4.09.2009

UMUR SEBAGAI UJIAN

Assalamualaikum … alhamdulillah hari ini genaplah umur saya 23 tahun. Terima kepada semua yang mengucapkan ucapan selamat hari lahir kepada saya melalui “ sms “ , telefon , email , friendster dan sebagainya,semoga ucapan itu sebagai satu peringatan kepada saya supaya sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik dalam membentuk peribadi seorang muslim mu’min muttaqin.

Umur yang meningkat ini merupakan suatu ujian dari RabbNya kepada hambaNya kerana semakin meningkat umur kita , apakah tanggungjawab kita sebagai hamba yang menjadi penumpang sementara ini??? Adakah segala kerja kita telah lengkap dan sempurna ataupun masih ada lopong-lopong yang perlu kita tampal ??? Itulah umur kita…

Kita dapat melihat betapa mereka yang meraikan hari lahir itu berasa gembira bilamana banyaknya hadiah yang diberikan.Mungkin itu boleh ditujukan kepada kanak-kanak yang sentiasa mahukan kegembiraan tetapi bukan kita yang sudah meningkat dewasa ini.Cukup sekadar kita mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih memberikan peluang kepada kita untuk menikmati hidup di dunia ini dan memohon kepada Allah agar usia yang meningkatkan ini lebih mematangkan pemikiran kita untuk menjadi hamba yang sentiasa patuh kepada suruhanNya.

Adakah anda bersetuju jika dikatakan umur ini sebagai ujian??? Bagi saya , saya bersetuju kerana umur bukan ukuran kita yang untuk dinilai di akhirat kelak tetapi amalan kita yang akan dinilai di akhirat kelak. Tiada istilah semakin meningkat umur kita semakin dekat kita kepada syurga Allah, itu adalah satu kesilapan kerana seperti yang saya beritahu di atas tadi, bukan tingkatan umur sebagai ukuran kita.

Tidak salah jika kita menyambut hari lahir kita ataupun hari lahir orang tersayang terutama ibu,ayah,suami atau isteri tetapi cukupla dengan meraikan dengan sekadarnya dan jadikan ia sebagai suatu peringatan bila kite menyambutnya.

Ingatlah,umur apabila meningkat adalah peringatan kepada kematian, oleh itu gunalah umur yang diberikan Allah ini dengan sebaik mungkin. Umur meningkat juga membantu mematangkan fikiran untuk berfikiran dengan lebih waras dan sistematik.

“Ya allah, dengan bertambahnya umur aku ini, ampunkan lah dosaku,jadikan aku sebagai hamba yang taat kepada –Mu dan sentiasa ingat akan kematian. Ya Allah, aku memohon dengan –Mu agar umur yang Engkau berikan ini dapat aku gunakan dengan sebaiknya dengan mendapat keredhaanMu.”

No comments: