maksiat
Jika terhumban ke kancah kehinaan
Didunia lagi beroleh pembalasan Jadikanlah

 Ramadhan gelanggang untuk beribadah
Bukan sekadar lapar dan dahaga
Ramadhan setahun sekali sahaja
Rebutlah Peluang Jangan Ketinggalan

Meriahkan Ramadhan ini dengan beribadah
Tingkatkan amal dan mujahadah
Banyakkan berzikir dan baca Al-Quran
Muhasabah dan sucikan hati




Disediakan oleh :
Ketua Unit Pengisian Biah Solehah PMRAM 2010






No comments: