8.06.2011

Jangan Sia-Sia kan...

Ramadhan yang kunjung tiba hanya sebulan sekali pada setiap tahun, dan kita belum tentu untuk kita berjumpa Ramadhan yang akan datang.Apa yang boleh dikongsi disini adalah bagaimana masa kita yang kita rancang untuk kita memastikan Ramadhan tahun ini diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan tentunya pahala yang kita sama-sama cari untuk bekalan kita di akhirat kelak.

Saban tahun kita dapat melihat di seluruh Masjid dan Surau ada yang membuat 8 rakaat ditambah dengan tazkirah, inilah peluang yang perlu diambil oleh kita sebagai seorang ISLAM untuk kita menambahkan amalan pahala kita di bulan yang penuh keberkataan ini, dan ada juga masjid dan surau yang melakukan solat terawikh 20 rakaat dan selepas selesai solat terawikh akan ada tadarus Al-Quran secara berkumpulan yang mungkin telah ditetapkan oleh setiap masjid dan surau.

Apa yang dilihat disini , berapa ramai yang menghabiskan solat terawikh 8 rakaat mahupun 20 rakaat, berapa ramai yang mendengar tazkirah ketika solat terawikh berhenti rehat 4 rakaat, berapa ramai yang sedia mengambil peluang untuk bertadarus Al-Quran selepas selesai solat witir ???

Amat malang sekali jika kita tidak mengambil peluang sebegini yang ada hanya di bulan Ramadhan sahaja. Ada yang beralasan terlalu banyak kerja, penat, dan bermacam alasan...Ada yang sanggup berkata, " Aku tak boleh pergi ke kelas Sheikh sebab banyak kerja " ini adalah satu ungkapan yang mana tidak boleh diterima pakai apatah lagi yang berkata ini adalah mereka yang belajar pengajian ISLAM...Inilah peluang dan inilah masa kita untuk kita mempertingkatkan amalan kita , buangkan sifat malas, kurangkan tidur serta sentiasa belajar untuk menjadi rajin dalam setiap perkara.

Ambillah peluang keemasan ini, dan anggaplah Ramadhan pada tahun ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita semua, ataupun , hari ini adalah hari terakhir kita berpuasa dan berterawikh kerana takut-takut maut datang kepada kita dan esok tiada lagi buat kita untuk merasai kemanisan bulan yang penuh barakah ini...

Salam Ramadhan Kareem...Allahu Akram...Saling ingat mengingati di bulan yang penuh mulia ini..