2.25.2010

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum dan salam maulidur rasul buat semua pembaca blog Perjalanku.

Tarikh Kelahiran Rasululullah S.A.W kembali lagi...Bagaimana Sayang Kita kepada Kekasih ALLAH ini ??? Berapa banyak kalikah dalam sehari kita BERSELAWAT  kepada Rasulullah S.A.W. ??? Cube kita renung bersama-sama, layakkah kita mendapat dapat syafaat di akhirat kelak ???

Mari kita sama-sama menghayati beberapa video ini semoga ia bermanfaat kepada kita dan bertambah rasa Sayang Dan Cinta kita kepada Rasulullah S.A.W.







MARILAH KITA SAMA-SAMA BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR KITA BUKAN PADA HARI KELAHIRAN BAGINDA S.A.W, SAHAJA, TETAPI SETIAP MASA DIMANA JUA KITA BERADA...SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT SYAFAAT DI AKHIRAT KELAK..
AMIIN YA RABBAL ALAMIN..

2.22.2010

BERKELANA






Semoga lagu ini menjadi pengajaran buat kita semua...
Hayatilah dengan penuh teliti agar CINTA kepada Maha Pencipta lebih mendalam dari CINTA manusia yang tidak kekal ..
Ya Allah...ampunilah dosa-dosa kami yang belum jinak denganMu...




Rayuan Hamba

Ku rebahkan keakuan yang terpaksi
Meredakan kekalutan dalam diri
Tuhan ganjarkan upaya
Untukku menyusuri jalanMu
Agar tak tersasar haluan kiblatku
Oh Tuhan

Ku dambakan kasihMu
Rahmatilah hidupku
Hamparkan cintaMu buatku
oh Tuhan

Ku rindukan sayangMU
Redhailah diriku
Di situ letaknya syurgaku
oh Tuhan

Hanya Dikau tempatku mengadu
Dengarkanlah sendu rayuku
Tiada aku tanpaMu
ohTuhan
Berkati hidupku di dunia dan akhirat

Siapalah diriku
Dihadapan KudratMu
Insan yang tidak berdaya
oh Tuhan

Ku pohonkan dariMu
Perkenankan doaku
Ampunilah dosa hambaMu
oh Tuhan

Hingga sampai waktuku berundur
Kesaksian tetap dijunjung
Hidup mati keranaMu
oh Tuhan
Limpahan maghfirah yang amat ku harapkan

2.17.2010

Nadia Daie Kecil




Assalamualaikum semua para pembaca yang dihormati Allah sekalian...

Ini satu lagi penulis mengupload video yang pembaca WAJIB tengok dan mengambil pengajaran daripada ape yang disampaikan oleh Adik Nadia ini.Walaupun video ini agak lama, pada tahun 2008 tetapi ia amat berguna kepada kita semua.

Inilah sebenarnya hiburan yang harus dilakukan oleh Kerajaan Malaysia bukan seperti Akademi Fantasia, Idola Kecil dan sebagainya yang mana tidak ada manfaat langsung sekadar mencari popular dan menambahkan dosa semata-mata serta melalaikan.

Buat ibu bapa, jangan mendidik anak dengan hiburan melalaikan...lebih baik hantar anak-anak ke kelas al-Quran dan fardu Ain.. Didiklah anak dengan ilmu agama kerana ia amat bermanfaat bukan sahaja di dunia tetapi jugak di akhirat.

Semoga apa yang penulis cuba sampaikan ini mendapat keberkatan daripada Maha Pencipta,Tuhan Sekalian Alam..Sekian...

Wallahutaala a'lam...

2.16.2010

Wali Band - Cari Jodoh

Assalamualaikum semua...sengaja postkan lagu ini sebab agak best dan terkena dengan penulis...
Hiburan dalam Islam itu perlu tetapi ada batas-batasnya kan??? Penulis rasa tidak salah untuk penulis mengupload video lagu ini untuk hiburan kita bersama...semoga terhibur sementara mencari idea-idea untuk menulis di blog Perjalanku akan datang...huhu


2.12.2010

BUAT ABAH TERCINTA

 
abah, ijul , mama

ABAH YANG TERCINTA

Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat hari lahir anakanda ucapkan buat abah tercinta ...Hari ini 12 Februari 2010 genap umur abah 54 tahun , anakanda disini sentiasa mendoakan kesihatan abah dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. Tidak pernah anakanda melupakan setiap selesai solat untuk mendoakan abah dan mama...sungguh besar pengorbanan abah dan mama dalam mendidik dan menjaga kami 4 beradik.

Abah,
ijul ingin sangat menjadi seperti abah...terus terang ijul katakan, abah adalah abah,ketua keluarga dan anak yang soleh buat kedua atuk dan arwah nenek, masih ijul ingat ketika arwah nenek sakit, abah sanggup berulang alik dari kampung ke serdang untuk menjaga arwah nenek... sekarang bila arwah nenek sudah tiada, abah jaga atuk pula...ijul terfikir, adakah ijul mampu jadi seperti abah ??? mampu menjaga atuk dan arwah nenek...ijul takut hendak berjanji untuk menjaga abah dan mama, kerana ape, ijul takut ijul tidak mampu melaksanakan janji itu, walau bagaimana pun ijul tetap berdoa ijul akan jaga abah dan mama sehingga akhir hayat.Lagipun ijul buat masa sekarang dah tawar hati untuk fikir pasal kawin, ijul ingat pesan abah suh belajar rajin-rajin kat sini, bab kawin fikir lepas ni, tapi kalau lepas ni jodoh sampai awal harap abah boleh terima la yer...hehehe

Abah,
Kematian datang pada bila-bila masa, semua itu perancangan Allah S.W.T, cume keadaan dan bila serta tempat itu kita tidak tahu...ijul mintak maaf jika ada salah silap dengan abah, terlalu banyak dosa ijul pada abah dan mama, harap abah dan mama maafkan ijul, ijul berharap sebagai anak, jika umur panjang, ijul akan menguruskan jenazah abah dan mama seterusnyer menjadi imam, tetapi andai ijul tiada, harap abang atau adik yang akan menguruskannya.Dan yang terakhir, andai ijul dipanggil Allah di bumi Mesir ini, harapnya jenazah ijul dikebumikan di Mesir yer...harap dapat ditunaikan.

Ijul, Abang , Sabiq dan Nadia sayangkan Abah  dan Mama selamanya. Moga kita dapat bersama di Syurga kelak. Ya Allah, panjangkanlah umur Abahku ini, berkatilah hidupnya, murahkanlah rezekinya, dan lapangkan urusannya.. Janganlah engkau timpakan sesuatu yang tidak baik kepada keluargaku Ya Allah Ya Arhamarrahimin…


SELAMAT HARI LAHIR ABAH

Salah Siapa ???

Menyayat hati...

 Assalamualaikum...

Salam Kesedihan...

Hari ini ana sengaja untuk menulis blog ini sebagai renungan kita bersama dan semoga ia menjadi pedoman kepada kita semua tidak kira tua atau muda, semua kene ambil peranan penting. Pada gambar yang ana tunjukkan ini, apa yang boleh dikatakan, Apa Berdosanya Bayi ini ??? Mana perikemanusiaan yang ada pada diri setiap insan yang bernama manusia...Kita bukan haiwan yang tidak mempunyai akal fikiran , walhal jika kita lihat, haiwan sengat menyanyangi anaknya sendiri.

Dalam konteks yang kita sama-sama lihat ini, Siapakah Yang Harus Di Persalahkan??? Tentunya bukan Bayi ini, tetapi mereka yang melakukan perbuatan terkutuk sedemikian...Kebanyakkkan kita lihat di akhbar-akhbar arus perdana , mereka yang membuang bayi ini dikalangan umat Melayu Islam sendiri, Apakah Peranan Kerajaan untuk mencegah perbuatan terkutuk ini. Apakah kurang ilmu agama yang dipelajari di sekolah atau kurangnya pendidikan berkenaan bahaya Seks Bebas ini ???  Renung-renungkan wahai pembaca sekalian...

Buat anak-anak muda remaja, couple ini sudah menjadi satu kebiasaan di Malaysia mahupun di mana-mana negara, gunakanlah akal fikiran yang Allah kurniakan untuk kita mememikirkan baik buruk sesuatu perkara tersebut. Arggggghhhhhhhhhhsungguh sedih dan mengalir air mata ini bila melihat keadaan mayat bayi perempuan yang cukup sifat dibuang…

Renungi ayat Al-Quran ini

"Dan janganlah kamu mendekali zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" - Al Isra' ayat : 32

Pesanan pada diri dan pembaca sekalian, andai sudah bertemu pasangan ( jodoh ) jangan ditangguhkan  lagi, teruskan dengan ikatan yang Sah ( nikah ) kerana ia dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara sedemikian.

Sekian…

2.05.2010

SELAMAT HARI LAHIR ABANG

 
Abang

Usia yang Tuhan kurniakan ini..
Kau hiasilah ia dengan amalan murni..
semoga ia menjadi temanmu di akhirat sana..
Selamat Hari Lahir Abang


Usiamu ibarat mutiara..
Tiada berganti lagi..
Hiaskan iman bersulam taqwa..
Agar sempat menuju.. haruman syurgawi..

Selamat Hari Lahir Abang

2.04.2010

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........





Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
 
 
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.